Baby Q 2 beradik .



Assalamualaikum

Dua ahli syurga ini merupakan anak asuhan maq ( Qasdina dan Qisya ). Si kakak berusia 2 tahun 7bulan ,manakala si adik berusia 6 bulan. Dalam gambar tu mereka sedang leka menonton video 'Didi and friend' . Itulah rancangan kegemaran kanak kanak di Malaysia sekarang ni , termasuklah kedua beradik ni.

Bila sedang leka menonton , dan  maq arahkan si kakak mandi .

"Kakak , jom mandi ..." apa jawab nya ? "  baik puan ! " . Haaa? Puan dia panggil maq? *Maq pening*

Lagi pening bila dia suruh  maq bancuhkan susu.

" maq ..owang nak susu "  apa??? Dia bahasakan diri dia "owang@orang?" Bukannya kakak atau saya?

Hurmm itu  baru 2 tahun 7 bulan . Bila tanya mama mereka , mama pun pening dari mana dapat semua perkataan tu. Apa yang kami perasan , si kakak ni memang tekun kalau menonton drama di tv ,kartun yang beralih bahasa dan upin dan ipin .

Merekakah 'guru guru ' si kakak??

Apa pendapat anda ? Bagaimana dengan anak anak anda? Siapa guru mereka? Dan antara soalan paling dupdap bagi maq, bila si kakak tanya.

" maq  , maq paham ? Paham ? " masa tu maq cuma jawab sambil anggukkan kepala , "ye,maq paham .."


Sambil buat muka poyo* maq tertanya tanya , masaalahnya sekarang ni.. siapa yang asuh siapa?


Hehehe anak yang cerdik , mereka memang banyak celoteh, bersabarlah ketika membesarkan mereka.Doa maq , kedua anak ini menjadi anak yang solehah , yang mudah dididik oleh kedua ibu dan bapanya . Dan menjadi penyelamat  keluarga didunia dan akhirat nanti . Amiin..



**cepat besar ye sayang sayang maq.

Comments