17.9.15

Nasi Ayam Rengit


Assalamualaikum

Bila kedai ini keluar di program tv3 ,jalan jalan cari makan sebelum ini , baru semalam 16.9.2015 , maQ berkesempatan menikmati kelazatan Nasi Ayam dikedai ini . Kawasan berhampiran dengan Pekan Rengit . Jika kita dari arah Batu Pahat , bangunan tersebut terletak dibahagian kanan anda .  Anda cuma perlu buat U-turn untuk sampai ke kedai tersebut.





Apa best kat kedai ni ?

1. Service dia pantas ! Anda tak perlu tunggu sampai tertidur . Belum sempat pandang orang yang duduk kerusi sebelah , order dah sampai . Kalau rasa nak bersin tu , rasanya belum pun sempat berbunyi gitu makanan dah smpai atas meja. Tak percaya ? Datanglah tengok bagaimana pekerja pekerja dikedai ni buat kerja . Memang pantas !! MaQ bagi 4 bintang !

2. Nasi ayam dia sedap , ayam dia sedap , ada banyak menu pilihan . Ada yang cakap , mee rebus dia sedap tapi maQ tak berkesempatan nak merasa sebab ,makan nasi ayam dia dah cukup kenyang dah. Harga RM4.50 sahaja satu set nasi ayam . Murah ?  Ye harga pun sedap . Zaman gst takda dah nasi ayam berharga RM4.50 kat Batu Pahat ni. Kalau ada pun rasanya taklah sesedap mana . MaQ tanya suami sedap tak ? Beliau pun bagi  4 bintang !  Tiru le tu..

3. Kalau anda tapau , memang awesome , anda turunkan isteri suruh order ,anda pusing kereta nak tunggu depan kedai,pasti isteri anda dah keluar dengan bungkusan nasi ayam tu. Ye..sungguh la , maQ tak borak pun . Benda ni berlaku depan mata maQ masa maQ tengah makan semalam. Selalu nak tunggu tu kita boleh karaoke 1 lagu jiwang sampai habis 1 lagu order baru siap . Ye tak ?

4. Mestilah kedainya bersih . Pekerjanya bersih . Peralatan dan kerusi mejanya pun bersih . Tu yang selera makan menjadi jadi tu.

 Throwback dikedai tu semalam ..






Makanya kalau jalan jalan ke Rengit ,jangan lupa singgah kedai ni ye. Selamat menjamu selera .

No comments: