8.3.16

Gerhana matahari





Assalamualaikum ..

Rata rata group whats app maq dah mula berkongsikan perihal  kejadian ini sejak beberapa hari yang lalu . Gerhana matahari yg dijangka berlaku esok.

Rabu 9.3.2016 pukul 7.25 pagi hingga 9.00 pagi .

Maha suci Allah yang mentadbir sekelian alam. Tiap yang berlaku ada hikmahnya. Sebagai hamba , selayaknya kita sentiasa  memanjatkan doa yang baik baik untuk diri sendiri , masyarakat dan seluruh umat islam

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w amat gelisah bila tiba waktu gerhana seperti ini. Baginda tak putus putus berdoa dan merintih kepada Allah s.w.t . Demi keselamatan umatnya.

Sedang Nabi yang tak buat dosa pun risau ,kenapa kita ,manusia yang dosa seperti pepasir dipantai ini , cuma anggap kejadian gerhana ini sebagai biasa biasa aja? Waallah hu'alam

Didikan itu asas kehidupan*






No comments: