1.1.16

Welcome 2016 , Bye 2015



Assalamualaikum

2016 dah buka pintunya . Setahun lagi usia bertambah , in sha Allah . Sudah kah kita penuhi azam 2015 ? Sedangkan azam 2014 pun ada yang masih belum terlaksana . Lupakanlah tiap azam  di setiap awal tahun , tapi sentiasalah menanam  azam dalam jiwa untuk menjadi manusia yang lebih baik . Bukan je setiap awal tahun baru , tapi disetiap awal pagi selepas bangun dari tidur.

Berazam disetiap pagi , bakal membuat hari hari kita disepanjang hari adalah bersemangat ! Contoh ?

Pagini maq berazam nak jadi seorang manusia yang sentiasa berfikiran positif disepanjang waktu.

harga minyak turun dimalam tahun baru ?
Alhamdulillah jika mereka* ada jugak ingatan nak turunkan harga minyak , untuk berapa lama? Jangan tanyalah sebabnya tiap yang turun pasti akan naik semula. Eah ?



Dalam hidup maq , maq ada 3 pekerjaan dalam sehari yang nak diuruskan.

Isteri untuk suami

Ibu untuk anak anak

Pengasuh untuk anak anak asuhan

Haraplah sangat tahun baru ni Allah bukakan lagi pintu rezeki kita semua . Dengan limpahan rezeki yang berlipat kali ganda dari tahun lepas . Tak kiralah berapa perkerjaan yang kita buat , usah mengeluh kerana tu tandanya kita tak ikhlas buat kerja .

Maq takpe , sebab maq kelulusan SPM je ..heee ~


{ rakyat dah bising … tok }


No comments: