Posts

Showing posts from February, 2016

Si Kakak dan Si Adik

Image
Assalamualaikum
Anak dara maq dah jadi nurse ke dua dua ?  Ada beberapa orang kawan bertanya .



Sebenarnya semua ini perancangan Allah.

Selepas ditamatkan perkhidmatan di syarikat elektronik pada akhir tahun lepas,  si kakak telah dapat peluang kerja  di hospital pakar  Pantai sebagai pembantu Nurse . Tanpa kelulusan mana mana  kolej nursing . Boleh ke ? Boleh aja jika itulah rezeki yang Allah nak beri. Alhamdulillah . Semoga si kakak tabah menghadapi karenah pesakit.

Manakala si adik tu masih  lagi standard  jururawat pelatih di kolej bawah naungan KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA. Baru nak masuk sem 2. Kalau Allah izinkan rezeki dia di bidang kejururawatan , in sha Allah..ada la nanti. Aamiin..

Maq pernah pesan kat mereka , Jangan mengeluh dengan perangai pesakit ,sebab orang sakit ni ,mereka tak fikir apa dah ,cakap pakai lepas je , perasan celaru , permintaan bukan bukan berpunca tubuh badannya yang tak sihat. Apa yang perlu untuk menghadapinya ialah  SABAR  dan SABAR . senyumlah bi…

Perempuan

Image
Assalamualaikum..

Perempuan .. kalau sempurna auratnya ,memang manis dipandang. Keterampilan nampak comel ,lebih lagi bila sentiasa tersenyum ceria . Wajah ayu makin tambah ayu. Putih bersih hatinya jika dia berkata dalam urusan kasih sayang. Kerana perempuan ni kalau dah sayang , sampai tutup mata pun dia masih kekal sayang.




Perempuan .. ada sahaja benda yang boleh jadi punca amarahnya. Dalam resah seribu rasa dari diri , marah itu adalah antara dia nak bermanja manja dengan orang sekeliling yang dia sayang . Jangan dilayan perempuan yang sedang marah kerana itu hanya bakal mengundang 1001 isu bakal terbangkit. Bagi dia minum air masak ,dan suruh lah dia minum bila nak mula marah dan nak membebel , pasti dia tak berdaya nak marah berterusan.



Perempuan .. siapa pun perempuan itu , sayangilah dia. Kuat mana pun perempuan itu berkarate , bersilat . Mereka masih perlukan  lelaki untuk menjadi perlindungannya . Anggaplah bebelannya sebagai musik , tangisanya sebagai senjata ,sentuhannya …

Kongsi tips bersama

Image
Assalamualaikum , maq  dapat tips dari group whatsapp . Yok baca !

Seorang tenaga pengajar bidang sains pemakanan memberi saya petua ini semasa kami berkongsi bilik di Mekah minggu lepas.

Yussof Ahmad, ProfAbdullah Hassan, Abu Samah Mohd Amin, Mohamed Idris Saman, Idrus Abdul Ghani, Ghazali Othman, Ridzwan Salleh, Rizal Muhammad.

A. CARA SUSUTKAN BERAT BADAN.
Langkah 1.
Makan epal HIJAU atau minum jusnya tiap-tiap hari sekurang-kurangnya satu biji sehari selama seminggu. Tujuannya untuk membuang lemak visceral (lemak yang terdapat dicelah-celah otot perut) dan untuk mengikis lapisan kanji tepung gandum dan sisa-sisa makanan yang lain dari dinding usus. (Gandum yang terdapat sekarang mengandungi bahan kimia. Bahan kimia itulah yang menyebabkan warna asalnya bertukar daripada kuning menjadi putih dan boleh menyebabkan kanser usus).

Ingat: Kalau dimakan mentah, epal boleh dimakan bersama-sama makanan lain. Tetapi kalau jus, ia tidak boleh disulami dengan makanan lain kecuali setelah ber…

Panik bila E ?

Image
Assalamualaikum

Tips ni maq jumpa kat twitter . Memang selama ni kita akan panik bila jarum sampai  kat E. Dah baca ni baru lah paham . Tapi jangan lah terlalu nak abaikan E tu ye.. tau tau meter kereta anda rosak ?! Aiyok.. maq pulak kena marah nanti .







Selamat memandu , ingatlah insan tersayang yang setia menanti kepulangan anda tiap petang dipintu rumah .


Benda baik kena kongsi

Image
Assalamualaikum

Setelah hampir 6 tahun maq berurusan dengan internet maxis. Akhirnya satu keputusan telah diambil . Ceraikan maxis !! Hurm Dengan satu tekad nak berhijrah , akhirnya  penghijrahan  beralih  kepada dunia Yes !

Dengan  deposit rm 150 . Dan bulanannya rm90+ . Pelanggan dijanjikan internet Yes adalah UNLIMITED !  Benarkah?

Masa berkasih dengan maxis . Deposit rm 200. Kelajuan 3GB .1-2 hari qouta dah habis. Bayaran bulanan rm63 bersama GST. Adeh merana  jiwa nak on blog . Buka fb pun kena tahan sabar sebab gambar susah nak loading. Apatah lagi di instagram .sedih je..

Okey ..sejujurnya setelah maq guna Yes selama seminggu ni . biarpun dalam rumah ada 4 anroid online dan sebuah notebook on  . Video masih boleh laju. Tapi utube cuma sorang jelah yang buka. Kalau kesemua on youtube jawabnya ? Mana bisa tahan dong .. hehhe kalau anda perasan lah kan . Sebab line laju lah blog maq dah meriah sikit. Kalau tak ala ala muzium gitu.

Part pling seronok buka instagram . Gambar takda …

Apam permintaan suami

Image
Assalamualaikum

Lama dah maq tak masak kueh muih. Namun bila cuti panjang , suami pandai pula buat permintaan. Bila bahan dah lengkap dia belikan. Nak tak nak maq kena lah  ke dapur.

Heee bukan malas  tapi nak jimat :p

Permintaan pertama apam  susu belang . Simple mudah dan sedap. Bertemakan bendera negeri Selangor ,  lihatlah hasilnya dalam gambar diatas.

Bahan bahan apam susu belang :





Resepi ambil kat facebook je heeee..



Sakit dada

Image
Assalamualaikum

Anda pernah sakit dada ? Apakah ianya berkaitan dengan jantung? Menurut kata  doktor Dr Beni Rusani :



 " Tidak kesemua 'sakit dada' itu berpunca dari jantung.
Ada yg disebabkan 'muscle sprained' atau kekejangan otot (cramped muscles - macam cramped kaki tu la) di dada pun ada otot - lihat gambar. "

Yang dibawah ini  cara mengubatnya:

1. Rehat kan otot tersebut

2. Boleh sapu ubat LMS / voltaren gel / ketotop plaster

3. Makan ubat pain killer (NSAIDs) - jangan kerap

4. Physiotherapy

Nak tahu perihal kesihatan anda dengan lebih lanjut? On facebook dan  Add "Dr Beni Rusani". Banyak ilmu yang anda boleh perolehi disitu.


Ubat batuk yang hebat

Image
Assalamualaikum

Lepas demam tempuhari , maq diserang batuk pula. Bila dah batuk bukannya mudah nak berhenti. Kadang tu nak solat pun tak selesa disebabkan batuk yang kerap. Maq pulak jenis tak suka ambil ubat batuk , terutama yang jenis cecair . Entah kenapa . Ubat lain maq boleh telan lagi tapi jangan ubat batuk , maq memang tak suka .

Dengan izin Allah , masa maq online facebook pada hari selasa 9/2/2016 .maq ada terjumpa satu petua yang menarik ,ubat yang takda bahan kimia dan murah serta mudah diperolehi. Apa kah petua itu?

Katanya :


Legakan batuk berkahak dengan jus nenas halia.
Tak perlu minum ubat batuk lagi. :

 kisar 1/2 biji nenas dan 1/2 in halia. Itu saja.
Selamat mencuba. Semoga bermanafaat.
( 1 hari 1x je...sbb nenas tajam )

Maq yang  sedang berusaha nak hilangkan batuk telah pun nekad nak cuba. Untuk permulaan maq cuma guna 1/4 biji nenas dan sedikit halia( anggaran setengah inci dibahagi 2 )  Tapi nak sedapkan tekak yang dah kondem ni , maq tambahkan dengan 2 sudu maka…

Malaysian vs nonMalaysian

Image
Assalamualaikum

Kalau dah bebel tu , asyik asyik dia , asyik asyik dia je buat post. Heee kalau tak , blog nya dah macam muzium keluarga . Ada gambar tapi krik ..krikk..  - pengakuan sendiri -

Malam tadi maq nonton tv dan agak terkejut bila mana negara bakal memasukkan lagi 1.5 juta pekerja bangladesh ke negara kita . Sedang yang sedia ada pun dah merata rata disekeliling kediaman kita. Bagaimana dengan kehadiran 1.5 juta tu?

Wa allah hualam ..

keratan kenyataan TPM malam tadi..

*mengeluh kejap~



Kemasukan ini katanya mengikut keperluan negara  dalam sektor industri yang amat memerlukan. Persoalannya sekarang , mana anak tempatan Malaysia? Mana anak bangsa yang bakal menerajui Malaysia dihari esok? Kenapa kalau anak tempatan mohon kerja banyak sangat soal jawabnya?  Apakah bakal terjadi kepada tanah air kita 5 - 10 tahun akan datang ?

Bukan takda anak muda yang rajin bekerja sebenarnya tetapi  sebilangan mereka lebih suka kerja dalam office berpenghawa dingin , pegang kertas dan pen ,…

Aktiviti cuti tahun baru cina - part three -

Image
Assalamualaikum

Pada hari isnin  8.2.2016 maq dan anak anak serta suami telah balik ke kampung halaman di Senggarang pula. Keluarga maq tak ramai . Adik beradik cuma 3 orang . Bila mana adik yang kedua kena uruskan perniagaannya . Dan adik yang bungsu pula pergi bercuti . Makanya cuma maq sekeluarga  saja yang pulang haritu.

Atas kehendak anak anak nak makan tengahari di sana. Maq telah pun sediakan menu bbq untuk mereka nikmati bersama datuk dan nenek mereka. Dan seperti biasa , ibu maq sudah pun menyediakan masakan istimewa untuk kami sekeluarga , iaitu nasi empit , kari ayam , lodeh dan sambal kacang. memang sedap !

Biasalah orang tua katakan ..kalau demi anak anak , sanggup bersusah payah demi nak bahagiakan anak anak dan cucu cucu yang pulang ke kampung sekali sekala.

Ya Allah ..murahkan lagi rezeki kami , agar kami dapat kongsikan segalanya bersama ahli keluarga  yang lain terutama kedua orang tua kami. Aamiinn..







Sedang elok hidupkan api , tiba tiba gerimis . Panggil bomoh huja…

Hidupnya kita

Assalamualaikum

Salam jumaat penuh keberkatan.



RELUNG KEHIDUPAN

Waktu sedang "di puncak" kita merasa banyak teman di sekeliling kita.

Waktu sedang "Berkuasa"   kita percaya diri boleh melakukan apa saja.

Waktu sedang "Tak Berdaya" barulah kita sedar siapa sebenarnya sahabat sejati yang kita ada..

Waktu sedang "Jatuh" kita baru sedar selama ini, siapakah teman yang memperalat dan memanfaatkan kita.

Waktu sedang "Sakit" kita baru tahu bahwa sihat itu sangat penting, jauh melebihi harta.

Waktu kita "Miskin" baru kita insaf  pentingnya amalan sedekah walau pun seringgit dan saling membantu saudara kita..

Masuk "Usia Tua" baru kita tahu rupanya masih banyak amalan dituntut Allah yang belum dikerjakan/banyak ilmu yang kurang dan baru kenal jalan ke masjid.

Saat "di Ambang Ajal" kita baru tahu ternyata begitu banyak waktu yg terbuang sia-sia.

Hidup tidaklah lama,
Sudah saatnya kita bersama-sama membuat HIDUP LEB…

Aktiviti cuti tahun baru cina -part two -

Image
Assalamualaikum

Hari kedua ( sabtu ) . Maq bawa anak anak ke Muar. Kami pergi ke kolam air panas Sungai Gersik ,Muar. Tempat yang menarik. Dengan kemudahan yang lengkap !

Airnya yang hangat , amat sesuai merendam kaki yang letih berjalan seharian. Boleh juga buat mandi. Badan terasa segar bila mandi air hangat !

Antara kemuduhan yang disediakan:

Bilik air
Bilik mandi
Bilik solat
Kedai menjual makanan ringan
Chalete
gazebo
Boleh bawa makanan sendiri tau
Dan masuk adalah PERCUMA !!
Apa lagi ? Datang je , nanti tau la apa yg ada disini. Heee







Nota kaki : cantik jugak kamera jenama huawei ni ye. Cuma tukang ambil gambar tak pro - tu yang objek nampak pendek semacam je tu heee..

Kejadian demi kejadian

Image
Assalamualaikum

Dalam kemeriahan cuti tahun baru cina ni. Banyak kejadian yang pelik tapi benar telah berlaku. Bukan saja jalan jem diseluruh negara. Malahan jalanraya jugak telah dikejutkan oleh kemalangan yang melibatkan haiwan yang malang. Tempohari seekor harimau bunting jadi mangsa . Kesian haiwan yang semakin pupus ni. Apakah dia takut pada bunyi mercun dan bunga api sehingga sanggup keluar melarikan diri? Waallah hualam..


Malangnya harimau mati hanya tinggalkan belang.


Dan pada selasa lepas 9-2-2016 . Di  Batu Pahat pula gempar bila timbul seekor ikan paus yang telah mati. Katanya ikan ini  mulanya ditemui hidup di Pontian tapi dijumpai telah mati di  Batu Pahat.



Jika harimau tinggalkan belang , paus ini pula dibuang isinya kemudian tulang tulangnya akan diawetkan dan disimpan dimuzium perikanan Batu Pahat.

Pasal kejadian yg terkini , mengenai seekor gajah yang mati dilanggar lori..maaf..itu kisah lama katanya . Kisah pada tahun 2011- tapi telah di bangkitkan isunya malam ini…

Aktiviti cuti tahun baru cina - part one -

Image
Assalamualaikum ...
Sepanjang cuti " perayaan tahun baru cina"  maq banyak habiskan masa cuti bersama keluarga . Bermula hari jumaat -.maq berpeluang  menghadiri majlis hari lahir anak buah di taman Impian Emas , Johor Bahru. 
Nailynn Najaa dah berusia 1 tahun . Semoga menjadi anak yang mudah diuruskan oleh kedua ibu dan ayah. Berjaya didunia dan akhirat ..aamiin..
happy birthday to you ..

ALLAH Lanjutkan usia Ninda

Image
Assalamualaikum

Terima kasih Allah kerana Kau dah lanjutkan usia ninda ku hingga kehari ini. Dengan izinMu , aku masih punya ninda yang masih kuat daya ingatannya biarpun usia beliau hampir ke 81 tahun . Tanyalah berapa orang ahli keluarga beliau dengan pantas anda pasti akan dapat jawapannya. Alhamdulillah ..

ibu maqnie ~ anak pertama dari 15 orang anak kandung beliau

Maqnie ~ cucu pertama dari  30 orang cucu kandung beliau

Anak sulong maqnie ~ cicit pertama beliau dari 22 orang cicit.

Mohon Allah lanjutkan usia Ninda .. diberi kesihatan yang memuaskan dan dapat menjalankan amal ibadah dengan sempurna , khusyuk dan memuaskan. Aamiin..


Anak sulong beliau ( ibu maqnie ) mereka dah seperti adik beradik kan? Inilah untungnya bernikah usia muda. Nenek nikah ketika usia beliau 16 tahun dan ibu maqnie pula bernikah diusia 17 tahun * era 60an anak gadis semua layak dibuat isteri . Kalau zaman sekarang jika  usia belasan macam ni , cuma pandai berselfie... hee~

Cicit paling sulong ... ( depa…