29.1.16

20tahun rezeki dari Allah



Assalamualaikum

Jumaat datang lagi . Orang gomen cuti di Johor manakala orang tak gomen  kena kerja la . Lagi lagi macam maqnie yg kerja sendiri. Hari hari adalah hari kerja . Kalau cuti siapa nak bagi duit kocek?Suami ? Biarlah dia uruskan tanggungjawab dia yang lebih utama dan lebih wajib dulu . Sebagai seorang  isteri yang masih sorang sorang je isterinya*  maq tau tahap kesukaran suami nak adjust adjustkan duit gaji beliau, lagi lagi dalam zaman nilai duit adalah rendah . Beli barang takda yang murah. Bawa rm 100 ke pasaraya macam main main je shopping nya. Tak rasa apa dah. Mengeluh? Tak perlu , tapi kena tabah dalam redha.

Kerja !

Dulu maq bekerja sebagai seorang line leader disalah sebuah syarikat Jepun di Batu Pahat . Syarikat tu memang popular di Johor . Gaji pun memang memuaskan. Bayangkan era tahun 90an kalau gaji rm 1200/sebulan sudah cukup besar buat seorang perempuan berkelulusan SPM macam maq. SPM jew~ alhamdulillah boleh lah cakap orang putih sikit sikit . Yes, no? I don't know . Ahhaa tu je , lebih lebih memang fail .

Berhenti kerja?

Atas permintaan encik suami yang tak sanggup melihat anak kecil dihantar kerumah orang , maq diarah berhenti kerja pada akhir tahun 1994. Antara rela dengan tak. Antara sedih tak dapat dah pegang duit atau tak..maq memang kena akur . Ikutlah cakap suami .. suri rumah sepenuh masa jadi gelaran yang paling abadi.

Duduk goyang kaki dirumah?

Ye ! Tapi tak lama . Cuma hampir dua tahun. Selepas dapat anak kedua pada tahun 1995 dan ketika usia anak masuk ke setahun(1996). Maq dah mula bosan sebab duit simpanan semakin menyusut. Sebab asyik lah di petik di"pokoknya" . Bila mana seorang jiran menawarkan untuk jaga anak beliau. Maq setuju lelaju. Anak sendiri 2 orang ( usia setahun lebih dan hampir setahun ) tambah dengan seorang bayi lepas hari berusia 2 bulan . Mampukah?  Dengan upah rm150 kerja mengasuh untuk hampir 12jam selama 24hari ..maq cakap : oklah , tak cuba tak tahu *

Letih , penat , terkejar kejar itu lah kerja harian maq untuk permulaan. Sebab tiada pengalaman langsung jaga anak orang. Anak sendiri pun baru nak belajar jaga. Alahai~ rupanya tak lama maq mengasuh . tak sampai setahun , maq dah letak jawatan . Hee~ dah cuba , Barulah tahu*

Pada tahun 1998 maq berpindah ditaman yang maq duduk sekarang . Rumah sendiri yang taklah besar mana tapi mampu muat kami sekeluarga. Disinilah segalanya bermula .

** Maqnie yang jaga budak ** haa tulah nama paling meletop kat taman ni.  Lagi gelemer orang cakap ** maqnie the babysitter** ceceh .. speaking tu ! Heee... Not bad lah . Dan diam tak diam tahun ni maq mengasuh dah masuk tahun yang ke 20 !! Dan masih lagi mengasuh .


Alhamdulillah..syukur padaMu ya Allah . Biarpun hanya kelulusan SPM Maq dapat jugak apa yang maq nak. Biarpun tak setanding  kehidupan orang lain . Tapi maq tetap bersyukur dan berbangga dengan pemberianNya.

So jika kita kata kita susah. Makanya jangan cakap lagi kesusahan tu. Tapi berusahalah untuk benteras kelemut susah yang melanda … sebab tiap antara kita Allah dah bahagi bahagikan rezeki masing masing. Antara cepat dengan lambat je datangnya.


Usaha..tekun..sabar ..pasrah ..redha dan syukur..insha Allah semua  yang diimpikan bakal jadi milik kita .   Duduk diam diri takkan bawa 'susah' kita pergi. Selama mana nak hidup bergantung dengan harta keluarga? Gunung pun boleh rata ..


Waallah hualam ~

No comments: