Sekilas pandangan mata maQ

Assalamualaikum


           Bersatu teguh dan bila bercerai pastilah roboh

Untuk bersatu padu demi satu kebaikan pada zaman sekarang amat sukar dilaksanakan. Sebabnya bila kita buat baik , ramai orang tak suka malahan ada yang disingkirkan dari kumpulan semata mata kerana si dia berkata benar . Waallahhualam..

Sekarang ni mana mana perhimpunan yg sering dianjurkan oleh mana mana perkumpulan kadangkala tidak dapat  memberikan komitmen yang baik kepada umum ,biarpun matlamat asal mereka memuju kearah kebaikan **katanyalah


Selepas tamatnya perhimpunan yang dianjurkan oleh  group Yellow , kini menyusul group Red dalam satu jumlah yang sangat ramai , kalau tak silap1 juta ? Pastikah?


MaQ tak bantah atau pun sokong , tapi sebagai rakyat yang dahagakan keamanan dan keharmonian negara , maQ rasa  penganjur yang hebat hebat belaka itu boleh ubah gaya perhimpunan yang telah dirancangankan. Kita cakap kita nak buat sesuatu kearah matlamat tertentu demi kebaikan , terfikirkah kita yang kita buat itu  telah menyusahkan ramai orang. Termasuk pihak berkuasa , orang awam , perniaga. Malahan mungkin saja akan timbul salah anggap dari pandangan pelancung asing tentang Malaysia ?


Bagaimana kita nak selamatkan ekonomi negara kalau kita sendiri yang merencanakan kemusnahan ekonomi sedikit demi sedikit? Masaalah ekonomi negara ini kalau orang lain sudah berjaya bakar ,kenapa kita nak siram lagi dengan minyak tanah?

Jika sebelum ini si Yellow sanggup tidur diatas jalan raya , solat berjamaah ditengah panas . Apa kata si Red pulak buat solat hajat di masjid masjid , baca yasin berramai ramai dan sepakat mendoakan keharmonian negara , bersatu mendoakan umat islam , bangsa sendiri dan keseluruhan rakyat tidak berpecah belah demi politik ataupun ekonomi . Dengan cara ini tiada isu isu yang tidak sihat  akan dipaparkan contohnya seperti memijak gambar . Tidak dinafikan selalunya bila dah timbul semangat protes dalam jiwa, apa pun boleh terjadi tanpa dirancangkan oleh sesiapa pun .

Jika ditangkap , bagaimana dengan masa depan ? Kalau orang banyak duit ,mereka buat salah ,mereka berani bayar saman , bagaimana kita yang hidup cuma cukup cukup makan ni ? nak ke menambah hutang lagi? Ye , berani buat berani tanggung tapi kita ada keluarga yang lebih memerlukan kita. Fikir fikirkan lah.
Percayalah , jika kita berkumpul dan sehati sejiwa bersepakat untuk buat baik , semua pasti akan berakhir dengan baik baik sahaja bila semua yang direncanakan  itu lebih kearah  kerana Allah s.w.t .


Maaf , ni cuma bebelan maQ , bukan nak salahkan sesiapa atau mencari kesilapan sesiapa . maQ pun rakyat Malaysia sama seperti anda . Ada my kad dan dapat suntikan BCG dilengan ini. 
Ye, kita serupa ^^

Comments

Popular posts from this blog

Kisah barang kemas

Cara geledah blog maq

Kau lah bidadari ,kau lah srikandi