22.5.16

Bila maq jumpa kesilapan sendiri



Assalamualaikum

Ahad dan hari ni hari maq berkerja. Cuma bezanya kali ini the babies datang sebelah petang . Dalam pukul 1.30 petang . Ini disebabkan  mama mereka sudah bertukar kerja baru . Yang ada 2 shif ( 6am-2pm ) ( 2pm -9pm ) beralih angin katanya ,moga dipermudahkan amiin..

Apapun tak salah jika mencuba banyak kerja biarpun dalam bidang yang sama .  Dalam hidup ni ,pengalaman itu sangat perlu . Dan bila pengalaman banyak ,kita taklah jadi seperti katak dibawah tempurung !

Berbalik pada pengalaman. Kalau kita kerap kali berjumpa dengan perangai orang yang serupa ,yang hampir sama ,yang seakan akan sama . Apakah harus kita salahkan orang orang yang kita jumpa itu ? Dan berkata

* alaaa dah kerap sangat jumpa manusia perangai macam ni ,dah masak noooh . Lihat je keliling ,bersepah perangai macam ni dimana mana , makin lama makin kenal dah *

Dalam susunan ayat diatas,jelas sepertinya kita menyalahkan orang sekeliling yang berperangai hampir serupa ,yang pada kita menyusahkan je , yang buat kita kecewa atau  rasa nak marah . Atau pun kita anggap orang keliling ni memang tak reti nak paham apa yang kita nak sebenarnya. Okey , cuba duduk dengan tenang dan fikirkanlah kejap. Kenapa jumpa orang yang serupa perangainya? Kenapa kita je  yang jumpa? Kenapa perangai tu mesti jenis perangai yang menyakitkan kita?


Pernah tak kita terfikir ? Kenapa aku je yang sering jumpa manusia gini?  Dan cuba lah berbalik pada diri sendiri ,pernah kah kita nak paham orang lain?kehendak  orang lain ? Perasaan orang lain ? Kepentingan hak  orang lain? Kalau  dialam percintaan pulak , gadis gadis akan cakap ..ala lelaki semua sama je . Perangai memasing memang menyakitkan hati . Kenapa ?? Kenapa kita nak salahkan orang lain ?kenapa kita tak cuba salahkan diri kita sendiri ?? Cari silap kita sendiri ? Kenali diri kita sendiri .apakah kita ni menyenangkan atau membebankan orang lain?

Dulu dulu maq pun suka salahkan orang lain , macamlah maq ini seorang manusia yang sempurna sangat sangat kan. Dan bila maq fikirkan  , semua masaalah berpunca dari silap maq sendiri.

Dan bila maq terlalu berbuat baik dengan mengabaikan keperluan diri maq sendiri . Akhirnya  segala kebaikan itulah yang meragut  dunia maq dan sekitarnya dalam diam.

Maq ..saya balik lambat ,nak beli barang barang , anak saya lambat ambil ye ..maq jawab okey ..

Maq..harini offfday saya  ,tapi saya ada hal ,saya hantar anak kat rumah maq ye ? Maq jawab okey ..

Maq..anak belum makan ubat  lagi , dia tak sihat ni , nanti tolong suapkan ye,saya tak sempatlah.. maq jawab okey ..

Maq.. saya cuti tak panjang , nanti saya hantar anak masa maq sedang bercuti dengan family ,boleh kan? Maq jawab okey ..

Maq.. saya nak bersiap dulu kejap lagi nak keluar dengan  kawan kawan kerja  , anak saya tinggalkan kat rumah maq ye .maq jawab okey..


Lihat !! Semua tu silap maq . Waktu habis kerja tapi maq masih sebut ,okey ..okey dan okey . Sekarang apa hasilnya ??? Hehehehe kerja seminggu penuh tanpa offday la makan dia . Sebenarnya perkataan OKEY  itu adalah antara clue yang maq cuba nak sampaikan kat beliau

*ye..bahawa setelah hampir 10 jam saya jaga anak awak , saya letih dah ni, okey?harini offday awak makanya jadilah offday saya ,kenapa kena jaga anak awak? pahamilah saya okey? okey ini anak awak ,bukan anak saya ,okey? masa saya untuk dia dah tamat untuk harini,okey? Saya perlukan rehat jugak okey?*

Dan  apakah hasilnya pun okey jugak? Hurmm takda siapa yang ambil pedulik !

Ada yang bersuara , kenapa maq sanggup nak buat, kalau dah tahu tak larat dan  dah tahu kerja tu jadi masaalah bagi maq ?

Berani maq cakap biasanya orang seperti ni , mula mula datang jumpa maq, mereka cuma kata

 *kak , tolong jaga anak saya , saya kerja 8am sampai 5 petang *

Lain lain dia tak sebut pun , tapi setelah lama kelamaan berkerjasama , alasan mereka pulak yang lain . Dan sekali lagi maq taip disini . *Semuanya salah maq ,kerana terlalu OKEY*




Hancur ,hancur aku  ,Bila bila saja ,Hancur hancur aku ~ Lagu Estrange dengan Fazura ^^

19.5.16

Ayam merah versi MaQ


Assalamualaikum

Hari hari lauk ayam? Sampai dah  tak tahu nak masak apa lagi . Kalau anak anak maq,mereka lebih kepada masakakan  goreng ,goreng dan goreng . Kadang tu ,tukang goreng pun jemu tapi tukang makan sedap aje katanya . Okey ,harini maq ada resepi yang nak kongsi pasal menu ayam . Iaitu ayam masak merah versi maQ . Nak try ?


Bahan utama mestilah ayam. Anggaran setengah ekor . Basuh bersih macam selalu anda membasuh la ye . Guna tepung ke , guna garam ke ,guna limau ke ,jangan guna klorok sudah .



Bahan bahan :
Bawang besar 2 biji
Bawang putih  3 ulas
Serai 3 batang
Halia 1 inci
Ketumbar 3 sudu makan
Jintan halus 1 sudu makan
Jintan kasar 1 sudu makan
( semua ni belender lumat dengan sedikit air )


Cili kisar 2 senduk ,atau ikut suka nak pedas meletop macamana yang anda suka . Katanya kalau tak pedas nanti tak rock ,wallah hualam.

Cara cara :

-panaskan kuali yg berisi minyak
-tumiskan bahan blender dan cili kisar
-dah terbit minyak ,masukkan ayam
-jangan letak air lagi sebab ayam sudah punya air
-masak guna api perlahan
-bila ayam dah empok ,tambah garam ,perasa ( kalau suka) dan gula . Kemudian reneh lah sampai kuahnya jadi pekat dan sesuaikan rasanya ikut citarasa anda .Untuk masakkan ini ,maq lebihkan kepada rasa  manis sikit sebab nanti rasanya seakan akan satey. Makan dengan nasi empit pun sedap ni.

Selamat mencuba !




Pengasuh tu siapa ?



Assalamualaikum ,
Selamat pagi . Bila maq joined group pengasuh difb baru baru ni , rupanya ramai lagi orang kita yang tak faham tugasan pengasuh. Pada maq sebenarnya lah kan, tugas pengasuh hanyalah  fokus pada keperluan makan minum, keselamatan , kebersihan anak anak yang dijaga ketika parent mereka keluar bekerja. Maaf nak beritahu disini :

-Pengasuh bukan maid yg kena cuci baju , kena masak utk sarapan, lunch ,teatime dan dinner setiap hari untuk anak anda. Zaman sekarang semua barang mahal , so parent yg  berakal ,mereka tau nak buat macamana demi anak mereka. Jangan harapkan kudrat pengasuh 200%  ,yg dijaga tu anak anda ,bukan anak pengasuh . Jangan buat buat lupa pulak

-Pengasuh bukan emak bapak kita yang menjaga cucu , kalau orang tua kita mereka sanggup jaga sampai berhari hari tak balik rumah  pun takpe . Maklumlah cucu sendiri , sayangnya kemain lagi.

-Pengasuh jugak ada suami , ada anak anak yg jugak perlukan perhatian makan minum dari seorang isteri / seorang ibu. Pengasuh  pun ada ibubapa yang perlu diziarahi setiap minggu atau setiap bulan . Walaupun tugasan mereka tiada istilah   M.C    ( cuti sakit ) , mereka juga layak ada cuti .

-Pengasuh bukan datangnya  dari kelompok orang yang berada ,kebanyakkan mereka terdiri dari golongan berpendapatan rendah. Niat nak bantu suami tambah pendapatan keluarga . So janganlah bebankan mereka lagi dengan kehadiran anak anda. Anda permudahkan urusan pengasuh , Allah permudahkan urusan anda nanti ,janji Allah itu pasti.

-Pengasuh jugak manusia yang jika kerja lebih dari 10 jam, dia perlukan rehat yg cukup .lagi2 pengasuh yg punya ada anak kecil, siang adalah malam dan malamnya adalah siang. Kerja ,kerja dan kerja.

-Pengasuh ,parent kena banyak berbincang ,jangan cari punca masaalah  tapi cari jalan utk selesaikan masaalah . Yang pengasuh jaga itu anak anda dan yang dijaga pengasuh itu juga adalah punca  rezeki pengasuh ,so untuk dapatkan rezeki yg barokah , jujurlah biarpun sakit sikit.



- anak kita adalah amanah Allah buat kita. Merekalah harta kita didunia dan diakhirat nanti.

- pengasuh merupakan orang perantaraan antara anda dengan anak. Permudahkan urusan mereka supaya mereka mudah nak uruskan anak anda.

- anda , pengasuh dan anak adalah team yg sangat perlu diberi perhatian dalam masa anda mencari  rezeki Allah, pastikan ketiga tiganya berada dalam keadaan yang memuaskan.

- bawa bincang jika ada yang perlu ,itu lebih baik. Kenapa maq suruh lebih kepada bawa bincang? Sebab ketidak puashati sesaorang pengasuh atau parent ,ianya bakal menjejaskan keselamatan anak kecil yang tidak tahu apa apa tu . Selalunya merekalah yang menjadi mangsa keadaan . Tak maulah macam tu ye ..

Anda rasa bayaran anda itu setimpal dengan apa yang anak anda alami setakat ini ? Fikir fikirkan lah .


"Cakap berdasarkan pemerhatian dan pengalaman mengasuh selama hampir 20 tahun " kalau salah maaf kan maq :)

17.5.16

Kek Cokelat kukus maQnie


Assalaumualaikum

Harini maq nak kongsi resepi kek kukus coklat yang pada maq sangat mudah dimasak . Dimasak dengan cara mengukus , so simple !

Bahan bahan  :

2cawan tepung naik sendiri
1 cawan serbok koko
( dua bahan ini diayak )

3biji telur ayam
2cawan gula pasir
1sudu teh vanila esen
1cawan minyak masak
1cawan susu sejat
( semua bahan diblender )

Bahan yang diblender dimasukkan dalam bahan yang telah diayak . Kacau adunan hingga sebati . Sapu acuan dengan sedikit minyak masak . Tuang adunan kedalam acuan , kukus selama 30 minit . Jika anda guna acuan yang besar , masak selama 1 jam . 30 minit tu untuk acuan macam maq pakai dibawah ni .

* Bekas tupperware *


Bekas ini boleh digunakan untuk mengukus makanan .


Untuk adunan diatas ,maq dapat 2 biji kek kukus dengan bekas ini . Anda biasa lihat bekas macam nikan ? Biasanya tupperware datangkan dengan 2 pcs .


Maq guna kukusan periuk nasi keluaran panasonic yang boleh memasak dengan pelbagai cara masakan . Mengukus dengan periuk elektrik ini ,ianya dapat hasilkan kek yang sama rata masaknya , sebab suhu dia sama , jangan blackout sudah .



Masak serata kan ? Yummy ..


Hasilnya !! Alhamdulillah, lembut dan gebu


Sungguh maq cakap ,memang sedap ! Sangat mudah untuk menyediakannya ! Dan bukan je orang perempuan boleh masak  ,orang lelaki ( ayah ayah )  kalau sesekali nak buat kejutan buat isteri tersayang , cubalah buat kek cokelat kukus maq ini . Mesti isteri anda tersenyum  sambil masukkan cebisan kek kedalam mulut . Ketika tu ,kalau ayah ayah ada permintaan , cepat cepat lah cakap .. hehehehe in sha allah , isteri anda akan kata ..boleh jeeee banggggggg ..

Try tau ! Selamat mencuba ^^

2.5.16

Telok Cempedak 1may 2016



Assalamualaikum
Bila anak beritahu dia nak final exam next week  untuk sem 2 . Maq ,sebagai ibu kena bagi dia support pada semua aktivitinya , supaya dia tidak terasa stress sempena final exam tu .Dan diberitahu , dia dapat cuti selama 3 hari kerana
1- cuti sebab elektrik takda
2- cuti sebab hari pekerja
3- cuti sebab  cover cuti hari pekerja yang jatuh pada ahad

Dan kebetulan suami pula dapat cuti 2 hari 1may dan 2may . Makanya peluang ni maq ambil untuk pergi menziarah anak yang ada diKuantan ,Pahang.

Selepas sarapan , dia ajak maq pergi ke Telok Cempedak yang tidak jauh dari kolej beliau belajar.  Ini merupakan kali ke 2 maq berkunjung ke Telok Cempedak. Kali pertama maq pergi masa lepas SPM umur 18 tahun dan sekarang umur maq nak 47 tahun . Subhanallah, dah nak 30 tahun tu. Hehee kalau anak takda belajar  kat sini ,mungkin tak jejak langsung agaknya. Wallah hualam..Yok tengok kenangan semalam



  ( kenangan 1 may 2016 )  di Telok Cempedak , Kuantan ,Pahang.











Pantai yang menarik.
Suasana yang agak tenang.
Air lautnya sesuai untuk aktiviti mandi manda, mancing.
Berbasikal ,berkhemah.
Parking bayar rm2.10 je.
Ada kedai makan.
Kalau pergi petang lagi meriah katanya.
Kedai makan kebanyakannya aktif petang ke awal pagi.
Ada Kfc , McD, Starbucks.
Ada kawasan wifi  free .
Ala malas nak beritahu lebih lebih lah sebab banyak sangat yang ada disitu, apa pun bila ada masa yang free , datanglah kesini ,bawa keluarga anda bersama. Memang menarik !!!



Cuma satu je ... ada bau air longkang tu kenapa ye ?? Longkang tersumbat ke apa ? Baunya kuat sangat kat kawasan gerai menjual cenderahati tu ,pengunjung yang nak makan pun  tak selesa . Pihak yang  berkenaan , cari lah punca .. Port Dikson yang nampak serabut tu pun , maq berkali pergi , udara dia memang bersih . Maaf , yang datang nak tenangkan minda tu nanti makin serabut disebabkan bau yang tak menyenangkan tu ..


Maq : cintailah alam semulajadi yang Allah bagi pecuma ini .