Bila maq jumpa kesilapan sendiri



Assalamualaikum

Ahad dan hari ni hari maq berkerja. Cuma bezanya kali ini the babies datang sebelah petang . Dalam pukul 1.30 petang . Ini disebabkan  mama mereka sudah bertukar kerja baru . Yang ada 2 shif ( 6am-2pm ) ( 2pm -9pm ) beralih angin katanya ,moga dipermudahkan amiin..

Apapun tak salah jika mencuba banyak kerja biarpun dalam bidang yang sama .  Dalam hidup ni ,pengalaman itu sangat perlu . Dan bila pengalaman banyak ,kita taklah jadi seperti katak dibawah tempurung !

Berbalik pada pengalaman. Kalau kita kerap kali berjumpa dengan perangai orang yang serupa ,yang hampir sama ,yang seakan akan sama . Apakah harus kita salahkan orang orang yang kita jumpa itu ? Dan berkata

* alaaa dah kerap sangat jumpa manusia perangai macam ni ,dah masak noooh . Lihat je keliling ,bersepah perangai macam ni dimana mana , makin lama makin kenal dah *

Dalam susunan ayat diatas,jelas sepertinya kita menyalahkan orang sekeliling yang berperangai hampir serupa ,yang pada kita menyusahkan je , yang buat kita kecewa atau  rasa nak marah . Atau pun kita anggap orang keliling ni memang tak reti nak paham apa yang kita nak sebenarnya. Okey , cuba duduk dengan tenang dan fikirkanlah kejap. Kenapa jumpa orang yang serupa perangainya? Kenapa kita je  yang jumpa? Kenapa perangai tu mesti jenis perangai yang menyakitkan kita?


Pernah tak kita terfikir ? Kenapa aku je yang sering jumpa manusia gini?  Dan cuba lah berbalik pada diri sendiri ,pernah kah kita nak paham orang lain?kehendak  orang lain ? Perasaan orang lain ? Kepentingan hak  orang lain? Kalau  dialam percintaan pulak , gadis gadis akan cakap ..ala lelaki semua sama je . Perangai memasing memang menyakitkan hati . Kenapa ?? Kenapa kita nak salahkan orang lain ?kenapa kita tak cuba salahkan diri kita sendiri ?? Cari silap kita sendiri ? Kenali diri kita sendiri .apakah kita ni menyenangkan atau membebankan orang lain?

Dulu dulu maq pun suka salahkan orang lain , macamlah maq ini seorang manusia yang sempurna sangat sangat kan. Dan bila maq fikirkan  , semua masaalah berpunca dari silap maq sendiri.

Dan bila maq terlalu berbuat baik dengan mengabaikan keperluan diri maq sendiri . Akhirnya  segala kebaikan itulah yang meragut  dunia maq dan sekitarnya dalam diam.

Maq ..saya balik lambat ,nak beli barang barang , anak saya lambat ambil ye ..maq jawab okey ..

Maq..harini offfday saya  ,tapi saya ada hal ,saya hantar anak kat rumah maq ye ? Maq jawab okey ..

Maq..anak belum makan ubat  lagi , dia tak sihat ni , nanti tolong suapkan ye,saya tak sempatlah.. maq jawab okey ..

Maq.. saya cuti tak panjang , nanti saya hantar anak masa maq sedang bercuti dengan family ,boleh kan? Maq jawab okey ..

Maq.. saya nak bersiap dulu kejap lagi nak keluar dengan  kawan kawan kerja  , anak saya tinggalkan kat rumah maq ye .maq jawab okey..


Lihat !! Semua tu silap maq . Waktu habis kerja tapi maq masih sebut ,okey ..okey dan okey . Sekarang apa hasilnya ??? Hehehehe kerja seminggu penuh tanpa offday la makan dia . Sebenarnya perkataan OKEY  itu adalah antara clue yang maq cuba nak sampaikan kat beliau

*ye..bahawa setelah hampir 10 jam saya jaga anak awak , saya letih dah ni, okey?harini offday awak makanya jadilah offday saya ,kenapa kena jaga anak awak? pahamilah saya okey? okey ini anak awak ,bukan anak saya ,okey? masa saya untuk dia dah tamat untuk harini,okey? Saya perlukan rehat jugak okey?*

Dan  apakah hasilnya pun okey jugak? Hurmm takda siapa yang ambil pedulik !

Ada yang bersuara , kenapa maq sanggup nak buat, kalau dah tahu tak larat dan  dah tahu kerja tu jadi masaalah bagi maq ?

Berani maq cakap biasanya orang seperti ni , mula mula datang jumpa maq, mereka cuma kata

 *kak , tolong jaga anak saya , saya kerja 8am sampai 5 petang *

Lain lain dia tak sebut pun , tapi setelah lama kelamaan berkerjasama , alasan mereka pulak yang lain . Dan sekali lagi maq taip disini . *Semuanya salah maq ,kerana terlalu OKEY*




Hancur ,hancur aku  ,Bila bila saja ,Hancur hancur aku ~ Lagu Estrange dengan Fazura ^^

Comments