Duduk rumah tertekan?



Assalamualaikum

Hai readers , dah berhenti kerja ?dan sekarang cuma duduk dirumah. mesti ada rasa tertekan kan?

Anda mungkin antara golongan yang diberhentikan kerja. atau terpaksa berhenti kerja demi nak melihat anak anak membesar didepan mata sendiri. mungkin juga atas desakkan suami tersayang kerana dia nak anda jaga sendiri anak anak , jaga keperluan keluarga dan nak anda mengurus rumah tangga dengan sepenuh jiwa. okey .. kata kata dari maq ~ redho je lah, mungkin ini jalan terbaik buat anda dan keluarga. jangan mengeluh sedih sebab tiap yang berlaku ada hikmahnya yang Allah dah tentukan sejak azali. senyum dan katakan ,

"ye! semua ni kerana kasih sayang aku kepada keluarga dan semua ni demi kerana Allah. rezeki ada dimana mana . pintu rezeki Allah luas dan rezeki bukan je pada wang ringgit , tapi pada kesihatan ,kebahagiaan rumah tangga ,pada sifat  tahan sabar pada tiap dugaan ,tu pun semua adalah rezeki.."

Bosan ye duduk rumah dengan kerja rumah yang tak pernah habis?adjust la masa dengan betul . antara punca kerja rumah tertangguh ialah handphone* !! bila dah "on data" jawapnya memang meleret lah satu persatu laman sosial yang kita lawati ..hee ni betul betul  ,bukan lagi  cobaan ! jadi apa yang lebih penting ,uruskan kerja rumah dulu , siap semua ,sambil buai anak ,barulah pegang handphone ,tapi masa tu pastikan diatas dapur tiada kuali yang sedang menggoreng ayam atau ikan . dikhuatiri lauk yg digoreng bakal ditambah pewarna baru iaitu hitam kehitam hitaman . jika orang kulit hitam dikata hitam manis tapi jika goreng ayam jadi hitam..huuu  rasanya pahittt ~

Bosan sebab takde kawan gosip?Bercampurlah dengan jiran sekeliling untuk dapat  info terkini. nanti tidak lah bosan sangat. tapi semua ni perlulah denga keizinan pihak suami ,jika suami kata  "..no.. duduk je dalam rumah goreng jemput jemput ,nanti kita boleh makan sambil menonton tv, " Ahhaa waktu tu ,jangan degil , duduk la diam diam dalam rumah. goreng lah jemput jemput tu . nak gosip ?? whats app kan ada !

Bingung duit tak nak berkepuk kepuk didalam purse ? ala chill ...masa kita kerja dulu pun bila hujung bulan pun cuma habuk jugak yang tinggalkan? so? buat donno suda le. janji suami dah siapkan keperluan harian dan keperluan anak anak dengan sempurnanya. tu pun dah  cukuplah bersyukurlah tu .

Serabut bila anak anak banyak ragam bila mana kita di depan mata ? itulah anak anak . mereka akan buat keletah bila mama ayah kandungnya yang jaga. kalau orang lain dia boleh lagi kawal perasaan, tapi dengan ibubapa sendiri mereka excited gitu ! sebab apa ?? sebab mereka seronok anda dah ada depan mata . menangis pun dia puas hati sebab mama dia ada. dia sedih ,dia ketawa hanya untuk mama dan ayah dia. so cakaplah dalam hati.."anak aku nakal macam ni..tah tah dulu aku kecik kecik lagi macam mana tah nakalnya . sampai ibu aku pun pening kepala melayan" fair tak? budak kecil memang gitu . semua budak kecil nakal ,kuat bergaduh ,banyak memerintah itu ini. tahan la sikit ye. sedang orang lain mampu layan telatah anak kita , haa? kenapa tidak kita sendiri? tu kan  darah daging kita ! sabar ye..sabar~

Semua yang diatas tu adalah antara pengalaman maq jadi suri rumah selama hampir 22 tahun. dengan berkat kesabaran dan tolak ansur perasaan hati dan kehendak batin maq sendiri, nah ..tengok lah badan maq 22 tahun duduk rumah jadi suri rumah yang setia . Elok elok berat 56kg kini dah mencecah 80 kg. Apa maq buat ? haa maq tetap sabar dan sabar lah  ~

Taklah ,silap maq jugak ,tak pentingkan JAGA cara pemakanan ,suka sangat lebih pada manis dan berlemak ,tu sebab badan  jadi gini. hee apa apa pun kesabaran tu penting . ye ,sangat sangat penting , gemok pun gemok la :)



Comments