17.9.15

Apa sudah jadi dengan Tanjung Piai ?


Assalamualaikum ..



Tanjung Piai yang terletak di Pontian , Johor adalah antara tempat pelancungan yang popular sikit masa dulu di negeri  ini . Kerana  tanjung itu merupakan  merupakan penghujung selatan tanah besar benua  asia.


Apa yang menarik perhatian maQ semalam sewaktu berkunjung ke Resort Tanjung Piai , yang berhampiran dikawasan sini . Pelancongnya sudah tidak sehebat dulu ,sedangkan pemandangan alam semula jadinya memang menarik ,tenang dan damai . Apakah disebabkan cuaca jerebu makanya takda orang datang ?


Tapi bila maQ amati antara penyebab utama , kekurangan pelancong kemari adalah kemungkinan besar disebabkan ..






Monyet monyet  yang berkeliaran disitu sangat membimbangkan pengunjung , liar dan aktif . Struktur tanah yang terhakis juga telah menyebabkan banyak pokok bakau  yang tumbang  termasuklah tebing dan tempat rehat dikawasan tanjung itu musnah.  

Anda perhatikan gambar yang ke 3, bumbung tempat istirehat yang berwarna merah tu sudah runtuh . Dan hampir keseluruhan tempat rehat musnah . Ditumbuhi semak samun dan mereput buruk . Contohnya dalam gambar ke 4 , laluan kayu melintasi sungai ,sangatlah buruk dan usang .  Pokok pokok bunga dan semak sama tumbuh meliar.

Lihat pada gambar yang ke 5 , sepertinya ada pembinaan. Apakah untuk menaik tarafkan Tanjung Piai ? Atau hanya untuk kemudahan para nelayan yang aktif disitu? Waallahualam .




Pada maQ , jika ianya dimajukan semula , insya allah banyak peluang pekerjaan akan dapat dilaksanakn disini . Hargai anugerah alam yang tempat lain mungkin tak ada sama seperti kita . Indahnya  Johor tanah airku ..

Nanti maQ kongsikan pasal resort di Tanjung Piai ye ..insya allah . Gambar kurang memuaskan , jerebu barangkali :)

No comments: