7.4.16

Wanita dan peranan agama baginya



Assalamualaikum

Perkongsian ini buat diri sendiri dan buat semua sebagai iktibar bersama. Dikongsi sebab sayang . Sebab sama sama  nak dapat panduan yg elok demi keluarga tercinta yang sedang membesar didepan mata .

Wanita ialah makhluk yg sangat istimewa yg di cipta oleh ALLAH . Mereka di cipta untuk di sayangi dan untuk di lindungi. Bahkan sifat mereka amat berbeza dgn Lelaki.

Wanita seharusnya di bimbing di bawa kepada kefahaman Agama agar mereka jelas maksud dan Tujuan hidup mereka.

Bilamana wanita tidak faham Agama ia akan memberi kesan yg sangat buruk kepada dunia.Hal ini kerana wanita ini ALLAH jadikan tempat asbab manusia lahir ke Dunia. Hari ni Dunia melihat bilamana wanita tidak di beri kefahaman Agama.Maka Wujud 3 Suasana di rumah rumah  di seluruh Dunia..

1-Suasana Rumah Seperti Pawagam . Rumah jadi seperti pawagam..Tv dan audio yg besar besar. Karaoke.video games. Seakan berada di Pawagam. Anak anak di besarkan dlm suasana kelalaian. Sehingga rasa terkilan bila terlepas drama di tv.menangis bila tengok hindustan. Ada juga ibubapa yg bersyukur bila anak anak  terpilih jadi penyanyi buat maksiat di pentas pentas . Ini kesan dari suasana rumah seperti Pawagam itu.

2-Suasana Rumah seperti Hotel.Suasana rumah yg di hias mewah mewah seperti Hotel. Setiap tahun tukar sofa baru. Tilam mewah. Bilik air mewah.

3-Suasana Rumah seperti Restoran. Suasana rumah yg di penuhi dgn makanan seperti restoran. Setiap saat dlm kekenyangan. Fikiran hanya fikir makan dan minum sahaja. Fikir untuk penuhkan perut , peti ais penuh dgn makanan dan pembaziran berlaku dgn begitu banyak.

Sebab itulah Wanita harus di bawa kepada Kefahaman Agama agar suasana rumah tempat lahirnya manusia manusia berubah. Suasana Rumah seperti Rumah Baginda Saw dan Sahabat sahabat di Madinah tidak wujud lagi. Dimana , Suasana Rumah seperti Madrasah.hidup suasana Bacaan Quran dan Hadis di rumah..Hidup Suasana Dakwah cakap kebesaran ALLAH dan suasana Ilmu di Rumah..hidup suasana zikir dan solat2 sunat di Rumah..Rumah penuh dgn Nur Quran Hadis..ALLAH turunkan Rahmat..Keberkatan..dan Sakinah dalam rumah dan ahlinya..keluarga hidup dalam keadaan Bahagia.Lahir dari rumah rumah  Sahabat anak anak yg alim alimah Hafiz Hafizah dan Daie Daieyah yg memperjuangkan Agama di seluruh alam..

Suasana ini lah yg perlu kita wujudkan di rumah rumah kita.hari ni anak anak  kita makan examo, kismis dan macam macam  lagi  tapi pencapaian exam tak cemerlang. Belajar tak pandai pandai.rupanya bukan salah examo tapi sebenarnya hati anak anak  gelap sebab tak dengar hadis..sebab itulah kita perlu wujudkan amalan bacaan Taklim Hadis Nabawi di rumah kita..cari satu masa kumpul keluarga baca Hadis hadis Nabi Saw dan baca kisah Para Sahabat dlm kitab Hayatus Sahabah agar Isteri dan anak anak kita mengenali kehidupan Sahabat sahabat Nabi Saw insan insan yg telah berjaya..Barulah mereka siap untuk hidup secara sederhana dan tidak berhajat kepada mewah mewah sehingga kadangkala melebihi kemampuan suami.


Semoga kita semua niat dan azam untuk hidupkan Suasana Rumah seperti Madrasah di rumah kita insyAllah..

Ustaz KhannDa'ie.
Hayyu Asyir Nasr City.
Bumi Kaherah.




Copypaste dari group whats app SKK81


No comments: