19.7.15

Tiga hari raya


Assalamualaikum

Hari raya ke tiga dan sekali lagi maq terpaksa melepaskan anak kedua maq Ety  ke Pahang ,sendirian tanpa keluarga. Kali ni beliau dan beberapa lagi teman temannya hanya menaiki bas ekspress .  Cuti hari raya yang hanya 4 hari itu telah berjaya melepaskan rindu kami , biarpun sekejap dan tak puas bersama . Namun disebabkan raya , suasana tu banyak pada aktiviti hari raya . Balik kampung dan beraya kerumah saudara mara terdekat . Alhamdulillah

Maq sedih ? Mestilah sedih ,sebak ,sayu . Macam macam rasa ada dalam hati ni , setiap ibu mesti ada rasa  yang macam maq rasa sekarang ni ..percayalah ... Maq nangis ? Huhhu maq tak nangis tapi ayah dia yang nangis :p

( tolong  tukar perkataan Maq jadi ayah dia dan ayah dia jadi maq ) hehhe naluri keibuan ku tak pernah padam hingga kehujung nyawa . Insya allah ..


Encik Driver , tolong jagakan anak maq ye .



Maq cuma ada 3  ni sahaja dan Tuhan ,tolong jagakan mereka ,bila mereka jauh dari maq . 


Jadilah kalian anak anak maq yang solehah...


12.7.15

Komen maq diserang orang KKM


Assalaamualaikum

Salam ramadhan ke 25 buat semua . Nampaknya ramadhan sudah tiba di hadapan pintu waktu. Tak berapa lama lagi kita bakal ditinggalkan pergi . Dapatkah kita bertemu Ramadhan lagi ditahun hadapan ? Allah je yang maha mengetahui .

Tahukan anda bahawa sepanjang maq aktif dialam maya ni , pertama kali komen maq dipage #Siakapkeli diserang pengLIKE dan pengKOMEN ?


Puncanya bila mana sorang pekerja hospital meluahkan isihati mengenai kerjaya sebagai pertugas hospital . Tak kiralah jadi doktor ke atau nurse ke atau pembantu khas hospital . Sebenarnya jawatan tu ada namamya tapi maq tak tahu hehhe . Dan  ramai orang komen luahan itu dengan ayat yang tak sedap dibaca ,terdetik hati maq untuk menceritakan  ( berkongsi ) pengalaman maq sebagai pengasuh seorang anak nurse ! Dan respondnya ?









Tujuan maq berkongsi bukan untuk menarik perhatian para pertugas hospital tanah air ,tetapi sekadar memberitahu pada orang ramai , betapa sukarnya kerjaya seorang nurse ,yang selalu orang fikir sombong ,berlagak ,kerja main main , banyak curi tulang , buat kerja lambat dan macam macam lagi .

Sedangkan mereka sebenarnya sedang berperang dengan telatah pesakit , tanggungjawab jadi anak ,ibu dan isteri , dan mereka juga terpaksa korbankan kesemua masa semata mata nak bantu orang yg memerlukan . Tapi balasan apa yg mereka dapat ? Lebih tomahan dari pujian!  ITULAH KENYATAANNYA !

Apa pun maq nak beritahu disini :
Maq bukan kaki tangan kerajaan ,Nurse yg hantar anak kerumah maq pun bukan penjawat awam atau orang KKM ,tapi ,suami dia yang selalu menjadi tulang belakang untuk bantu dia urus rumah , urus anak , yg kena tinggal pagi pagi buta itulah sorang penjawat awam , yang selalu orang nampak tak buat kerja tapi bazir duit rakyat dan secara realitinya kehidupan dia amat sulit ,tak seindah kehidupan orang lain . Kesian !

Tapi orang tak pandang tu ,orang biasanya akan cakap ' siapa suruh kerja macam tu ? '

Pada maq kalau semua orang taknak kerja jadi nurse atau doktor ,  siapa nak rawat dan nak jaga kita kalau kita masuk hospital ? Tak kita pun mungkin emak ayah kita atau siapa siapa pun?! Hargailah mereka dan kerjaya mereka tu .



Pengajaran disini , Jangan kerana nila setitik ,kita nak rosakkan susu sebelangga ,jangan kerana 'ayahnya seorang pencuri ' kita kata 'anak anaknya' semua orang jahat . Kita kenali dulu apa dia dah buat selama dia jalankan kerjanya ,kalau dah sah sah tak betul baru kita cerita . Jangan cakap masa marah tapi bercakaplah selepas puas berfikir .


Pada maq lagi , kalau sekali orang berbuat baik kat maq ,10 kali maq akan buat baik untuknya atau orang yg bersangkutan dengan dunianya,  insya allah ...

10.7.15

Hari lahir maq


Assalammualaikum

Alhamdulillah  akhirnya maq berjaya jumpa 7 julai  lagi . Dan bermakna setahun lagi usia maq  bertambah . Kali ni biarlah maq pakai semangat yg baru iaitu SEMANGAT 46 ! agak agak salah tak ye . Tiada unsur politik dalam ayat tersebut dan sila abaikannya.

Sebenarnya orang tua ni dah 46 tahun dilahirkan didunia ini . Dan pada tiap 7 julai , ada 3 orang lagi ahli keluarga maq yang sama sama menyambut hari lahir yg serupa namun berbeza tahunnya. Betapa hebatnya nombor 7.7 !

Apa harapan maq dihari lahir kali ini ?


Harapan ? Nak kurus memang tak dapat lah kan sebab bentuk badan ni memang dah disumpah untuk tidak lagi boleh mengecil  , mengembang senang lah hahha . Lain lain harapan ??


Dengan usia 46 tahun ni , maq nak Allah beri maq kesihatan yang lebih memuaskan , kehidupan dunia yg dipermudahkan disamping ahli keluarga tercinta , kasih sayang yg sempurna dan amal ibadah yg dipertingkatkan dari sehari ke sehari ,sebab maq rasa ianya masih kosong dibalang amalan .

Maq nak hati maq makin tabah untuk menghadapi tiap dugaan demi dugaan yg mendatang . Bukan mudah jadi " emak orang"  tau...


Apa pun , bukan mudah juga nak jadi sempurna ,tapi  sangat senang nak jadi orang baik . Tak perlu promote diri ,tapi yakinkan hati . Tak perlu dicanang canang , tapi simpan je kebaikan yg dilakukan tu untuk dikenang . Sebabnya 100% dalam hidup ini , 99% kebaikan kita orang lain tak nampak tetapi 1% kejahatan kita orang akan kenang sampai kita mati . Allah huakbar ~


Disini maq nak ucapkan ribuan terima kasih buat semua kaum keluarga , kawan kawan  dan kenalan dialam siber kerana telah mengucapkan ucap selamat hari lahir dan juga terima kasih atas doa doa semua . Alhamdulillah ...


Pesanan sebelum tiba hari raya


Assalamualaikum

Jumaat terakhir untuk ramadhan kali ini .Alhamdulillah . Harap dapatlah Allah izinkan kita berjumpa shawal nanti . Amiin~

Raya ! Ahha tak sampai seminggu lagi nak raya kan . Persiapan ? Kalau  bagi ibu ibu macam maq ni , takpelah kalau tak beli baju raya kot .sebabnya anak anak lah yg paling utama dibelikan .


Alhamdulillah  anak yg pertama dan kedua sudah punya wang sendiri , mereka pun dah beli baju raya awal awal secara online .  Banyak ke beli ? Tak delah , cukuplah sorang sepasang dress labuh untuk tiap mereka . Baju tahun lepas pun masih elok . Sebabnya anak anak maq kalau berjalan bukan selalu pakai pakaian berkain , mereka lebih gemar memakai jeans ( blouse dan seluar jeans )  dengan tu baju kurung  atau dress panjang memang tak terusik di tempat gantung pakaian .


Ala ,raya je pun...


ok, apa tujuan raya ? Meraikan  muslim dan muslimah yg dah berjaya menahan lapar dan dahaga ketika dibulan ramadhan . Dan meraikan itu bukan bermakna kena serba serbi bertukar baru . Paling tidak pun cukuplah sekadar kemas ,bersih dan sempurna mata memandang . Tak perlulah cuti seminggu balik kampung kita kena beli baju 7 helai . Ish siapalah kita kan ~

Apa yang maq pesan kat anak anak  untuk hari raya kali ini ?

" handphone bukan lah kuih raya , passwrd wifi bukanlah duit raya , selfie bukan tanda minta maaf yg iklas , dan hargai detik detik hari raya yg munculnya  beberapa hari saja tu kerana kita tak beraya hari hari "


Harap sangat mereka paham maksud maq :)

4.7.15

Maq doakan anak maq selamat


Assalammualaikum

Harini dah masuk hari ke 4 Ety berada di kolej . Maq rasa apa ? Hehhe masa mula mula tinggalkan Ety kat situ ,memanglah sedih , sayu , sebak dan macam macam perasaan ada . Yelahkan dah hampir 20 tahun kami hidup bersama . Dari dalam rahim maq hinggalah sekarang .


Ety sukar dihubungi di kolej . Melalui whats app , facebook masseger , twitter , memang nampaknya dia sukar dikesan . Dan bila maq menghantar pesanan . Dia akan balas pada waktu lewat tengah malam , sebelum masuk tidur.


Kata dia minggu orentasi ni , dia memang sibuk . Harapan maq , Ety tak apa apa disana tu . Bersama 3 lagi rakan sebiliknya . 2 senior  dan 2 junior ,termasuk Ety .


Maq ada beri Ety pesanan :

Bukan senang nak jadi senang . Dengan kelulusan sijil SPM yang Ety guna itu , berharaplah sangat agar Ety tabah mengharungi kesukaran sebagai pelajar baru disana . Cuma maq nak tau , masih ada lagi kah  aktiviti 'raging'  oleh senior kepada junior ? Kalau dapat pihak yang berkenaan memantau persekitaran asrama. Maq bukan apa , situasi itu bukan lah budaya orang islam . Kerana ini melibatkan unsur dendam dan sakit hati yang akan membawa kearah generasi yang membesar dengan tidak sihat mindanya .


Kalau ye pun nak memberi pengajaran , ikutlah sunnah Rasulullah s.a.w . Baginda mendidik umatnya dengan sebaik baik cara dan sesempurna didikkan . Sedangkan budaya ' raging ' tidak pernah melambangkan situasi kasih sayang malahan menunjukkan betapa manusia sering diganggu bisikkan saitan dijiwanya . Allahhu ...orang kita ni mudah sangat ikut budaya luar yang jauh tersasar dari sunnah .  Dan bukan je sekarang , ' tetapi 'budaya raging' ni dah berkuat kuasa sejak zaman maq kecil lagi .


Sebagai seorang ibu , apa yang anda rasa jika anda berada dalam situasi maq , bilamana membaca perbualan anak maq ini dengan kawannya ditwitter ? Mohon Allah selamatkan kekasih maq yang ini dan semoga Ety kuat dan tabah di sana . Amiin~

Dinasour dihighway


Assalammualaikum

30.6.2015 yang lalu ,selepas hampir 25 tahun maq tidak  menjejakkan kaki ke negeri Pahang , kini sekali lagi maq datang untuk kali ke dua. Atas tujuan menghantar Ety ke Kolej jururawat diKuantan .

Jalan nya mudah dicari sebab maq pakai khidmat google map . Tapi saat paling ngeri bila mana maq lalui  lebuhraya Segamat-Kuantan . Kenderaan memang la tak banyak , tapi ada banyak hal yang buat maq tak selesa ketika betada didalam kereta waktu itu . Antaranya :

Jalan yang sungguh sunyi .Dikelilingi hutan dikiri dan kanan. Perjalanan yg makan masa hampir lebih  4 jam tu dah mengambil jarak 170+ KM. Kalau waktu malam , maq rasa memang berpeluh satu badan walaupun dah pasang penghawa dingin .

Lagi satu , maq ngeri bila ada terdapat lori lori besar yang sarat dengan kayu kayan , sawit dan minyak sawit  TETAPI  dipandu laju ! Mereka lebih laju dari kereta maq ! Maq marah ke mereka bawak lori  laju??

Yelah , kereta maq yg kecil ni pun dah lari 100-110KM/jam , maq dah cakap laju , sedang dia lori yg sarat ,tu lebih laju dari kereta! Potong memotong kereta kereta yang kecil! Dan bila sahaja berselisih untuk memotong lori lori besar tersebut ,maq akan beristigfar  dan  bertakbir . Allah huakbar ....

Uishh...seram derr . Cuba tengok gambar bawah ni .





Anda bayangkan dinasour ni lari selaju 100-110KM/jam  , macam laju kereta maq . Dan bukan sebiji dua , tapi memang banyak .