Antara punca jiwa kacau



Assalamualaikum

Selagi namanya manusia kesempurnaan memang tidak pernah dimiliki. Tapi bila dikatakan manusia . Mereka punya akal yang sentiasa waras .mereka juga punya nilai murni dalam kotak pemikiran , perbuatan dan hasil kerja . Kesemua aspek ini sangat perlu dititik beratkan untuk setiap manusia nak  terus hidup dalam masyarakat .

Lazimnya manusia yg kurang nak memahami  pada manusia yg lain , mereka gagal nak bezakan antara kata kata sindirian  dengan kata kata gurauan. Ini lah yg sering terjadi dalam kelompok kemanusiaan era kita diakhir zaman ini. Lebih lagi dunia social yang semakin jauh diterokai . Keperibadian yang  dinilai cuma terpamir pada barisan huruf dan sambungan ayat demi ayat  dan  sebenarnya inilah  antara penyebab manusia zaman sekarang kalah dgn perasaan mereka sendiri .

Puncanya ??

* sila baca ayat pertama pada perenggan yang pertama diatas .

Sebagai manusia yang dah hampir 50 tahun hidup . Maq hanya mampu tersenyum sambil berkata didalam hati ..

 " saya kenal siapa kamu , tapi kamu masih tercari cari siapa saya dan untuk apa saya di datangkan kepada kamu , keikhlasan saya , ucapkata saya mungkin berbeza dibenak minda kamu .  Jika saya berkata kata , saya bergurau itu semua adalah ikhlas .. Tapi malangnya tapsiran itu celaru dan kamu makin bingung "


Realitinya  :  hanya Allah sahaja  yg mampu menilai dosa dan pahala  setiap hambaNya. Kita sebagai manusia yang tidak pernah sempurna sangat TIDAK LAYAK untuk menilai amalan orang lain.


- peringatan untuk diri sendiri -

 * takbir *

Comments