Tanjung Piai Resort


Assalamualaikum ..

MaQ dah janji nak cerita pasal Resort Tanjung Piai tu kan ? Last maQ pergi kalau tak silap pada 3 - 4 tahun lepas , masa tu family maQ ada buat mini -familyday kat situ atas tajaan seorang sepupu yang baik hati . Kemudian katanya resort tu dinaik taraf bila ada kerosakan atas sebab tertentu.

Bila maQ berpeluang kesana , ye terdapat beberapa perubahan  yang memukau disana . Chaletnya makin banyak untuk ditempah  dan kedai cenderahatinya sudah pun berdinding kaca , nampak mewah gitu , biarpun sekadar jual jajan je pun hehe . Takpa tu kedai dia ,bukan kedai kita . Tapi memang nampak kelainannya . Lokasi chalet diatas air ,memang seronok. Kaki pancing mesti teruja disini sebab ikan bermain dibawah chalet anda itu.


Harga : Pada hari cuti umum rm200.00 tetapi pada hari biasa hanya rm140.00 .

Bilik tidur yang berpenghawa dingin
Ada tempat untuk BBQ
Ada dewan mesyuarat
Ada kedai makan

MaQ tak dapat nak ambil banyak gambar disitu tapi kalau anda tengok gambar dibawah ni ,anda boleh menilaikannya. Selamat bercuti.



















Suasana yang sangat tenang dan mendamaikan bersantai bersama keluarga , memancing dan cari ilham . Untuk second honeymood pun sesuai disini , mendamaikan sebab jauh dari suara hiruk pikuk kotaraya yang saban hari kian mencabar kotak minda dan kehidupan .

Datanglah kesini untuk menikmati keindahan suasana  bermalam diatas  lautan air masin . Memang ada kelainannya .





Comments

Yenda Ixati said…
nampak tenang dan romantik sekali kan ..
MaQ annies said…
Sangat tenang, kalau malam lagi seronok dapat tengok langit dan laut yang mengkagumkan .. SubhanaAllah

Popular posts from this blog

Kisah barang kemas

Cara geledah blog maq

Kau lah bidadari ,kau lah srikandi