Sekali datang 3



Assalamualaikum

Hebat sekali ! Bila diserang sakit perut ( cerry berry ) kemudian  kepala pening ,dan akhirnya suhu badan mencicah 39°C . Maq demam ! Seharian tekak tak dapat telan makanan sebab hasil makan akan keluar selang 20minit kemudian. Kata kawan maq , Allah ingat engkau ,sebab tu kau diduga . Alhamdulillah,Biarpun sekali datang 3 penyakit ,maq tetap redha .

Apa kata doktor ? Elakkan makan masakan pedas dn berasas tenusu. Puan nak  M.C ?

Sambil senyum ,maq jawab : tanggungjawab  sebagai pengasuh merangkap suri rumah sepenuhmasa ni , tak ada m.c doktor . Sakit ke ,sihat ke tetap kena kerja . Takpa , saya tak perlukan m.c . Harap sangat anak anak asuhan  tidak meragam dua tiga harini sudah la. In sha allah..


Doktor tercengang sambil pandang muka maq .


Terima kasih doktor klinik Iwani *

Aida seronok dapat m.c 2 hari !


Comments