Bercinta zaman sekarang



Assalamualaikum

Bercinta di zaman serba serbi direct to public ni  , banyak sangat bezanya dengan zaman  maq muda muda dulu bercinta  ( era 90an ).

Orang sekarang kalau bercinta 3 hari dah buat relationship kat fb , edit nama kekasih jadi 1 nama paling sweet kat wechat , bubuh gambar kekasih kat whatsapp , letak nama kekasih sebagai nama kedua di twitter . Segalanya hanya kamu katanya.

Masuk 3 bulan , gambar berdua dah bersepah sepah disemua laman social , berkepit macam pengantin baru , pergi shopping , pergi picnic , pergi mandi taman tema ,pergi zoo , kalah orang yang dah kawin . Orang dah kawin pun kadang suami/isteri dia bergambar jauh jauh sebab anak anak ditengah.

Masuk 13bulan , kerap gaduh , cemburu menjadi jadi , moment ,status ,tweet diaorang update dah tak fikir orang keliling . Maki lah , kutuk lah ,padahal kekasih sendiri tu .*Orang yang diusung kehulu kehilir* sikit pun tak rasa malu dengan ahli keluarga pasangan . Kotlah mak ayah kekasih tu friendlist juga ,mungkin sedih je hati mereka bila anak nya diperlukan sebegitu . Dari situ ,mungkin saja rasa hormat kat pasangan anaknya kian menurun. Paling tidak kata mereka " inikah calon menantu aku ? Esok dah duduk serumah dengan aku , macamanakah dia layan aku agaknya sedangkan anak aku yg dia sayang pun dia dah buruk burukan dihadapan orang ramai" ..Allah hu .. sedihnya mereka ..

Pada maq , tak salah meluah ,tapi jika ada masaalah tak perlu luahkan dilaman social ni ,lebih baik jumpa face to face ,bawa bincang ,cari penyelesaian ,bukan cari puncanya masaalah  , dan kalau tak dapat hubungi kekasih sebab dia dah merajuk atau dah block , apa kata hubungi mak bapa dia pulak supaya mereka boleh tahu apa yang berlaku. Biar tenang sikit hati kedua orang tuanya . Tak elok kita biarkan orang tua merasa tak selesa sebab hanya memikirkan hal kita .

Pada maq , selagi belum bernikah ,tak perlulah terlalu taksub dengan gelaran "pasangan dia"  anda belum lagi sah milik dia. Kekasih ,tunang bukan lah standard suami/isteri .  Sebab tu ada kita terbaca kes ex -bf bunuh ex-gf sebab ex-gf nak bernikah dengan orang lain . Sebabnya ? Akibat terlalu taksub jadi bf , dia anggap ex-gf tu seperti hak mutlak dia sedangkan dah tak bersama lagi .  Nauzubillah himinzaliq ..

Zaman maq bercinta , kami pun rasa apa yang anak muda sekarang rasa , cemburu ,sayang sangat sangat ,rindu ,gaduh ,selisih faham dan semualah senang kata. Alhamdulillah sebab takda laman laman social ,makanya semua itu diluahkan ditalipon telekom je huhu ,nangis disitu ,marah disitu ,sayang sayang disitu . Dan 'relationship 'maq akhirnya mampu bertahan selama 4 tahun sehinggalah kami ditunangkan . Syukur ..

 Bila bercakap ditalian , ada orang tahu ?? Ada makbapak sedih ? Ada orang cakap cakap belakang ? Langsung takdakan . Dan aktiviti 'dating' tu tak perlulah selalu ,bukan dapat apa pun kan ,dapat dosa adalah . Anak buat berdosa ,mak ayah dirumah dapat dosa , orang sekeliling yg memerhati pun turut terlibat sama berdosa .

Kenapa mak ayah tak halang jika dah tau berdosa ?  Agak mudah jika dapat anak yang menurut kata ,tapi boleh menangis sayu hati seorang ibu bila anaknya bersuara yang " emak dah tak sayang " hanya kerana ibunya menghalang dia nak keluar dating, ibunya mengongkong dia yang sedang remaja ,sedang ibunya dulu pun pernah remaja .

Perlukah dirotan anak sebegitu ? Sebagai seorang ibu , pasti orangtuanya hanya melepaskan dalam keterpaksaan , paling kuat pun hanya ayat " ikut awaklah nak buat apa.." rotan dah tak mampu merubah perangai anak yang makin taksub dengan zaman remajanya yang cuma sekali itu.

Maq tak cerita kalau semua ni tak berlaku dihadapan mata maq sendiri . Apa pun ,sebagai seorang ibu , maq pastinya sentiasa mendoakan yang baik baik aja untuk anak anak maq dan anak anak yang lain diluar sana .

Apa pun ..bila usia dah melewati 21 tahun ,anda bukan lagi remaja ,anda sudah masuk kealam dewasa ,ketika itu gunakan kuasa akal sempurna anda yang Allah beri sejak dalam perut ibu anda lagi.

Allah maha mengetahui pada tiap perbuatan kita , tapi apa janji kita kepada tiap nikmat dari Allah ? Tepuk dada ,tanya iman . Wa allah hualam ..




Comments