Kalsium jadi buruan


Assalamualaikum

Bila  encik suami kerap sangat mengalami 'cramp ' dibahagian otot . Seperti betis , peha dan tangan ,maq sarankan beliau pergi buat pemeriksaan di klinik .



Klinik yang biasa maq pergi ialah klinik Iwani . Kenapa ? Mestilah sebab ubatnya yang serasi ,layanan doktor  (perempuan ) sangat memuaskan . Harga ubat pun berpatutan.


Apa kata dokor bila suami mengadu kerap cramp pada otot?kata doktor ,selalunya perempuan pregnant je cramp otot .  Awak mengandung ? Hehehe doktor buat lawak ye? Yang sebenarnya kata doktor ,jika kurang kalsium  dan suasana sejuk melampau , manusia  akan mengalami cramp otot - orang melayu cakap - simpul biawak -  kat mana bersimpulnya maq pun tak paham.  Tapi kitakan tahu ,orang melayu dulu memang hebat bila bagi ayat dan perkataan dalam kehidupan sehariannya. Kasihan la kat biawak yang tidak berdosa .

Dan apa tindakan maq selepas ni , ye ,maq akan pastikan  suami kena berkongsi suppliment serupa maq makan , yang selama ini beliau kata "membazir je yang beli mahal mahal "  eheheh . Sejujurnya , maq  bukan suka suka nak bazirkan duit untuk beli suppliment . Kerana makin usia dimamah waktu , semakin itulah kita kena jaga pemakanan kita .





Produk ni maq dah guna sejak remaja lagi . Cumanya kalsium megnesium  ni lepas bersalin anak ke tiga baru maq ambil ,sebab pemakanan agak  tidak seimbang lepas ekonomi makin serba serbi mahal  dan tidak ikut keperluan sejajar dengan usia .


Untuk orang muda pula , maq nasihat sikit ye , jagalah cara  pemakanan anda tu , sebab apa yg anda makan sekarang bakal menentukan kesihatan anda pada 10-15 tahun lagi .

Ingat , duit berjuta sekali pun tak  akan  dapat beli 'sihat ' .



Comments