Delimma seorang pengasuh




Assalamulaikum

Bila sebut pengasuh atau ' baby sitter ' pekara utama orang akan lihat keadaan rumah pengasuh itu dulu ,kemudian  mutu kerja dan timbang rasa antara pengasuh dan anak asuhannya.

Rumah ? Bagaimana keadaan rumah pengasuh ?  Seriusly maq cakap ,maq memang jenis seorang yang  suka tanam pokok  bunga,berhias rumah , hiasan pasu pasu kecil didalam rumah , ditangga dan menghias jambangan jambangan bunga . Tapi tu dulu , ketika maq bukan lagi seorang pengasuh .

Sekarang ? Bila dah masuk tahun yang ke 20 tahun maq buat kerja ni . Keadaan rumah maq cuma ada 1 set kerusi jati , meja tanpa beralas , set tv yang model era 90an yang berat bagai nak rak tu. Karpet 2 keping sebagai alas ketika anak anak bermain dan sebuah  almari untuk disisi naskah alQuran , buku buku penting dan surah surah yasin. Lain lain? Takde . Kenapa jadi macam tu?

Jaga kanak kanak bukan sama macam kita jaga orang dewasa. Mereka akan buat apa yang mereka hendak. Kena marah atau tidak , mereka tetap akan buat , kalau menangis pun cuma lah sekejap , selang 30 minit buat semula , tak dapat buat mengamuk ,menangis . Kalau jaga sorang mungkin boleh la dikawal ,kalau tiga tiga mengamuk? Huhhu Allah je yang tahu.

Dimarah ? Kadang marah juga sebab nak didik tapi didikan pengasuh takkan sama dengan cara didikan ibubapa mereka . Kadang pengasuh kena memendam rasa sebab nak jaga hati semua orang . Tahap kecewa tu taklah lagi kerana  itu anak mereka , mereka lebih layak didik dengan lebih sempurna lagi . Dengan alasan 'ala budak kecil , takpalah' ..

Walau bagaimana pun ,tak semua anak anak asuhan sukar dikawal ,ada jugak yang menurut kata ,tapi pada pandangan mata maq ,jenis yang mengikut kata ni kebanyakkanya ibubapa mereka seorang yang tegas !!  Anak mereka ni memang mudah dijaga bila dirumah pengasuh . Bilamana  ibubapa yang jenis tak reti marah atau bertegas dengan anak , kebanyakkannya anak anak mereka memang tak dengar kata pengasuh dan cepat memberontak !

Pengalaman 20 tahun sebagai pengasuh cukup  banyak mengajar maq mengenali sikap ibubapa zaman sekarang . Memang jauh berbeza.begitu juga dengan perangai anak anak juga . Jauh beza sekali . Waallah hualam .

Agak agak maq diusia sebegini  , sudah perlukah bersara dari aktiviti mengasuh?? Bagilah maq sedikit masa untuk fikir fikirkan hal ini okey.




Tapi nanti ,kalau dah namanya rehat ,kena tak belek cucu ?  Hehehe atas tu  gambar bersama cucu maq belah keluarga suami . Sebenarnya ramai dah cucu maq ,cuma tak perasan diri dah tua  dan  bila buat kerja bertahun tahun dan dah reti  pulak pengeluh penat ,baru lah perasan diri ni dah  tua dan dah punya ramai cucu . Patut lah membebel dah lain macam je bunyi ayat sejak kebelakangan ni .. Allahhu ..



Comments