Ex pelajar 1981 ,SKK



Assalamualaikum

Alhamdulillah diberi kesihatan yang masih kekal memuaskan . Dengan cuaca yang  kejap panas ,kejap sejuk , kita kerap diduga dengan  macam macam penyakit  yang  memang menduga fizikal dan mental .  Bertabahlah kerana  sakit itu penghapus dosa dosa kecil . Terima kasih Allah .

Baru baru ni ,maq telah di hubungi melalui laman whats app oleh seorang sahabat sekolah rendah. Beliau minta izin maq untuk memasukan no phone maq dalam group sekolah rendah kami. Dan maq bersetuju.

Anda bayangkanlah  episod 35 tahun lalu. Hampir 100% fizikal kami berubah , dan ada yang sudah pun bercucu , alhamdulillah .. ye segalanya berubah ,tapi apa yang tidak berubah ? Mestilah nilai persahabatan tu . Pada maq , 35 tahun bukan jangka masa yang singkat ye. Tapi bila sesaorang itu masih mahu menegur kita , ajak kita sembang , ajak berkongsi maklumat ,saling doa mendoakan sesama sendiri , itulah SAHABAT . Maq sangat bersyukur kerana  hampir kesemuanya masih kenal maq ( Noraini Rokani )  - budak nakal waktu masa sekolah rendah dulu , heee.

Dulu ? ye..35 tahun dahulu.

Biarpun tak semua kawan kawan sekolah ada  dalam group tu , pada maq ,yang sedia ada tu pun sudah memadai , telepas jugak rindu zaman era 70an kami ..







Antara yang sudi share wajah masing masing. Alhamdulillah ,mujur ada pamoga hehehe keambang 47 , bukan lagi muda. Tapi wajah anak kelahiran tahun 1969 , dari kampung Koris ,Batu Pahat , masih berseri seri . Mohon Allah permudahkan semua urusan sahabat sahabat ini. Yang lelaki tu bukan tak nak share , maq takut isteri awak marah huhhu. Nanti nanti kita kongsi ye.


Dalam persahabatan ,
Tiada siapa kaya , siapa miskin
Tiada siapa bijak ,siapa bodoh
Tiada siapa cantik ,siapa hodoh
Tiada siapa terror ,siapa mundur

Dalam  persahabatan ,
Kita cuma ada dia , yang sering  ambil tahu perihal kita dan keluarga kita . Kita ada doa , kita tutup aib bersama , jaga hati bersama , jaga hubungan bersama sama.

Dalam persahabatan,
kita tak perlu adakan perjumpaan yang boleh menimbulkan macam macam pra sangka , pada maq ,cukuplah saling  menghantar pesanan dan dibaca oleh semua sahabat yang lain digroup tu.

Dalam persahabatan ,
Hati pasangan kita pun kita kena jaga juga. Ahhaa jangan macam macam yang .. huuhu jujur perlu ~





Comments

Razee said…
Kipidap. Truskan ber blog. Semoga trus berjaya.
Razee said…
Kipidap. Truskan ber blog. Semoga trus berjaya.
MaQ annies said…

In sha allah , aamiin ..terima kasih :)