12.2.16

Kejadian demi kejadian


Assalamualaikum

Dalam kemeriahan cuti tahun baru cina ni. Banyak kejadian yang pelik tapi benar telah berlaku. Bukan saja jalan jem diseluruh negara. Malahan jalanraya jugak telah dikejutkan oleh kemalangan yang melibatkan haiwan yang malang. Tempohari seekor harimau bunting jadi mangsa . Kesian haiwan yang semakin pupus ni. Apakah dia takut pada bunyi mercun dan bunga api sehingga sanggup keluar melarikan diri? Waallah hualam..


Malangnya harimau mati hanya tinggalkan belang.


Dan pada selasa lepas 9-2-2016 . Di  Batu Pahat pula gempar bila timbul seekor ikan paus yang telah mati. Katanya ikan ini  mulanya ditemui hidup di Pontian tapi dijumpai telah mati di  Batu Pahat.



Jika harimau tinggalkan belang , paus ini pula dibuang isinya kemudian tulang tulangnya akan diawetkan dan disimpan dimuzium perikanan Batu Pahat.

Pasal kejadian yg terkini , mengenai seekor gajah yang mati dilanggar lori..maaf..itu kisah lama katanya . Kisah pada tahun 2011- tapi telah di bangkitkan isunya malam ini dimedia sosial . Jangan percaya bulat bulat info yang anda perolehi dilaman sosial tu ye. Baca dulu kemudian baru  buat  keputusan .



Ya Allah ya Tuhanku ... Petunjuk apa yang sedang Kau tunjukkan kepada kami di Malaysia ini..

No comments: