Maq doakan anak maq selamat


Assalammualaikum

Harini dah masuk hari ke 4 Ety berada di kolej . Maq rasa apa ? Hehhe masa mula mula tinggalkan Ety kat situ ,memanglah sedih , sayu , sebak dan macam macam perasaan ada . Yelahkan dah hampir 20 tahun kami hidup bersama . Dari dalam rahim maq hinggalah sekarang .


Ety sukar dihubungi di kolej . Melalui whats app , facebook masseger , twitter , memang nampaknya dia sukar dikesan . Dan bila maq menghantar pesanan . Dia akan balas pada waktu lewat tengah malam , sebelum masuk tidur.


Kata dia minggu orentasi ni , dia memang sibuk . Harapan maq , Ety tak apa apa disana tu . Bersama 3 lagi rakan sebiliknya . 2 senior  dan 2 junior ,termasuk Ety .


Maq ada beri Ety pesanan :

Bukan senang nak jadi senang . Dengan kelulusan sijil SPM yang Ety guna itu , berharaplah sangat agar Ety tabah mengharungi kesukaran sebagai pelajar baru disana . Cuma maq nak tau , masih ada lagi kah  aktiviti 'raging'  oleh senior kepada junior ? Kalau dapat pihak yang berkenaan memantau persekitaran asrama. Maq bukan apa , situasi itu bukan lah budaya orang islam . Kerana ini melibatkan unsur dendam dan sakit hati yang akan membawa kearah generasi yang membesar dengan tidak sihat mindanya .


Kalau ye pun nak memberi pengajaran , ikutlah sunnah Rasulullah s.a.w . Baginda mendidik umatnya dengan sebaik baik cara dan sesempurna didikkan . Sedangkan budaya ' raging ' tidak pernah melambangkan situasi kasih sayang malahan menunjukkan betapa manusia sering diganggu bisikkan saitan dijiwanya . Allahhu ...orang kita ni mudah sangat ikut budaya luar yang jauh tersasar dari sunnah .  Dan bukan je sekarang , ' tetapi 'budaya raging' ni dah berkuat kuasa sejak zaman maq kecil lagi .


Sebagai seorang ibu , apa yang anda rasa jika anda berada dalam situasi maq , bilamana membaca perbualan anak maq ini dengan kawannya ditwitter ? Mohon Allah selamatkan kekasih maq yang ini dan semoga Ety kuat dan tabah di sana . Amiin~

Comments

Popular posts from this blog

Kisah barang kemas

Cara geledah blog maq

Kau lah bidadari ,kau lah srikandi