12.2.16

Aktiviti cuti tahun baru cina - part three -


Assalamualaikum

Pada hari isnin  8.2.2016 maq dan anak anak serta suami telah balik ke kampung halaman di Senggarang pula. Keluarga maq tak ramai . Adik beradik cuma 3 orang . Bila mana adik yang kedua kena uruskan perniagaannya . Dan adik yang bungsu pula pergi bercuti . Makanya cuma maq sekeluarga  saja yang pulang haritu.

Atas kehendak anak anak nak makan tengahari di sana. Maq telah pun sediakan menu bbq untuk mereka nikmati bersama datuk dan nenek mereka. Dan seperti biasa , ibu maq sudah pun menyediakan masakan istimewa untuk kami sekeluarga , iaitu nasi empit , kari ayam , lodeh dan sambal kacang. memang sedap !

Biasalah orang tua katakan ..kalau demi anak anak , sanggup bersusah payah demi nak bahagiakan anak anak dan cucu cucu yang pulang ke kampung sekali sekala.

Ya Allah ..murahkan lagi rezeki kami , agar kami dapat kongsikan segalanya bersama ahli keluarga  yang lain terutama kedua orang tua kami. Aamiinn..







Sedang elok hidupkan api , tiba tiba gerimis . Panggil bomoh hujan untuk tolak hujan , tapi gagal sebab bomoh comel sangat . Dan hujan tetap nak turun walaupun sekejap. So apa jadi selepas itu ???




bakar je depan anjung rumah datuk dan nenek ..heheee

Semua tu kenangan yang takkan datang lagi. Menghiburkan hati orang tua juga antara kewajipan anak anak. Selagi Allah masih izinkan kita memilikinya , selagi diberi pinjam , selagi itu lah kita wajib menghargai mereka dengan ikhlas..



No comments: