Posts

Showing posts from 2016

Majlis Pernikahan anak pertama Maq

Image
Assalamualaikum.

Alhamdulillah wasyukurillah. Ucapan terima kasih pada Allah s.w.t. kerana telah mengizinkan urusan perkahwinan anak perempuan pertama Maq berjalan lancar.


Majlis yang berlangsung pada 24hb Disember 2016 ,dimulai dengan upacara akad nikah pada pukul 10.30 am dan berakhir dengan majlis makan beradab pada pukul 3.00petang . Disusuli pula dengan majlis bertandang ke rumah pengantin lelaki pada 25hb Disember 2016 pada pukul 9.00 malam .

Terima kasih Allah.
Terima kasih kaum keluarga.
Terima kasih jiran tetangga.
Terima kasih kawan kawan jauh dan dekat.
Terima kasih kaki tangan katering.
Terima kasih mr Dj.
Terima kasih mak andam.
Terima kasih budak kompang.
Terima kasih Tuan dan Puan besan.
Terima kasih kepada keluarga pihak lelaki.
Terima kasih pada semua yang terlibat yang turut  serta menjayakan majlis dan memeriahkan majlis hingga ke penutupnya.

 Alhamdulillah.

Dan selaku tuan rumah , maq dan suami ,menyusun 10 jari, memohon ampun dan maaf , andai ada hal yang kami te…

Khasiat buah nenas

Image
Assalamualaikum

Selamat tengahari. Harini genap 2 minggu maq jadi pengganggur terhormat .  Hidup maq sekarang sepi tanpa suara kanak kanak dan bayi . Setelah hampir 20 tahun beroperasi , maqnie nurseri and the kids kini dah terhenti di titik penamat. Sunyi sangat rumah ini , bak hang!

"Bertabahlah maq " - maq pujuk hati ini

Harini maq nak kongsi apa yang maq dapat dari group whats app. Ianya mengenai nenas .ya, buah nenas.



Rupanya Buah Nenas Boleh Dimakan Setiap Hari, Buah Nenas Mampu Merawat 1001 Penyakit. Share Supaya Ramai Tahu Manfaatnya..

Ramai yang berpendapat buah nenas tidak boleh dimakan terlalu kerap kerana risau akan mengakibatkan pedih perut kerana ia dikatakan buah yang agak 'tajam'.

Sehinggakan ada yang tak suka langsung makan buah nenas. Sedangkan jika anda menolak buah nenas ini, bermakna anda tergolong orang yang rugi kerana buah nenas adalah salah satu buah yang mampu merawat 1001 penyakit.

Nenas penuh dengan vitamin dan mineral termasuklah vitamin…

Hidup ini satu perjalanan

Image
Assalamualaikum ..

Alhamdulillah wasyukurillah . 2016 hampir ke garisan akhir . Pahit manis dalam melalui detik 2016 , sudah mengajar kita erti kehidupan. Anak anak ,pasangan ,ahli keluarga dan masyarakat sekeliling turut sama memainkan peranan untuk kita .

Bersama mereka :

 kita belajar betapa tinggi  nilai kehidupan ,

 kita boleh kenal erti sebuah kasih sayang ,

 Kita mantapkan usia menjadi semakin  matang ,

 Kita perluaskan fikiran yang dewasa bersama usia ,

 Kita hangatkan semangat jadi kuat untuk keperluan jati diri,

 Kita  yakin kita memang boleh  bejaya untuk hidup dalam  dunia kita sendiri. Ya, sejujurnya kita memang mampu lakukannya. Yang  buat kita gagal hanyalah apabila kita tak yakin dengan kerja kita dan ditambah lagi dengan kritikan negetif  orang yang tidak selesa dengan diri kita .

Masyarakat kita terkini ,ada banyak kelompok manusia .

Ada jenis yang suka burukkan orang.

Ada jenis  yang suka memuji orang.

Ada jenis yang langsung tak fikir masaalah orang.

Sebagai hamba…

Ke Tanah Suci

Image
Assalamualaikum .

Pagi Selasa yang indah . Terima kasih Allah untuk tiap nikmat yang tak mungkin bakal terbalas oleh hamba Mu ini. Hari ini maq nak kongsi cerita keluarga je.

Awal pagi tadi di KLIA , dalam lingkungan 1:00 am, emak dan abah maq , adik adik maq ,adik adik ipar maq , anak anak buah maq,  beberapa orang sepupu dan beberapa orang mak cik maq , telah selamat diterbangkan ke tanah suci untuk mengerjakan umrah . Umrah yang dipanggil sebagai umrah musim sejuk ( pada bulan disember ).

Sayu , gembira,bangga dan rasa bersyukur yang tak terhingga bila melihat wajah wajah kesayangan telah berada didalam kapal terbang , yang lelaki kemas berpakaian ihram . Yang wanita senyum tenang disebalik wajah.

Semoga Allah permudahkan semua urusan mereka disana , diberi sebaik baik perlindungan dan selamat pergi , selamat kembali ketanah air . Aaamiin ya Robbal A'lamin ..












Terima kasih kepada adik adik maq yang bersungguh sungguh untuk menjayakan perjalanan ini. Moga  Allah murahkan lagi re…

Makan Buah buahan sewaktu perut kosong .

Image
Assalamualaikum ..

Maha suci Allah yang mengizinkan kita menambahkan lagi satu ilmu diminda . Terima kasih Allah . Harini maq kongsikan serba sedikit perihal buah buahan yang sering kita ambil sebagai makanan serat dan pencuci mulut . Mungkin ada yang sudah tahu namun bagi yang masih belum tahu , marilah sama kita baca artikel dibawah .

MAKAN BUAH-BUAHAN SEMASA PERUT KOSONG

Ini akan membuka mata anda! Baca hingga akhir; dan kemudian, hantar kepada orang lain dalam senarai anda seperti yang saya lakukan!

Dr Stephen Mak merawat pesakit  kanser terminal dengan cara yang "un-ortodoks" dan ramai pesakit pulih.

Sebelum dia menggunakan tenaga solar untuk membersihkan penyakit kepada pesakitnya, dia percaya pada penyembuhan semula jadi dalam tubuh daripada sebarang penyakit. Lihat artikel beliau di bawah.

Ia adalah salah satu strategi untuk menyembuhkan kanser. Sehingga kini, kadar kejayaan saya dalam menyembuhkan kanser adalah kira-kira 80%.

Pesakit  kanser tidak akan mati. Penawa…

Kesalahan dalam berdoa

Assalamualaikum ..

Sedikit perkongsian buat rujukan kita bersama.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
TANYALAH USTAZ TV9
(Ustaz Salahuddin Muhammad)

KESALAHAN DALAM BERDOA.
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Antara kesalahan berdoa kerana tidak memuji kebesaran Allah,tidak berselawat kepada Nabi(doa yg tidak diawali dgn selawat,doanya akan tertahan)serta berdoa dgn hati yg lalai.

ADAKAH BERDOSA,JIKA DIA TIDAK TAHU TATACARA BERDOA?

Org jahil yg tetap hendak berdoa, itu hak Allah utk menerima doanya kerana Allah suka org jahil yg hendak bertaubat dan Allah sangat suka org yg suka berdoa.

Org jahil yg tidak inginkan kebenaran (bodoh sombong) ia berdosa jika berdoa tidak kena dgn caranya (tidak menerima apa yg diajarkan dan suka² mengikut cara sendiri)

Menjadi kesalahan berdoa sehingga meninggikan suara.

Jangan berdoa perkara² yg buruk utk diri sendiri dan jangan berdoa keburukan utk anak²,jangan berdoa kecelakan harta kita,jangan doa² yg…

Kelebihan membaca dan menghayati alQuran

Image
Assalamualaikum .

Segala puji bagi Allah pentadbir sekelian alam . Syukur sangat sangat , selepas diundang ke group whats app  Group Pengajian AlQuran banyak ilmu yang indah maq terima  .

Sebenarnya group itu ahlinya sama je dengan ahli group ex student SMKS ( GBS SMKS )  cuma jika sebut group  pengajian , group ini lebih kepada perkongsian ilmu . Manakala group GBS SMKS tu lebih kepada sembang santai je . Functionnya sama je sebenarnya ,mengeratkan silaturahim sesama ex student SMKS 68,69. Ukwah terjalin ummah bersatu .. inshaa Allah.

Kalini ,maq kongsilah salah satu ilmu yang admin group kongsikan bersama. Semoga menjadi panduan sesama kita.

Terima kasih kat admin kerana berkongsi , semoga kehidupan kami digroup sentiasa  diberkati pada tiap amalan dan perbuatan dibawah kawalan admin admin group . Aamiin ..

yok teliti satu persatu gambar dibawah ini . Ilmu tak boleh dijual tapi ilmu boleh buat kita bernilai . In shaa Allah .









Nota orang tua :  benda elok  jangan sorok ,kita kongsi k…

Persiapan awal

Image
Assalamualaikum ..

Tarikh majlis sedang bergerak satu ke satu hari. Kehidupan maq makin bertambah sibuk sekarang ni . Sambil urus dua orang anak asuhan yang masih dihantar hingga akhir bulan november ni , maq turut sama membuat satu persatu persediaan nak dapat menantu.

Alhamdulillah , biarpun pertama kali ,namun dengan bantuan anak anak dan suami , serta kaum keluarga terdekat, maq dapat tanganinya dengan tenang. Terima kasih semua , terima kasih Allah. Mohon semua urusan dipermudahkan lagi ..aamiin.

Harini , waktu ini , maq sedang sibuk menghias cenderahati buat para tetamu. Maq buat sendiri ? Ye.. mana yang maq mampu buat ,maq akan lakukannya sendiri . Kalau semua nak order , tokeh balak pun boleh bankrup dik oii . Hehehe




Hasil keras tangan 😊

Pukau

Image
Assalamualaikum ..

Minggu ni rata rata group whats app yang maq join , bagi info tentang kes PUKAU yang terjadi  di daerah Batu Pahat baru baru ni . Ini maklumatnya .


*Assalamualaikum. Mohon perhatian sahabat taman semua.... Sekiranya ada orang perempuan yang datang ke rumah kalian dengan niat tuk ajar kelas jahitan. Mohon call polis atau sekecil2 usaha ignorekan sahaja. Kerana maklumat yang saya terima dari Taman Wira , perempuan ini apabila diberi peluang mendengar penjelasannya, dia akan meminta puan2 mengisi borang dan akan MEMUKAU puan2 dan mengambil barangan berharga dirumah puan2. Hari Sabtu lepas modus operandinya di Taman Wira...saya khuatir dia akan ke taman kita juga.
Mohon juga jaga anak2 kecil supaya tidak keluar tanpa pengawasan kita. Sekian, terima kasih. Wallah hualam.*

**Copy paste dari group whatss app .


 Tapi betul ke tidak kes ini ada terjadi ? Mesti ramai yang was was kalau ada info datang dari group whats app . Takut kes tidak sahih ,termasuklah maqnie sendiri .…

Jumpa pada usia 47

Image
Assalamualaikum ..

Bila usia dah mencecah lewat akhir 40an. Apa je yang ada dalam minda?  Amalan dan keluarga itu merupakan fokus utama .

Dan bila application whats app maq sudah aktif , maq dikesan oleh kawan kawan sekolah menengah kemudian dimasukan dalam group whats app bekas pelajar sekolah menengah - SMKS  , ramai tak kenal maq kerana maq yang dulu bukan maq yang sekarang. Kehilangan selama 30 tahun ,bukan kejap . Ye ,maq menyepi dari kawan kawan sekolah selepas berkahwin. Fokus 200% kat keluarga sahaja.

Lagi pun usia sweet 17teen nak disamakan dengan sweet 47 , ketara sekali penampilannya kan? Namun pada maq ,dalam usia yang makin singkat ini , hidup kena lebih tenang dan santai . Tak perlu dibebani dengan tekanan dan masaalah yang remeh yang hanya mengusutkan minda .

Hilang dan muncul maq dalam 2 dunia yang berbeza . Remaja dan dewasa . Pastinya ada yang tidak suka , ada yang nak manja manja , ada yang setia dijiwa , ada yang teruja , ada yang kerap menyakat , ada yang anggap …

Bebel kejap

Assalamualaikum..

Bila harga barang naik menjadi jadi , semua rakyat pening , hari hari mereka bising. Yang tak bising hanyalah orang yang naikkan harga barang ,sebabnya mereka tak pergi beli barang. Mereka tak tahu apa itu istilah seronoknya  bershopping bersama isteri dan anak anak . Mereka tak kenal apa itu erti 'adjust adjust ' duit gaji . Mereka tak kenal erti,  kedai mana ada jual dengan harga lebih murah ! Dah tu  apa yang mereka tahu ?

Entahlah ,  Allah sahaja yang tahu.

Lain lah orang bawahan macam kita ,  setiap minggu beli barang dapur, beli bahan  kering dan bahan basah . Nak bayar bil ,bayar sewa itu ini , duit rumah , duit kereta .Nak sediakan makanan untuk ahli keluarga. Nak elakkan hari hari makan di kedai. Nak ' adjust adjust ' supaya hujung bulan nanti ,  takkan timbul rasa sayu bila buka beg dompet.

Ada yang bersuara , bila dah tak mampu , tak perlu lah beli yang mahal , ambil je barangan yang mampu , yang harganya murah. Sampainya hati mereka cakap…

Akhirnya kita jumpa siapa kita

Assalamualaikum ..


Persoalan : ADA SEGOLONGAN ORG YG KUAT BERIBADAH TAPI 'BERAKHLAK BURUK' &  ADA  SEGOLONGAN ORG YG TIDAK BERIBADAH LANGSUNG TAPI 'BERAKHLAK BAIK' , YANG MANA LEBIH BAIK ??

"Wahai Syeikh, MANAkah yang lebih baik, seorang MUSLIM yang KUAT berIBADAH tetapi AKHLAKnya BURUK dan seorang yang TIDAK berIBADAH LANGSUNG tapi amat BAIK AKHLAKnya !!", tanya seorang pemuda...

"SUBHANALLAH !! KEDUA2nya BAIK", ujar Syeikh sambil tersenyum...

"MENGAPA boleh jadi BEGITU ??", desak si pemuda tadi...

"KERANA orang yang TEKUN berIBADAH itu boleh jadi nanti akan diBIMBING Allah untuk berAKHLAK MULIA bersebab IBADAHnya.

Dan kerana ORANG yang BAIK PERILAKUnya itu boleh jadi nanti akan diBIMBING Allah untuk semakin TAAT kepadaNYA ."

"Jadi SIAPA yang LEBIH BURUK ??", desak si pemuda tadi...

AIRMATA mengalir di pipi  Syeikh.

"KITA... wahai anak muda ",  ujar beliau.

"KITAlah yang seLAYAKnya berAKHLAK BURUK s…

Proses Nikah 2016

Assalamualaikum

Setiap tahun satu persatu sistem di Malaysia diperbaiki dan diperbaharui disemua sudut . Ini mengikut keperluan mengikut peredaran masa dan keperluan semasa. Alhamdulillah.

Bila anak sulung maq makin hampir menamatkan zaman bujangnya hujung tahun ini , PERTAMA kali maq lalui detik menjadi 'emak pengantin ' . Pengalaman ? Maq takda pengalaman jadi emak pengantin , tapi jadi pengantin pernah lah 23 tahun yang lalu. Dan ini merupakan pengalaman pertama kali bagi maq sebagai emak pengantin. Mohon dipermudahkan ya Allah. Aamiin..

Ternyata jadi pegantin dan emak pengantin tu jauh bezanya ya. Dulu cuma tahu cakap nak itu ini je dari orang tua ,sekarang .. haa berpeluh otak nak fikirkan serba serbi nak di siapkan .

"Slow and steady maq" ( bisik kat diri sendiri )

Untuk permulaan proses , bakal pengantin wajib mengambil krusus pra perkahwinan terlebih dahulu . Yang tak tahu nak bernikah bila pun boleh menyertainya. Yang nak bernikah kali ke dua  ? Ops sorry  …

Tips menyelamatkan pesakit yang diserang stroke

Assalamualaikum..

Stroke boleh menyerang kita dimana mana dan kepada sesiapa sahaja . Terutama pesakit diabetis , stroke sering menguji . Kesan stroke amat tidak dijangka , semua bergantung pada izinNya.


Maq ada jumpa tips bila mana kita menemukan seseorang yang terkena stroke dihadapan mata kita. Lebih lebih lagi ketika berada dirumah. Tips ini dikongsi oleh seorang nitezen difacebook , dan diruangan komen beliau , ada beberapa orang nitezen lagi tampil  dan menyokong kenyataan beliau ini . Rata rata mengatakan mereka pernah mencuba tips itu , dan hasilnya memang memuaskan dengan keizinan dari Allah s.w.t.

Bawah ini tipsnya :


Jika ada di antara keluarga kita yang terkena stroke, jangan panik. Itu kuncinya. Sebab, jika anda panik, justru akan memburukkan lagi stroke yang dialaminya.

Ada 1st aid (langkah pertama) dijamin sangat berkesan. Cara ini sudah diperkenalkan secara meluas, agar menjadi pertimbangan masyarakat sebagai alternatif pertolongan pertama bagi orang yang terkena strok…

Batas berchatting

Assalamualaikum ..

Whats app ! Ianya merupakan salah 1 application paling  popular dan menjadi keperluan dihampir seluruh penduduk di dunia ini. Selain berhubung dengan sembang sembang, whatsapp juga antara cara perniaga perniaga online berniaga  . Okey itu semua orang sudah  tahu ! Dan galeri whatsapp juga merupakan galeri yang save gambar paling banyak dalam handphone kita . Betul ke bohong ? Waallah hualam

Harini hari ke 8 maq deaktif whatsapp . Kenapa ? Maq online whats app guna tablet , Adeh , letih lah asyik kena update tiap bulan dan kalau lambat nanti whatsapp maq diblock ! Lama lama maq give up , biarpun pakar gadjet ada beri tunjuk ajar supaya setting whats app di playstore , tapi keputusan maq muktamad  , merajuk dan uninstall whatsapp tu . Konon nya marah dan sentaplah ni  heheee ..

Dalam whats app banyak yang maq nak kongsikan diblog ni. Antaranya ialah  perbualan antara suami orang dan isteri orang. Jika anda ditemukan digroup whatsapp sekolah atau group ex pekerja atau…

LELAKI MELAYU boleh ubah ekonomi Malaysia ?

Assalamualaikum ..

Cara Menyelesai MELAYU Merempat di bumi sendiri.

 Disarankan ,Jalan penyelesaian menyeluruh yg hakiki dan muktamad bila semua lelaki Melayu Islam mula memenuhi masjid 5 waktu setiap hari dan selama-lamanya. Setiap waktu jemaah mesti sama bilangan seperti solat Jumaat.

Ehh , tak perlu lihat orang lain, lihat sahaja pada diri sendiri ,berapa kerap ke masjid ? Berapa kali dapat solat berjemaah ? Cukupkah 5 waktu itu sehari semalam ? Sudah berapa lama AlQuran disimpan tanpa disentuh ? Kita kerap melancung keluar negara dengan keluarga , tetapi berapa kali kita bawa keluarga ke masjid yang ada didalam area tempat tinggal kita itu sendiri?

Lihat sahaja masjid masjid di kawasan kita ,seringkali kelihatan sangat sunyi sepi . Bila ketua keluarga abaikan tanggungjawab nya kepada Allah ,bagaimana dengan tanggungjawabnya kepada orang lain seperti anak dan isteri , termasuk juga kepada negara.
Lihat seperti negara luar ,


🔹Sri Lanka , orang  Islam adalah minoriti tetapi mereka …

Susu badan yang dibotolkan

Image
Assalamualaikum


Bila ditugaskan untuk mengasuh baby Qisya pada januari 2016 , tulah pertama kali maq belajar tentang penyusuan susu badan yang dibotolkan . Kerana baby Qisya merupakan pengamal minum susu badan  sepenuh masa ( amboi ayat skemah habis ) .

Alhamdulillah , dengan kerja sama mama dia ,maq boleh uruskan  minum susu badan dalam botol dengan mudah sekali.

Susu dalam botol ada 3 jenis
Susu frozen
Susu chill
Susu fresh

Susu frozen ialah susu yang dibotolkan kemudian didingin bekukan ditempat pembeku dipeti sejuk. Susu ini bila sudah beku dengan sempurna , kualitinya boleh bertahan selama 2-3 bulan , tapi pastikan tiada kejadian " blackout " dirumah anda !


Bagi kes baby qisya ,setiap pagi mama dia akan bekalkan 5 botol susu yang dibotolkan kerumah maq .
1 botol susu fresh
4 botol  susu chill

Susu fresh merupakan susu yang dipam pada hari yang sama , iaitu 1 jam sebelum pergi kerumah maq . Dan susu ini boleh tahan selama 4 jam jangka hayat nya . Selepas 4 jam susu ini d…

Selamat tinggal kerjayaku ???

Assalamualaikum

Keputusan sudah diambil ,  2017 adalah tahun maq nak bersara dari menjadi baby sitter. Ramai kawan bertanya kenapa nak bersara sedangkan umur belum lagi tahap pencen , 50 pun tak sampai lagi ? Ini jawapan maq .

Selama 20 tahun maq jadi baby sitter , banyak pengalaman yang maq dapat dari parents ! Dalam masa 20 tahun tu , lebih 30 orang bayi dan kanak kanak yang dibesarkan dalam pelukan dan belaian lasih sayang maq .

Tangis mereka , senyum mereka , ketawa mereka ,gaduh mereka ,jerit pekik mereka  , semua karenah mereka adalah penawar bagi maq . Biar pun dimarah, ditegur ,dipesan  ,sekejap je mereka tertib ,20 minit kemudian ? Buat perangai semula . Itulah kanak kanak ,mereka tak tahu makna serik tapi itu semua adalah kenangan yang takkan berulang bagi maq lagi 😢😢

Sakit demam mereka cuma maq yang faham bagaimana nak uruskan panas badan yang melampau, bagaimana sukar nak masukan ubat kemulut mereka. Kadang rengek demam mereka boleh buat maq menangis , batuk yang teruk …

Kolam Air Panas Jasin ,Melaka

Image
Assalamualaikum

Sempena cuti sem yang baru berlalu , bila anak yang bongsu cuti sekolah dan kolej pun cuti seminggu ,peluang untuk panjangkan langkah amat cerah . Sasaran kali ini ialah negeri Melaka !

Apa menarik di Melaka kali ini ? Ye kali ni kami pergi mandi manda dikolam air panas Jasin ! Siapa yang pernah pergi tahu lah kan lokasinya dimana . Kalau kami yang firstime pergi ni , terpaksalah guna map google, padahal Jasin tu sempadan antara Melaka dengan Johor je ,dah tak tahu kan google je la.

Search  : kolam air panas Jasin 1 .

Kalau anda 'search ' , google akan tunjuk ada banyak tempat kolam air panas Jasin ni , ada kolam 1 ,kolam 2,kolam 3, dan beberapa lagi kolam air panas .Tapi kali ni kolam 1 jadi pilihan maq dan family.



Pemerhatian mata maq untuk tempat riadah ini : boleh la kalau nak bagi 4 bintang dari 5 bintang. Elok pergi bersama ahli keluarga.

Makan : pengunjung boleh bawa bekalan dari rumah , bawalah banyak  mana mampu ,asalkan kebersihan tu terjaga sampai a…

Rumah Nenek dimasuki air

Image
Assalamualaikum ..

Bila bumi Batu Pahat disirami hujan lebat melebihi 30 minit seperti tengahari tadi ,apa yang menjadi kerisauan sebilangan  penduduk Kampung Parit Amat ,mukim 5, Batu Pahat , Johor ?

Ye, tak lain tak bukan ialah rumah mereka dimasuki air parit yang melimpah melebihi paras taliair tersebut.

Antara penduduk kampung itu yang menjadi mangsa keadaan ialah nenek maqnie sendiri iaitu Puan Hajjah Fatimah binti Mohd Saleh.

Isu ini bukan baru harini ,tapi sudah makan tahun ,bukan setahun dua malah bertahun tahun . Bayangkan tiap kali hujan lebat ,ini hasilnya  ..



 ... 😭😭😭


Rumah yang didiami seorang wargaemas bersama seorang anak perempuannya . Dipenuhi air disetiap sudut rumah ! Perabut berendam air , peralatan elektrik , tikar getah terapung , kain baju , bahan makanan ,peralatan dapur hampir kesemua basah dan perlu diselamatkan ditempat lebih tinggi.Banjir kilat ini kadang kadang  makan berhari hari apabila air sungai mulai naik  dan hujan pula turun tak henti henti.

Nas…