Posts

Showing posts from October, 2015

Pintu taubat belum tertutup

Assalamualaikum ..

Jumaat datang lagi. Apa perkara paling bahagia setiap pagi ialah kita masih bernafas dikala celiknya mata . Alhamdulillah .


Itu tandanya Allah masih beri peluang kat  kita untuk  bertaubat dan menambah lagi pahala yang sedia ada . Banyak mana jumlah  pahala tu , pakar matematik terhandal didunia ini  pun tak mampu nak kirakannya dan hanya Allah yang Maha mengetahui untuk setiap perbuatan yang setiap hambaNya lakukan .


Sering kali  bila kita bertekad nak jadi lebih baik , seringkali itu jugaklah  saitan berbisik kat telinga untuk melakukan dosa lagi. Kadang tu ,saitan tak bisik pun dah hati memang 'jahat'  .. tiba tiba je hati merengus sekelumit  rasa yang tidak elok dan terhasillah dosa kecil . Banyak sebenarnya dosa yang kadang tu kita tak perasan yang kita dah lakukan . Antaranya ?

" kita baca dan dengar satu cerita yang kita sendiri tak nampak kejadian yang sebenar  tapi kita bersungguh sungguh menyalahkan pesalah yang terlibat didalam kejadian itu …

Sedap tapi mengidap

Assalamualaikum ..


Bila kat group dilaman laman sosial  seperti fb , wechat ,whats app asyik sangat  mengupload  gambar makanan yang telah dihasilkan .  Ada tu hampir setiap hari ada je masakan yang dimasak . Ada kek ,biskut ,kuih muih , masakan masakan barat dan berjenis jenis makanan yang menyelerakan , semua tu bukan untuk jualan tapi untuk dimakan oleh ahli keluarga masing masing , secara automatik maq terfikir apa akan jadi dengan tubuh badan mereka itu pada 15 tahun akan datang?

Makan ni memang lah sedap . Tapi bila dilayan dengan tidak mengira berapa kalori gula dan bahan lain masuk dalam tubuh badan kita setiap hari risiko mengidap berjenis jenis penyakit , amat tinggi. Kesian kat tubuh kita yang terpaksa bersesak sesak menerima bahan bahan yang sebenarnya ada sukatan yang perlu diambil kira .

Bayangkan pembuluh darah yang halus itu menjadi terlalu padat dengan bukan sahaja darah, tapi kandungan glukosa dan kolesterol .

Untuk makanan bergula , cuba bayangkan 1 hari berapa kal…

Internet yang membosankan

Assalamualaikum

Lama maq tak menaip diblog . Bukan malas tapi ni adalah kesan dari serangan jerebu yang beberapa kali melanda  Malaysia sehinggakan maq tak jumpa button " new post " . Hehhe suka sangat  tak ngaku kesilapan sendiri kan .  Padahal sendiri yang malas .

Sejak kebelakangan ini internet telah tidak beri kerja sama kat maq . Kadang tu dalam rumah ni hanya maq sorang yang guna wifi  ,tapi dia punya loading  berjam jam tunggu sampaikan maq jadi give up dan ambil novel terus baca dan akhirnya tidur.


Menurut anak maq ,line lari kencang hanya  diawal pagi . Antara pukul 2 am -6am . Sedangkan waktu itu merupakan waktu rehat maq setelah berjaga dari 5 am hingga  11pm .

Apakah masaalah ini akan berterusan macam ni ? maq pasrah dan redha pada takdir dan waktu yang berlaku.

Semangat juang mereka hebat

Assalamualaikum ..

Malaysia kita digemparkan dengan berita penemuan semula  6 dari 7 orang kanak kanak yang hilang selama 48 hari di negeri Kelantan. Biarpun cuma 2 yang masih hidup ,seorang lagi tidak dapat dikesan ,manakala selebihnya telah meninggal dunia , kita masih layak bersyukur kerana semua persoalan kini telah terjawab . Sebarang spekulasi keyboard warrior kini telah menemukan jawapan. Kudrat mereka merempuh hutan selama 48 hari tanpa makan dan pelindungan yang sempurna amat memberi impak pada pemikiran orang dewasa  macam maq .

Cuba sama sama kita bayangkan situasi kanak kanak itu ketika :

Detik mengadap kematian kawan mereka didepan mata .

Melalui suasana malam gelap dalam hutan.

Hujan lebat ,mereka kesejukan .

Tidur yang pasti tidak selesa.

Makan minum yang tak terurus.

Binatang berbisa.

Tahan sakit dan ketakutan.

Ya Allah , besar sungguh kuasaMu ..


Pada maq 48 hari bukan masa yang singkat . Mereka bertarung nyawa untuk teruskan hidup dan bersembunyi . Semua gara gara ap…

Makanan berwarna warni

Image
Assalamualaikum ..

Sekarang ni , manusia berlumba lumba mencari idea untuk memperkenalkan produk masing masing . Yang terkini , karipap dan  berger telah diwarna warnikan tepungnya . Memang nampak menarik tetapi apakah ini akan buat semua orang teruja untuk memakannya . Waalla hualam . Rezeki itu dari Allah dan  milik kita . Pengusaha  berusaha , pembeli membeli mengikut cita rasa masing  masing . Yang paling utama adalah  bahan utama pada makanam itu berstatus HALAL !






Kepada yang  berminat nak mencuba  berger warna warni tu , ianya terdapat di Busstand lama ,jalan Omar , Batu Pahat . Nama kedai ada digambar yang ke 3 . Dan kedai ini beroperasi hanya diwaktu malam dengan harga rm2.50 /pc *harga promosi*. Karipap ? Entah hasil usaha siapa agaknya  . Maq jumpa gambar tu kat twitter semalam . Dan yang bawah sekali tu gambar bahan utama , tepung berwarna warni !

Apa pun hasil gaya produk , tunggak utama pembuatan mestilah halal dan bersih . Selain tu mestilah kena sedap !!  Barulah orang…

Petua elak pukau dulu dan kini

Image
Assalamualaikum .. selamat pagi .

Harini cahaya matahari  sudah mula menyinar indah di bumi Batu Pahat , namun sampai bila,maq tak pasti kerana semua yang Allah beri pada kita sekarang ,hanyalah pinjaman dan bersifat sementara. Bersyukurlah masih diberi peluang sekali lagi untuk bernafas dibumiNya.

Di Batu Pahat seminggu dua ini kecoh pasal kegiatan kes pecah rumah  yang dilakukan oleh pendatang asing . Semua penduduk diarah berhati hati , ketua kampung diarah memastikan kawalan demi kawalan disebelah malam dipertingkatkan .



Semua laman sosial dah viralkan  kes tersebut . Di group group whatsapp , macam macam cerita sudah dibaca , semua ini menjadi kebimbangan kepada masyatakat setempat  termasuk maq . Paling jelas kegiatan ini dilakukan dengan cara pukau !

Maq nak kongsikan petua bagaimana mengelakkan diri kita dan rumah dan kita dari  dipukau . Tips ini sebenarnya maq dapat dari orang tua dulu dulu .  Kerana  zaman dulu pun kes pukau memukau ni ada jugak belaku ,bukan kes baru baru…