Perempuan





Assalamualaikum..

Perempuan .. kalau sempurna auratnya ,memang manis dipandang. Keterampilan nampak comel ,lebih lagi bila sentiasa tersenyum ceria . Wajah ayu makin tambah ayu. Putih bersih hatinya jika dia berkata dalam urusan kasih sayang. Kerana perempuan ni kalau dah sayang , sampai tutup mata pun dia masih kekal sayang.




Perempuan .. ada sahaja benda yang boleh jadi punca amarahnya. Dalam resah seribu rasa dari diri , marah itu adalah antara dia nak bermanja manja dengan orang sekeliling yang dia sayang . Jangan dilayan perempuan yang sedang marah kerana itu hanya bakal mengundang 1001 isu bakal terbangkit. Bagi dia minum air masak ,dan suruh lah dia minum bila nak mula marah dan nak membebel , pasti dia tak berdaya nak marah berterusan.



Perempuan .. siapa pun perempuan itu , sayangilah dia. Kuat mana pun perempuan itu berkarate , bersilat . Mereka masih perlukan  lelaki untuk menjadi perlindungannya . Anggaplah bebelannya sebagai musik , tangisanya sebagai senjata ,sentuhannya sebagai ubat penenang dan kasih sayangnya  sebagai  hadiah yang tak mampu dijual beli.


Nasihat maq , hargai perempuan anda !

Model  : baby Qisya .
Tudung : hipster
Lokasi  : rumah pengasuhnya

Real of Qisya ?




Rambut qisya masih malu malu nak keluar huhu.


Comments