11.2.16

ALLAH Lanjutkan usia Ninda





Assalamualaikum

Terima kasih Allah kerana Kau dah lanjutkan usia ninda ku hingga kehari ini. Dengan izinMu , aku masih punya ninda yang masih kuat daya ingatannya biarpun usia beliau hampir ke 81 tahun . Tanyalah berapa orang ahli keluarga beliau dengan pantas anda pasti akan dapat jawapannya. Alhamdulillah ..

ibu maqnie ~ anak pertama dari 15 orang anak kandung beliau

Maqnie ~ cucu pertama dari  30 orang cucu kandung beliau

Anak sulong maqnie ~ cicit pertama beliau dari 22 orang cicit.

Mohon Allah lanjutkan usia Ninda .. diberi kesihatan yang memuaskan dan dapat menjalankan amal ibadah dengan sempurna , khusyuk dan memuaskan. Aamiin..


Anak sulong beliau ( ibu maqnie ) mereka dah seperti adik beradik kan? Inilah untungnya bernikah usia muda. Nenek nikah ketika usia beliau 16 tahun dan ibu maqnie pula bernikah diusia 17 tahun * era 60an anak gadis semua layak dibuat isteri . Kalau zaman sekarang jika  usia belasan macam ni , cuma pandai berselfie... hee~

Cicit paling sulong ... ( depan )

No comments: