Benda baik kena kongsi



Assalamualaikum

Setelah hampir 6 tahun maq berurusan dengan internet maxis. Akhirnya satu keputusan telah diambil . Ceraikan maxis !! Hurm Dengan satu tekad nak berhijrah , akhirnya  penghijrahan  beralih  kepada dunia Yes !

Dengan  deposit rm 150 . Dan bulanannya rm90+ . Pelanggan dijanjikan internet Yes adalah UNLIMITED !  Benarkah?

Masa berkasih dengan maxis . Deposit rm 200. Kelajuan 3GB .1-2 hari qouta dah habis. Bayaran bulanan rm63 bersama GST. Adeh merana  jiwa nak on blog . Buka fb pun kena tahan sabar sebab gambar susah nak loading. Apatah lagi di instagram .sedih je..

Okey ..sejujurnya setelah maq guna Yes selama seminggu ni . biarpun dalam rumah ada 4 anroid online dan sebuah notebook on  . Video masih boleh laju. Tapi utube cuma sorang jelah yang buka. Kalau kesemua on youtube jawabnya ? Mana bisa tahan dong .. hehhe kalau anda perasan lah kan . Sebab line laju lah blog maq dah meriah sikit. Kalau tak ala ala muzium gitu.

Part pling seronok buka instagram . Gambar takda yang loading semput . Tup ! Tup ! Tup ! Ahha macam macam muka cantik sudah kasi keluar di  Depan skrin !! Uuyoooo !! Sungguh maq tak nipu lah.

Maq puas hati  kat Yes??? Kita tunggu sebulan penuh la okey ,  nanti ada apa kurang lebih , maq akan bagi tahu anda.




Benda baik kenalah kongsi~

Comments

Popular posts from this blog

Kisah barang kemas

Cara geledah blog maq

Kau lah bidadari ,kau lah srikandi