Poligami dimata MaQ


Assalamualaikum ..

Hujan hujan ni ,untuk elakkan mengantuk pada waktu waktu macam ni , maQ kenalah buka mata besar besar untuk menaip di blog . Bila jari bergerak , maka kuranglah mata kepada aktiviti pejam  memejam.

Tiba tiba teringat satu kisah yg maQ nak kongsikan disini. Mungkin anda pernah baca post maQ mengenai sekumpulan remaja menjemput maQ join group wechat mereka ? Ada satu haritu ,mereka bagi maQ satu soalan .

Mengenai isu poligami yg tidak memerlukan keizinan isteri pertama , MaQ sokong ke tak dan Apa tindakan maQ jika maQ dapat tahu suami maQ berkahwin sorang lagi tanpa pengetahuan dari maQ ?

Allah hu.. soalan ni sebenarnya dah buat jantung maQ dup dap. Tapi disebabkan mereka bersungguh sungguh nak tahu isi hati maQ , makanya maQ jawab je dengan cool .. dalam hati tuhan je tahu hahha

MaQ jawap :

Kalau lelaki yg berpoligami itu hidup berpandukan hukum hakam agama islam yg benar , dan dia terapkan sistem keluarga sakinah dalam rumah tangganya ,  maQ rasa dia nikah 3 kali lagi pun isteri dia takkan marah . Sebab mereka sudah dididik dengan sebaik baik pendidikan agama oleh suaminya tapi jika diri sendiri , anak anak yang sedia ada pun si suami tak berjaya nak uruskan , ada baiknya abaikan saja niat 'murni' suami tu . Sebelum dia diuruskan oleh isteri isterinya .

MaQ redha kalau dapat tahu berita suami maQ bernikah lagi sebab benda dah jadi kot ,tapi mintak simpang lah hurm , akan tetapi  jika belum bernikah sekali pun maQ masih redha dan maQ sendiri akan mengundang perempuan " bertuah tu " untuk datang ke rumah maQ . Tiada unsur penderaan akan berlaku tetapi maQ akan tunjukkan keadaan rumah tangga maQ yg sebenarnya . Dan jika dia rela nak sama sama tanggung  perit getir macam mana kehidupan maQ alami sekarang ni , maQ sendiri akan meminang perempuan tu . Jantung makin kencang ber dup dap sebenarnya saat ni .

Pada mulanya mereka ( remaja remaja tu ) hanya gelakkan maQ. Sebab pada mereka maQ sengaja tunjuk berani . MaQ cakap , bergaduh sesama kaum sejenis hanya untuk seorang lelaki bukan jalan terhebat . Malahan nampak sangat kebodohan nya disitu. MaQ takkan tarik rambut dia atau mencederakannya , tapi seperti yg maQ cakap , kalau dia nak hidup sama macam maQ . Silakan.. maQ redha ..

Akhirnya mereka diam . Dan kemudian salah sorang dari mereka berkata :

 " ye maQ , kalau seseorang  ketua keluarga mengamalkan gaya hidup berpandukan islam sebenar , tiada kes  keluarga yang huru hara atau bermasaalah kat negara kita ni. mesti Malaysia ni aman dari jenayah dan gejala social..kan maQ ? " 

MaQ  cakap : ye .. itulah sebenarnya asas keharmonian sesebuah negara , ianya bermula dari rumah ^^ 

Apa pun , maQ dah tak join group tu lagi sebabnya handphone maQ kerap sangat 'heng' bila mereka sembang pasal game DOTA ..hee :)




Comments

Popular posts from this blog

Kisah barang kemas

Cara geledah blog maq

Kau lah bidadari ,kau lah srikandi