Ikhlas



Assalamualaikum

Selamat  pagi Isnin . Sekejap saja kita sudah berada di bulan march 2016 . Alhamdulillah  masih diberi peluang  bernafas untuk meneruskan amalan dan  untuk  terus melakukan taubat pada dosa yang silam.



Dalam ikhlas ada baik tapi dalam kebaikan belum tentu ada ikhlas.
Sebab tu maq pernah pesan :


JADILAH  KAWAN YANG TIADA  BERSYARAT

Berkawanlah dengan orang sekeliling
 dan dengan yang sudi berkawan dengan kita.
Tak perlulah kena  jadi friendlist  difacebook
Atau follower  ditwitter ,instagram atau blog.


Persahabatan yang ikhlas itu bukan lah wajib berjumpa ,bertentang mata , tapi dia mampu membaca luahan hati kita, masaalah kita, beri nasihat dengan ikhlas ,dan tidak  meremehkan masaalah orang lain..itulah kawan yang TIDAK LAYAK  ditinggalkan.

Tak serasi ? Itu bukan alasan, jadilah kawan yang lebih kepada memahami ,in sha allah ..orang lain jugak akan faham masaalah diri kita.

Maaf ,ini pandangan peribadi maq, tiada berkaitan dengan yg hidup ,mahu pun yg telah meninggal dunia.

Comments