13.4.16

Jadikan hidup lebih bermakna





Assalamualaikum

Bila dah kearah usia 50 tahun , suami sering mengadu sakit itu dan ini . Biarpun tempohari doktor cakap ,tekanan darah ok , jantung ok , dan kaki cramp pun dah ok  tapi  baru baru ni mengadu gusi bengkak sehingga menyukarkan beliau nak kunyah makanan, tak sampai 3 hari ,pinggang dia tiba tiba sakit ketika mengangkat  barang yang tak sampai 2 kg beratnya .

Maq jenis tak suka bising kat suami , dan bila rokok merupakan 'dessert'yang wajib diambil  setiap kali lepas beliau makan ,  maq memang tak boleh buat apa lagi dah . Berkali pesan tapi masih ditabiat yang serupa . Suruh pergi klinik memang susah . Makanya maq cuma mampu doakan beliau cepat sembuh dan sihat seperti biasa .

ROKOK !
ada orang cakap tak adanya jadi kaya raya kalau tak hisap rokok , tapi menjadi perokok pun tak hidup kaya kaya juga ,malahan penyakit pun datang banyak. Masing masing dah berusia . Malah akal ,minda pun dah semakin kenyal . Gunalah sebaik mungkin. Dalam post kali ni , maq cuma mampu pesan :

Banyakkan sedekah
Selalu bersyukur
Selalu bersangka baik
Senyum lah selalu

In sha allah semua ini penawar .

Tahniah abah dan adik lelaki maq , serta lelaki lelaki yang  tidak jadikan rokok sebagai dessert mereka . Anda  mampu membuktikan rokok bukan faktor utama untuk  anda semua nampak hebat !


No comments: