Posts

Showing posts from June, 2016

Bila babysitter menjahit

Image
Assalamualaikum

Bila nak datangnya Shawal , kadang tu kita hampir je lupa yang Ramadhan masih disamping .namun berianya nak sambut Shawal mengalahkan sambutan Ramadhan yang mana bulan keberkatan buat seluruh umat manusia.Lumrah kehidupan, sering aja menyingkap yang belum pasti tapi yang disisi tak di ambil peduli. Allah huakbar ..

Bila babysitter menjahit ? perkara lucu yang buat ada  rasa sedikit tertekan malahan kecewa pun ada . Hehehe sendiri cari pasal !

Pada bulan Shawal TAHUN LEPAS ,ibu maq ada beli sejumlah kain langsir dikawasan Nilai 3 . Ketika itu beliau pergi beraya dirumah adiknya disana.

Seperti tahun yang sebelumnya ,setiapkali beli langsir ,maq lah tukang jahitnya. Okey ..nak dijadikan cerita ,biar pun masa tu maq bakal mengasuh 2 orang baby yang bakal lahir , maq sanggup . Kononnya sambil sambil . Lagipun ada masa lagi setahun kan !


Kawan Mat Jenin suka berangan angan..heee

Bila masuk tahun 2016 ( tahun baru ) maq cuma mengasuh .seorang baby dan 2 orang kanak kanak , …

Tanggungjawab dan Nafkah

Image
Assalamualaikum
Seringkali menjadi kekeliruan dikalangan masyarakat melayu muslim kita . Anak lelaki yang sudah berkahwin , mana lebih perlu mereka  utamakan,  isterinya  kah atau ibunya kah ? Keduanya dikaitkan dengan tanggungjawab dan nafkah.

Ramai keliru dengan 2 perkataan diatas. Mana satu yang wajib didahulukan. Ada diantaranya tak nak jadi anak derhaka dan tak nak pula jadi suami yg tidak ambil kisah hal keluarga.Walau bagaimana pun terdapat persamaan diantara keduanya. Antara TANGGUNGJAWAB & NAFKAH , keduanya wajib dilaksanakan oleh seorang lelaki yang sudah berkahwin.

Tanggungjawab buat ibu.
Nafkah buat isteri.

Sesungguhnya anak LELAKI  yang sudah menjadi suami orang , tanggungjawab kat ibu masih wajib  dijalankan . Jangan nanti dah dapat isteri comel , 24 jam  melayan kehendak isteri , sedangkan tanggungjawab kat ibu sendiri pula  terabai. Apa pun semua ini peringatan buat diri sendiri sebenarnya.

Si isteri layak mengingatkan si suami tentang TANGGUNJAWAB nya kepada ibun…

Haiwan sebagai petunjuk

Image
Assalamualaikum

Masuk sudah ramadhan ke 14 ,esok dah hari ke  15 ! Lajunya masa berjalan. Rasanya baru beberapa hari bangun sahur.


Fenomena di Malaysia dalam bukan puasa ini sudah seringkali kita lihat . Bazar makanan yang merata rata tempat. Harga ayam yang naik , pusat beli belah yang meriah dikunjungi , kuih muih raya  yang berbagai jenis sudah dipasarkan . Tukang jahit sudah tak senang duduk sejak 2 bulan lepas . Dan banyak lagi yang kerap sangat kita lihat . Padahal masih dibulan puasa ,namun sambutan bulan shawal dah terlebih dari bulan ramadhan . Macamana tu ?




Kuala Lumpur ,Malaysia ! Baru baru ni dikejutkan dengan kehadiran burung unta  berlari laju dihighway MRM . Dan hari ni , seekor kuda hitam pula kelihatan berlari . Apa yang menariknya ,kedua haiwan ini memilih lorong  kanan untuk meneruskan perjalanannya .  Berlari sekencang boleh tanpa teragak agak dan tidak mengganggu lalu lintas yang sangat sibuk itu.

Biarpun datang haiwan ini merupakah kesan tidak sengaja  penjagany…

fikir fikirkanlah

Image
Assalamualaikum

Ramadhan ke 10 ? Alhamdulillh ,masih diberi kesempatan menjalani ibadah dalam meraikan keindahan bulan mulia ni .




Harini maq nak kongsikan satu perangai pelik orang kita , yang sering maq tengok didepan mata kepala sendiri. Apakah dia perangai pelik orang kita ?

Bila kawan berniaga , yang beli selalu nak harga kawan kawan, harga adik beradik , harga orang kampung. Macam perniagaan tu perniagaan yang dapat modal dari harta Ahmad Albab.

Bila kawan jual makanan pulak  , yang beli tu sibok nak  minta kawan belanja , beli 1 nak 2 , bayar sikit , bawa balik lebih . Macam bahan memasak tu dapat free kat pasar.

Bila kawan  pergi melancung , minta kawan belikan ole ole , macam kita ada tambah share dlm bajet dia pergi tu. Kalau sorang mungkin takda masaalah ,kalau semua kawan kawan fb nak ? Cancel lah trip..

Cuba fikir elok , bila masanya kawan tu nak dapat untung ? Nak enjoy melancung , nak pusing duit untuk buat modal niaga ? Kenapa tak fikirkan bajet kawan kita tu? Kenapa a…