29.8.15

Ety balik cuti , Maq yang resah


Assalammualaikum

Sabtu kali ini semua orang dah ada kat rumah maQ . Semua ? Ye semua tu maknanya anak anak , suami ada dah depan mata ni . Tadi pukul 6 pagi maQ dan suami dah ke terminal bas untuk tunggu Ety sampai dari Kuantan , Pahang .  Dia akan menghabiskn cuti sem nya selama seminggu di Batu Pahat tanahairku katanya .


Kalau dulu , anak gadis maQ nak naik bas nak pergi  Johor Bahru pun maQ tak lepaskan tapi bila dia dah kena belajar di Pahang  terpakslah lepaskan juga. Terpaksa dalam redha sebenarnya .  Hehhe bila dia kata dia dapat tiket bas yang gerak pukul 1 am  , hati maQ dah gelisah . Bagaimana dia nak ke terminal bas ekspress tu nanti sebab 1 am tu dah lewat sangat . Lepas tu terfikir pulak ada kawan ke dia di terminal tu ? Terbayang keadaan terminal yang sunyi sepi  masa maQ sempat singgah dulu . Aduh jantung  dengan minda maQ bagaikan  bergerak  tak seiring bila fikir fikirkannya .



Malam tadi sempat whats app dia untuk tanyakan situasi di terminal . Bila dia cakap , dari kolej naik teksi ramai-ramai . Sampai terminal mereka bagai berkampung sebab ada bas yang delay kerana jalan ' jem ' . MaQ dah rasa lega . Sampai pukul 1 am maQ tunggu dia hantar message tapi tak ada . Akhirnya maQ tertidur .


Pagi pukul 5 am , maQ terjaga dan terus ambil handphone . Ada pesanan SMS  dari anak maQ yang berbunyi ..




Okay maQ ucap syukur Alhamdulillah . Semoga Allah permudahkan perjalanan ety balik Batu Pahat . Dan tepat pukul 6.30 am , Ety dah ada disebelah maQ  . Terima kasih Allah kerana melindungi perjalanan ety . 


Bila dah lama tak bersarapan dengannya , maQ ambil peluang pagi tadi untuk makan roti canai dikedai fav keluarga kami di jalan Omar , Batu Pahat . 


28.8.15

Merisik tapi ditolak


Assalamualaikum

Harini 28haribulan dan harini line internet dirumah maQ laju sebab qouta bulan September dah  di top upkan . Jadi boleh lah maQ membebel di blog. Tapi line maxis ni tak boleh percaya sangat sebab kadang tu ,baru 2 hari tambah qouta , dah habis dah . Padahal bukan ada buka laptop  pun , cuma smart phone 4 , tab 1 . Aikk .. banyak jugak tu hehhe

Kalau line macam siput , memang sakit hati nak melayari internet kan.  Loading perlahan , gambar susah nak upload atau download . Ala orang siber mesti dah masak sangat dengan masaalah  macam ini .

Minggu lepas maQ ada niat nak tukar plan Maxis ni kepada Yes! Katanya Yes! Takda qouta dan kalau buka video di u-tube tu , 5  cerita sekali jalan pun masih laju . MaQ dengar pun teruja lah nak tukar. Deposit rm 150 , qouta unlimited , bulan bulan rm98.00 . Ok lah tu kan? Tapi bila dah sampai kaunter Yes!  Pekerja Yes tu tanya duduk mana? Cakaplah  " Bukit Perdana " . Serta merta pekerja tu senyum.


Bukit Perdana area tinggi . Semua line tidak berqualiti kalau ada dekat sana . Lebih baik tak payah tukar sebab nanti perkhidmatannya tidak  memuaskan hati anda sahaja .


Jadinya .. masihlah setia dengan Maxis dan hajat untuk merisik Yes adalah GAGAL !  Mula tu terasa jugak kecewa tapi maQ nie tetap akan cakap " ada rahmat nya atas apa yang berlaku ." Dan hati pun tenang semula .






23.8.15

Levi's vs Puma


Assalamualaikum

Barang lama kena tukar baru ? Kalau perlu tukarlah . Kalau tak berapa nak perlu ,  baik gunakan dulu selagi masih boleh diguna. Jangan membazir ,zaman sekarang semua barang harga naik. Kalau naik tu berharganya murah takpa , ni kadang tu  harga macam tak masuk akal . But nothing can say , this is Malaysia !


Semalam maQ pergi ambil cermin mata yang maQ tempah minggu lepas . Kenapa maQ tukar ? Duit terlebih ke ? Sebenarnya memang nak tukar lama dah , tapi disebabkan bajet selalu tak lepas ,akhirnya bulan ini ,Allah izinkan .


Kenapa tukar? Kerana maQ dah masuk alam rabun dekat .  Biasanya otai otai yang ada rabun dekat kan? Dan sekarang ni kiranya maQ sudah masuk zaman otai la ye ? Hehhe redha je lah .


Cermin mata lama yang berjenama Levi's  ni selesa dipakai tapi hanya berfungsi untuk rabun jauh je . Dan bila check semula ,mata maQ punya masaalah rabun jauh dan dekat serta rabun silau ! Ye package  3 dalam 1 ! Makanya terhasil lah cermin mata yang dibawah ini.



Kanta yang tebal . Jauh dekat boleh nampak dan bukan lagi Levi's tetapi Puma ! Selesa dipakai . Apa yang peliknya ,kalini beli cermin mata diberi macam macam cenderahati . Termasuklah pin tudung !


Bila maQ tanya kenapa beri pin tudung ni? Pekerja kedai tu cakap " kami saja beri biar akak pakai cantik nanti " maQ tanya " nak bodek saya ke apa ni ? " mereka gelak sambil menafikannya . Selain pin tudung ,ada beberapa lagi cenderahati yang diberi .


MaQ bukan tak nak orang beri hadiah ni tapi bila dapat yang macam macam , maka timbul pula perasaan yang macam macam juga . Allah huakbar jahat pulak hati ni.

Ceh .. hee


21.8.15

Pesanan buat diri sendiri .






Assalamualaikum ..


Salam jumaat . Hari jumaat orang Johor cuti kan ? Alhamdulillah dapat juga rehatkan diri bersama anak anak dan suami ye . Tapi suami dan anak maQ off hari ahad . MaQ pun kerja juga hari jumaat ni , maklomlah kan kami bukan kakitangan kerajaan jadi terpaksalah berkerja . 

Siapa pun kita , kita kena akur pada kejadian alam . Bahawa kita adalah hamba milik Allah yang dijadikan  dari asal yang sama . Dari seketul tanah ,ditiup rohnya ,menjadi mahlok yang dipanggil manusia , kemudian  manusia itu dinamakan Adam . Itulah asal usul manusia yang dinyatakan didalam al-Quran . Bukan berasal dari beruk yang dikatakan oleh saintis. 


Bermula dari Nabi Adam ,kemudian isterinya Hawa dan kemudian anak anak mereka  dan begitulah ianya berpanjangan . Kurun berkurun ,abad berabad hinggalah ke hari ini . 


Bezanya kita pada amalan dan perbuatan. Lain lain kita masih dianggap sama . Cumanya jika Allah beri nikmat dan rezeki kita berlebihan dari orang lain , itu dianggap bonus dunia . Kerana tak semua orang adalah kaya . 


Biarpun  kita kaya raya , kita tak layak membezakan darjat atau taraf sesama kita . Biar saja Allah yang tentukannya . 


Dan sebagai hamba  kita tak layak untuk bersikap sombong dengan hamba Allah yang lain . Mungkin kita anggap dia bertaraf rendah , tapi mana tahu Allah lebih pandang tinggi sikap dia . Waallah hualam .. 


Pesanan ini buat diri maQ yang serba kekurangan ini sebagai peringatan  sendiri . Insya allah ..



20.8.15

Harta Ahmad debab


Assalamualaikum


Kalau anda pernah menonton cerita P.Ramlee yang berjudul ' labu dan labi ' anda mungkin perasan ada ayat dia yang suruh  gadis tu pilih antara mereka . Dalam lagu tu sorang nak jadi tukang masak ,nanti hari hari masak nasi goreng . Agaknya anak haji Bakhil memang gemar makan nasi goreng kot . Dan sorang lagi nak jadi tukang cuci , hari hari dia tolong cuci baju . Mungkin saja anak haji Bakhil tu suka melaram , tiap jam salin baju .. agak je ni .


Dan bila minggu ni anak dara maQ tak dapat tolong basuhkan baju kerana beliau kena berkerja 12 jam . Tanggungjawab tu , maQ ambil alih . Dan kini baru maQ tahu kenapa P.Ramlee nak jadi tukang cuci . Ada sesuatu yang menarik rupanya . Nak tau ?





Ni hasil basuhan 3 hari sahaja . Tu ada yang maQ tak sempat nak ambil gambar sebab masa terhad . Kalau lah setahun macam ni ,memang patutlah mesin cuci maQ tu baru beli 2 tahun dah meragam . Ada harta karun rupanya dalam tu yang disimpan oleh ahmad debab . Hahhaa ampun kan maQ penunggu gua ..



Peneman sunyi MaQ


Assalamualaikum

Bila Qaisara dan Qasdina siap makan tengahari , upin dan ipin pun bersiaran di tv . Waktu ni lah maQ dapat melayan blog .



Qasdina dah macam nak masuk dalam tv tu ..


Sebenarnya banyak benda yang maQ nak kongsi di blog ni tapi disebabkan  minda tak dapat menumpukan sepenuhnya di blog ,jadi maQ tak dapat nak menaip . Melayan mereka berdua pun dah buat maQ macam pelakon ! Apa tidaknya kejap maQ marah , kejap maQ senyum , kejap maQ gelak , dan kadang tu macam nak nangis pun ada . Melihat telatah budak perempuan dua orang ni .

Sambil gosok dapat hisap air paip  dibèrus gigi  ee..

Bila dah pandai guna berus gigi , waktu mandi je diaorang akan suruh maQ ambil gambar . Boleh dikatakan hampir setap hari gambar mereka gosok gigi maQ kena ambil . Bila maQ tak nak ikut arahan , mereka tak nak gosok gigi . Dan akhirnya nak tak nak , maQ kenalah ikut kata mereka . Dan mereka akan gosok gigi dengan bersungguh sungguh . Hehhe  yang lawak , bila maQ dah ambil gambar , Qaisara akan check handpone maQ untuk tengok bukti .  Aduh ~

Usia macam mereka memerlukan kesabaran 200% ! Mereka gemar buat sesuatu yang mereka rasa seronok ! Misalnya terjun tangga ! Panjat kerusi ! Panjat meja tv ! Masuk dalam almari tempat maQ simpan barang ! Dan bergaduh !


Bersemangat nak angkat batu pijak tu


Aktiviti intip kakak mandi ..



Dan apa yang maQ dapat cakap .. " nasib lah cuma berdua je " kalau lah ramai , pastinya maQ kena 'tekanan darah tak mengalir ' . Hahha yang menghairankan , bila budak berdua ni tak datang , maQ akan letih dan bosan . Dan letihnya lebih dari keletihan mengasuh mereka .


Sebenarnya merekalah teman sunyi maQ kat rumah ni. Kadang tu bila pandang telatah cucu orang ni ,maQ automatik terfikir .. cucu aku esok macamana  lahai ~


MaQ dan twitter


Assalammualaikum

Sejak kebelakangan ni , maQ dah kerap melayari twitter . Kalau nak tahu itu twitter maQ yang ke 3. 2 sebelum ni sudah hilang kemana ntah sebab maQ lupa password . Maklum faktor usia .

Apa maQ dapat di twitter ?
Dari kacamata orang tua ni , twitter selain orang promote blog ,produk , mereka juga buat tempat lepaskan geram . Hehhe sebabnya di twitter tu anda nak taip apa pun taip jelah . Jangan melanggar undang undang negara sudahlah. Tak pasal nanti ada pegawai polis ketuk pintu rumah .

Apa yang maQ maksudkan lepas geram ?
Kebanyakkan  pengguna twitter ( anak muda ) meluahkan apa sahaja yang terbayang dari kotak minda dia . Kadang tu macam kurang ajar pun ye juga . Tapi tu timeline dia , jadinya kita cuma dapat baca dan diamkan je. Kalau rajin retweet atau di favorite.

Pesanan pada anak muda yang sering mengutuk orang atau dalam kata lain ' membahan orang ditwitter tu ' ingatlah :


Bila kita pertikaikan hal orang lain belum tentu kita ni lebih hebat dari dia .


Bila kita perlekehkan kemampuan orang lain , belum tentu kita mampu buat seperti dia.


Dan bila kata  sibuk nak perolok olokkan pasangan orang lain , belum tentu kita seorang pasangan yang sempurna.

Waallah hualam ..


Pesanan ini untuk diri sendiri asalnya ..

17.8.15

Jangan pertikaikan siapa suri rumah


Assalamualaikum


Kadang kala bila duduk rumah seharian memang agak bosan . Kerja rumah yang dilakukan sejak 20 tahun lalu merupakan aktiviti yang serupa . Macam ada sesuatu yang terasa bila orang pertikaikan , BUAT APA TU? TIDUR KE? Cakap banyak tak guna , cuba tengok rutin maQ hari hari :


Bangun pagi
Buat sarapan
Mandi solat subuh
Cuci baju dan mengemas rumah
Siap siap untuk kehadiran anak anak asuhan
Jalankan kerja mengasuh sambil urus rumah
Masak untuk tengahari
Suapkan makan anak anak asuhan
Siapkan diri mereka untuk tidur
Tidurkan mereka
Solat zuhur
Makan tengahari
REHAT-biasa maQ online
Bila anak anak asuhan jaga
Mandikan mereka
Siapkan minum petang
Siapkan mereka sebelum balik
Tunggu ibubapa ambil anak anak asuhan
Solat asar
Jika ada ibubapa yang lambat ambil anak mereka ,aktiviti mengasuh berlangsung hingga kemalam atau senja.


Itu  cuma lah aktiviti secara rawak maQ diwaktu siang . Perlu kah maQ huraikan dengan lebih terperinci ?  Rasanya semua orang tahu ,apa kah tugasan suri rumah yang bekerja dirumah ! Sampaikan bila nak tidur malam sekalipun ,dia sedang pejam mata pun , minda dia akan berfikir .. nak masak apa untuk sarapan pagi esok ni ekk ?

Tu baru ingat menu untuk dimasak buat sarapan ,belum makan tengahari.

Lagi makan hati bila .. dahlah tak keluar rumah ,terperuk 24/7 dalam rumah , bila siap masak ,orang yg perlu makan tu tak makan dengan alasan dah makan kat luar . Atau lauk tak sedap . Atau masakan bukan makanan kegemaran .


Lagi terduga , bila puas dah menepuk anak anak asuhan untuk ditidurkan sampai mereka tidur lena , tiba tiba ada tetamu bertandang .


Lagi hebat bila siap je pakai kan anak anak baju selepas mandi , tiba tiba dia menjerit .. " maQ !! Yakkkkkk ..


Satu je soalan dari maQ :  ketika tu apa yang anda rasa ??


16.8.15

Nikmat yang tak nampak


Assalamualaikum

Alhamdulillah atas tiap nikmat yang Allah hulurkan. Selain nikmat bahagia , rezeki , ceria dan ketenangan , ada banyak lagi nikmat Allah beri buat kita yang kadang kadang kita sendiri tak sedar .

Macam maQ sahaja bila rasa sedih , maQ akan menangis untuk legakan rasa kesedihan tu . Dan dalam tidak maQ  sedar  airmata itulah nikmat yang takda siapa boleh beri melainkan Penciptanya . Allah hu akbar . Dan lagi bertambah nikmatnya bila dah puas airmata mengalir , maQ akan rasa lega dan tenang , biarpun situasi tu maQ hadapi sorang sorang .


Sebelum tu cuba anda bayangkan kalau kita takda airmata ?

Macamana kita nak menangis?
Macamana kita nak lepaskan rasa sedih yang terpendam?
Macamana kita nak percaya yang seseorang tu sedang bersedih?
Lainlah jika pelakon drama atau filem , mereka selalu gunakan cecair seperti  eye-more untuk tunjukkan yang mereka sedang beraksi untuk menangis . Menangis macam tu pun dibayar.


Lepas ni jika anda rasa sedih ,menangislah supaya anda rasa lega dan supaya anda tahu yang airmata anda itulah nikmat yang anda tak nampak yang datangnya dari kuasa Allah s.w.t

Lelaki menangis sebenarnya sangat comel , tapi lagi comel bila dia menangis selepas solat dan masih diatas tikar sejadahnya itu.

Sedangkan perempuan yang menangis sambil tersenyum atau ketawa adalah tangisan paling ikhlas dan 'sweet' miliknya . Tak percaya cuba lah :')


14.8.15

Jangan jadi pokok pisang

Assalamualaikum


Salam jumaat yang penuh kebarokatan .  Syukur jika kita masih lagi menjadi manusia yang dipandang mulia oleh manusia disekeliling apatah lagi disisi Allah .Amat berduka cita bila mana kita menjadi manusia yang terpinggir oleh masyarakat dan orang ramai hanya kerana perangai tak elok milik kita .

Oleh dengan itu , hargai setiap penghargaan dan penghormatan yang diberi oleh manusia kepada kita . Dan elakkan perangai pokok pisang , kerana ..





Kerana perangai seperti yang diatas itu ,bukan saja kita dipandang rendah ,tetapi setiap hari kita akan dibenci oleh manusia lain hanya kerana kita punya jantung tetapi "tiada hati ".  Na'uzunilla hii min zaliQ .


Pesanan ini buat diri maQ sendiri juga . Selamat Beramal ~

13.8.15

MaQ ada projek terbaru


Assalamualaikum

MaQ baru lepas makan tengahari . Baru saja masuk  suapan nasi ayam  yang ke 3 , maQ dah mula rasa kenyang . Alhamdulillah . Kalau macam nilah hari hari gayanya maQ makan , sekampit beras 5 kg , boleh bertahan 2 atau 3 bulan atau lebih .  Apa masaalah maQ sebenarnya sampai kan macam tak berselera  nak makan nasi ? Sedangkan menu lauk hari hari adalah menu kegemaran maQ . Asam pedas ikan siakap , nasi ayam , ayam goreng berrempah , paru goreng berlada , sambal belacan bertomato , ikan masin , tapi maQ masih tidak berselera?

Sebenarnya  maQ baru cuba 1 produk yg dah lama maQ usya kat facebook tu . Namanya ' slim Rich '  .

Fungsinya apa ?

Target utama slim kan perut la . Nak bikin perut nampak 6 pack ! Wah berangan betul mak cik sorang ni kan ? Kalau tubuh sihat dan slim ,dapatlah aktif dalam menjalankan tugas harian dan dapat lah menunaikan amal ibadah dengan sempurna . Itulah tujuan maQ makan produck ni dan semuanya kerana Allah s.w.t in sha allah

Bila ramadhan dan shawal dah pun meninggalkan kita , perut dah mula tidak sedap mata  memandang . Jangan kata orang lain pandang , mata sendiri pandang pun seram ! Apa tidak nya , juadah  berbuka macam macam ada selama sebulan ,kemudian disusuli dengan makan dimusim raya la pulak , mana tak seram biji mata ni melihatnya  .Maka jalan terakhir maQ ialah cari penyelesaian secepat mungkin . Lagi pun macam teringin nak pakai jubah saiz M la pulak .


Projek ni baru bermula 2 hari dan kita lihat kesannya bila maQ dah makan slim rich tu selama 2 minggu . Janji ? Oke good luck untuk diri sendiri .





Aip ..! Kalau anda nak tahu botol yang warna cream tulah slim Rich . Dan botol yang sebelah tu nak tumpang populariti saja sebenarnya . Hee tak sabar rasanya nak tunggu 2 minggu ni .

12.8.15

MaQ diundang ke group remaja



Assalammualaikum

Kalau dah rajin tu beria bebeno nak menaip .hehhe lepas dia ,dia buat post ,dah macam takda orang lain lagi yang blogging gamaknya harini .. hahha maaf ye ,idea maQ dah mencurah curah ni . Dari maQ duduk bergossip ,ada baik layan blog dan kongsi pengalaman .




Lihat je gambar diatas tu. Itulah screen short dari group wechat. Rata rata semuanya  remaja yang berusia bawah 23 tahun. Entah kat  mana silapnya ,mereka yang tergolong daripada remaja kaki karoke , kaki dota , kaki sembang merapu dah menjemput maQ untuk join mereka . Kalau tak kuat jiwa , memang  letih melayan notification mereka yang sembang sampai beratus ratus ,kekadang cecah 1K dan lebih !



Mulanya maQ agak terkejut sebab maQ member paling otai dalam tu dan apakah  function ? Dan bila dari ke sehari  maQ ikuti perkembangan mereka . Ye.. merekalah remaja yang punya satu ikatan silaturahim  yang dipanggil " sahabat" dan rata rata dalam tu ialah pelajar  kolej dan IPT yang mana handphone memang tak pernah lekang ditangan . Yang buat maQ  bangga , keakraban mereka macam adik beradik dan kemesraan mereka  , macam semua  dalam group tu duduk sekampung !



Apa fungsi maQ dalam group itu? ahha maQ bertindak sebagai seorang ibu yang hanya memerhati gelagat  anak anak . Kami berkongsi  masaalah dan nasihat , kami berkongsi  maklumat yang sepatutnya memang layak dikongsi dan kami sering doa mendoakan antara satu dengan lain.


Dan paling tak masuk diminda orang tua macam maQ .. anak maQ pun diundang atas alasan , tiada serikandi disitu  . Sedangkan anak  maQ pun bukanlah seorang serikandi popular .Tetapi apa kata mereka , gadis  gadis dalam group tu semua pemalu . Sedangkan anak maQ tak la aktif sangat dalam group tu dan sebenarnya ..

"Mereka lupa , nama pun 'perempuan' ,memanglah layak jadi pemalu"


MaQ dan Vape


Assalammualaikum

Pagi pagi lagi group whats app family maQ dah riuh rendah .bila mana sepupu maQ update isu " vape " . Anda pasti sudah tau sangat apa itu vape kan?



Kalau sebelum ni rokok ,kemudian rokok seludup dan lepas tu shisha dan yg terkini ialah vape ! Semua itu berbeza tapi persamaannya ada , iaitu menghasilkan asap ! Hahha . Ye , cuma asap dan asap . Apakah yg terkandung dalam asap vape ?
Vitamin ?  Ubat kuat ? Dapat menguatkan daya ingatan ? Atau hanya saja saja yang memberi kesan sampingan ?


Apa yg maQ tahu , kata sepupu lelaki maQ ,semakin beliau ambil vape ,perutnya  semakin boroi . Hahha maQ cakap mungkin itulah dinamakan " kemajuan" .




Sebagai perempuan yg berusia 46 tahun ni , kalau orang lelaki yg ambil semua  barang barang seperti vape tu ,ianya  kelihatan masih " cool " . Mungkin dah biasa melihat lelaki jadi naga agaknya . Tapi bila lihat vape dan orang perempuan ,gadis gadis makin menjadi trendy sejak  kebelakangan ni , maQ nampak  agak tidak selesa . Pada maQ tak semua trendy kita kena ikut . Lagi lagi trend dah serupa asap naga


Kemunculan Dragon 3 !


Dengan harga yang agak mahal , dan dengan  kehidupan kita yang amat mudah diserang pelbagai jenis penyakit . Ada baik ,kita jaga kesihatan untuk kearah yang lebih baik lagi .


Selamatkan dunia dari pencemarah dan karbon monoksida yang nampak macam stylo tapi pada hakikatnya kelihatan sangat hodoh . Bayangkan kawasan sekitar tu ada bayi atau kanak kanak ,atau pun pesakit asma ,atau  warga  tua  . Tidakkah kita mendatangkan masalah pada orang lain demi keseronokkan diri kita ?


Oklah mungkin maQ tak ikut peredaran zaman tetapi maQ nak cakap , maQ sayang tubuh badan dan semua organ dalaman maQ . Sebab dalam jangka masa 5 tahun akan datang , kita tak tahu risiko pengambilan vape yang stylo sangat ni. Dan kesan sampingannya kepada bayi dan kanak kanak.


Kesihatan tidak dapat dibeli biar pun kita punya wang berjuta didalam akaun bank . Bank maQ ada rm2.6B tak ye? Hurmm dah lama tak kemas kini . Harap adalah tokey vape bagi derma . Amiin.. Aik..ada flavor terkini untuk peminat vape rupanya !!




Layan bersama ulam ulam pun sedap ni . Hehhe selamat mencuba !

8.8.2015 -Majlis Pertunangan Farah


Assalammualaikum

Nampaknya orang tua tua ni kalau berblog memang tak punya semangat blogger yang padu lah .apatak nya macam maQ je ,kejap post entri , kejap sunyi sepi je blog . Haish berkulat blog ni tak dipolish kan.


Sebenarnya lepas masuk minggu ke dua bulan shawal , maQ dah mula sibuk atas urusan persiapan majlis pertunangan anak sulung maQ ( Farahin  Izzati ) yang  telah pun berlangsung pada 8.8.2015  lalu .

Plan awal ,majlis tu hanyalah sebuah majlis kecil kecil  sahaja sebab tunang je pun ,bukannya majlis nikah . Tapi disebabkan maQ punya ahli keluarga terdekat yg memang rapat dan ramai . Yang terdekat pun dah nampak meriah sangat pada haritu. Alhamdulillah.. Masing masing datang bersama sumbangan yg pelbagai bentuk ,termasuk lah :

Sumbangan makanan yg berbagai jenis
Sumbangan khidmat mak andam
Sumbangan berupa wang ringgit
Sumbangan kudrat tenaga dan idea


Allah huakbar ,murah rezki dari Mu ya Allah . Kau murahkan juga rezki saudara maraku yg pemurah pemurah itu . Amin ya robbal alamin .

Majlis yg berjalan lancar bermula dengan pembuka kata oleh ketua wakil dari pihak lelaki dan diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh biras maQ yg sudi membacakan  doanya .

Terima kasih kepada semua yg sudi hadir dan terima kasih atas tiap sumbangan dari semua . Sama sama kita mohon ikatan pertunangan ini mendapat keredhaan Allah dan mohon majlis pernikahan akan menyusul sikit masa lagi dengan keizinanNya jua .insya allah,amiin.. Jom kita lihat antara kenangan majlis 8.8.2015 tersebut .











Semuga Allah kekalkan silaturahim kami ini  hingga ke pintu  syurga .. amiinn