12.7.15

Komen maq diserang orang KKM


Assalaamualaikum

Salam ramadhan ke 25 buat semua . Nampaknya ramadhan sudah tiba di hadapan pintu waktu. Tak berapa lama lagi kita bakal ditinggalkan pergi . Dapatkah kita bertemu Ramadhan lagi ditahun hadapan ? Allah je yang maha mengetahui .

Tahukan anda bahawa sepanjang maq aktif dialam maya ni , pertama kali komen maq dipage #Siakapkeli diserang pengLIKE dan pengKOMEN ?


Puncanya bila mana sorang pekerja hospital meluahkan isihati mengenai kerjaya sebagai pertugas hospital . Tak kiralah jadi doktor ke atau nurse ke atau pembantu khas hospital . Sebenarnya jawatan tu ada namamya tapi maq tak tahu hehhe . Dan  ramai orang komen luahan itu dengan ayat yang tak sedap dibaca ,terdetik hati maq untuk menceritakan  ( berkongsi ) pengalaman maq sebagai pengasuh seorang anak nurse ! Dan respondnya ?









Tujuan maq berkongsi bukan untuk menarik perhatian para pertugas hospital tanah air ,tetapi sekadar memberitahu pada orang ramai , betapa sukarnya kerjaya seorang nurse ,yang selalu orang fikir sombong ,berlagak ,kerja main main , banyak curi tulang , buat kerja lambat dan macam macam lagi .

Sedangkan mereka sebenarnya sedang berperang dengan telatah pesakit , tanggungjawab jadi anak ,ibu dan isteri , dan mereka juga terpaksa korbankan kesemua masa semata mata nak bantu orang yg memerlukan . Tapi balasan apa yg mereka dapat ? Lebih tomahan dari pujian!  ITULAH KENYATAANNYA !

Apa pun maq nak beritahu disini :
Maq bukan kaki tangan kerajaan ,Nurse yg hantar anak kerumah maq pun bukan penjawat awam atau orang KKM ,tapi ,suami dia yang selalu menjadi tulang belakang untuk bantu dia urus rumah , urus anak , yg kena tinggal pagi pagi buta itulah sorang penjawat awam , yang selalu orang nampak tak buat kerja tapi bazir duit rakyat dan secara realitinya kehidupan dia amat sulit ,tak seindah kehidupan orang lain . Kesian !

Tapi orang tak pandang tu ,orang biasanya akan cakap ' siapa suruh kerja macam tu ? '

Pada maq kalau semua orang taknak kerja jadi nurse atau doktor ,  siapa nak rawat dan nak jaga kita kalau kita masuk hospital ? Tak kita pun mungkin emak ayah kita atau siapa siapa pun?! Hargailah mereka dan kerjaya mereka tu .



Pengajaran disini , Jangan kerana nila setitik ,kita nak rosakkan susu sebelangga ,jangan kerana 'ayahnya seorang pencuri ' kita kata 'anak anaknya' semua orang jahat . Kita kenali dulu apa dia dah buat selama dia jalankan kerjanya ,kalau dah sah sah tak betul baru kita cerita . Jangan cakap masa marah tapi bercakaplah selepas puas berfikir .


Pada maq lagi , kalau sekali orang berbuat baik kat maq ,10 kali maq akan buat baik untuknya atau orang yg bersangkutan dengan dunianya,  insya allah ...

No comments: