Pantau kemelesetan ekonomi

Assalamualaikum

Tahun 2016 telah mengalami penurunan ekonomi diawal kehadirannya .Baru je masuk bulan Januari , terdapat banyak syarikat swasta yang telah memberhentikan pekerja pekerjanya kerana syarikat telah mengalami penyusutan pengeluaran yang terlalu teruk . Inilah takdir .Inilah pusingan hidup. Inilah juga dugaan pada individu dan negara . Dengan pampasan yang diberi ,ianya tidak mampu menampung keperluan maksima penerima pampasan. Mungkin setahun dua boleh la support keluarga ,tapi lama kelamaan ? Apa yang lebih perlu jika anda diberhentikan kerja ?

Dengan wang pampasan yang anda perolehi , buatlah sikit untuk  modal diri , Contohnya jika anda tidak punya lesen memandu ,ambillah peluang ini untuk belajar memandu . Manalah tahu jika anda dah ada lesen nanti ,peluang pekerjaan datang dengan mudah . Anda boleh fikirkan lah apakah jenis pekerjaan yang melibatkan lesen memandu . Banyak rasanya ,antara minat dengan tidak je . Lesen motor jugak penting di kalangan pekerjaan yang terdapat diMalaysia . contoh ? seperti penghantar pizza ! runner ! delivery ! ada banyak lagi yang maq tak larat nak taip.

0rang perempuan pula jika dah confirm nak berhenti , dan anda jenis tak reti duduk diam dalam rumah , apa kata buat modal berniaga online . Sambil tu jika ada krusus krusus yang melibatkan aktiviti kegemaran anda , pergilah ! Misalnya krusus menjahit , kursus masakkan roti dan pasta atau kek / biskut dan macam macam lagi. kenapa perlu krusus ? ahha dengan pengalaman dan ilmu yang anda perolehi tu , boleh la anda mulakan perniagan anda sendiri. promote hasil kerja anda di laman social  yang anda aktif .  in sha allah ada rezeki anda , nanti ramailah yang berminat nak order . alang alang online sesaja ,ada baik promote hasil produk , kan ?

Untuk pengetahuan anda , dinegara kita , tiap perniagaan yang melibatkan orang ramai wajib ada lesen berniaga yang sah . Untuk perniaga online sekali pun ,biar lah untung cuma rm 3/4 , lesen tetap perlu ada .  tapi warga asing yang jual ais krim naik motor tu pakai lesen apakah ? kumpulan mujibur yang jual karpet tu? golongan yang jual pakaian di pasaraya tu ? dan ada melambak lagi warga asing yang selamber je berniaga  disekeliling kita ni , mereka guna lesen dari manalah kan ?
waallah hualam ~

Apakah dah adat orang kita , kita lebih hormatkan tetamu melebihi keluarga sendiri ,. begitu jugak sistem negara kita. jangan satu hari nanti ,rakyat jadi pengemis di negaranya sendiri, gara gara sukar nak dapat peluang pekerjaan . Ramai juga yang cakap ..ala orang melayu ni kan pemalas , TIDAK !! sekarang ni melayu dah rajin berniaga tapi peluang melayu berniaga sangat tipis dikalangan pihak berwajib !  hanya sebab ? ye melayu * tak cukup modal* untuk dapat peluang . Pastinya rahsia ada dimana mana . Antara sedar dengan tidak , Akibat * rahsia * yang disorokkan tu , Darah daging yang memakan dari sumber rahsia jugak tidak berkat. Makanya lama kelamaan anak cucu kita makan hasil dari yang tidak halal dan jauh dari keberkataan dari Allah s.w.t. .
nauzubilla himinzaliq~

Yang penting sekarang ni jika nak susukan kera dihutan tengok jugak keadaan. jangan pakai hulur je * something kita melting*

**maq berkata untuk peringatan diri sendiri juga..

Comments

Popular posts from this blog

Kisah barang kemas

Cara geledah blog maq

Kau lah bidadari ,kau lah srikandi