12.2.16

Malaysian vs nonMalaysian



Assalamualaikum

Kalau dah bebel tu , asyik asyik dia , asyik asyik dia je buat post. Heee kalau tak , blog nya dah macam muzium keluarga . Ada gambar tapi krik ..krikk..  - pengakuan sendiri -

Malam tadi maq nonton tv dan agak terkejut bila mana negara bakal memasukkan lagi 1.5 juta pekerja bangladesh ke negara kita . Sedang yang sedia ada pun dah merata rata disekeliling kediaman kita. Bagaimana dengan kehadiran 1.5 juta tu?

Wa allah hualam ..

keratan kenyataan TPM malam tadi..

*mengeluh kejap~



Kemasukan ini katanya mengikut keperluan negara  dalam sektor industri yang amat memerlukan. Persoalannya sekarang , mana anak tempatan Malaysia? Mana anak bangsa yang bakal menerajui Malaysia dihari esok? Kenapa kalau anak tempatan mohon kerja banyak sangat soal jawabnya?  Apakah bakal terjadi kepada tanah air kita 5 - 10 tahun akan datang ?

Bukan takda anak muda yang rajin bekerja sebenarnya tetapi  sebilangan mereka lebih suka kerja dalam office berpenghawa dingin , pegang kertas dan pen , tak suka kerja yang berat , tak lasak dan  selalu nak cepat kaya !

Mereka tak gemar kerja di sektor industri . Gaji kecil . Panas . Waktu kerja panjang .shift . meletihkan . Kerja berat . Dan macam macam lagi alasan. Sebenarnya itu alasan anak anak yang manja. Tak kerja pun handphone tetap yang canggih . Pelajar kolej pun sudah mampu pakai iphone ! Tu masih dalam tanggungan  mak ayah tu. Belum lagi  kalau dah bekerja.

Dari situ kita dah dapat agak , betapa orang tempatan sebilangannya bekerja hanya untuk kemewahan , jaga standard , hipster ?, glamour , eah ada lagi tak ?


Maq bohong ? Cuba tengok jika ada interview program hiburan , berapa ramai orang kita yang beratur ? Dari program seusia kanak kanak sampailah ke usia senja kala . Haish . Glamor tetap  pilihan nombor 1 !

Tapi bila kita amati , sejak  melangkah ke 2016 katanya kerja kat Malaysia ni dah makin kurang . Betul ke bohong ni? Banyak syarikat yang dah buang pekerja mereka . Kebanyakkannya dari sektor  perkilangan  elektronik.  tapi peluang kerja disektor lain masih memerlukan pekerja . Contohnya buruh binaan , ladang ladang , pusat beli belah . Siapa mahu ??

Untungnya warga asing ini tak  memilih kerja .Pada mereka , selagi kudrat mampu buat , mereka akan fokus lelebih  kepada apa juga kerja yang dilakukan . asalkan dibayar gaji. Malaysia dah jadi lubuk duit mereka . Malaysia tempat yang aman buat mereka . Malaysia sangat menjadi pilihan mereka ? Salah  siapa?

aduhai rakyat Malaysia , janganlah pilih kerja - jangan merunggut jika disuruh buat macam macam kerja kerana ada ramai orang kat luar sana yang memerlukan pekerjaaan anda. INGAT tu !!Kalau kerja semua nak mudah  dan gaji semua nak mahal . Mana ada ? Dari tak bekerja langsung dan menjadi beban kepada keluarga dan diri sendiri , lebih  baik kerja . Biarpun gaji rendah .


Yang ada ijazah atau kelulusan yang diiktiraf kerajaan tu. Mohon lah kerja apa apa sekali pun . janji halal .Permulaan memang la gaji rendah . Jika lama lama , insya allah pasti ada kenaikan.  Nak jugak kerja yang gaji tinggi biar pun sekadar SPM? Pergilah kerja di Singapura. Disana puluhan ribu rakyat Makaysia yang bersesak mencari rezeki. Kenapa ?? Sebabnya  gaji disana  lumayan dan berpatutan. Lagi pun dengan hanya $1000 Dolar Singapura  anda dah boleh senyum bila pulang ke Malaysia.

Pendapat maq :  bila kita malas dan cerewet . Rezeki pun takut nak datang. Maq sedang bayangkan Malaysia 5 tahun mendatang  sebagaimana rakyat Malaysia dlm video ni beri pendapatnya.

video



**Malaysian vs nonMalaysian

No comments: