fikir fikirkanlah


Assalamualaikum

Ramadhan ke 10 ? Alhamdulillh ,masih diberi kesempatan menjalani ibadah dalam meraikan keindahan bulan mulia ni .




Harini maq nak kongsikan satu perangai pelik orang kita , yang sering maq tengok didepan mata kepala sendiri. Apakah dia perangai pelik orang kita ?

Bila kawan berniaga , yang beli selalu nak harga kawan kawan, harga adik beradik , harga orang kampung. Macam perniagaan tu perniagaan yang dapat modal dari harta Ahmad Albab.

Bila kawan jual makanan pulak  , yang beli tu sibok nak  minta kawan belanja , beli 1 nak 2 , bayar sikit , bawa balik lebih . Macam bahan memasak tu dapat free kat pasar.

Bila kawan  pergi melancung , minta kawan belikan ole ole , macam kita ada tambah share dlm bajet dia pergi tu. Kalau sorang mungkin takda masaalah ,kalau semua kawan kawan fb nak ? Cancel lah trip..

Cuba fikir elok , bila masanya kawan tu nak dapat untung ? Nak enjoy melancung , nak pusing duit untuk buat modal niaga ? Kenapa tak fikirkan bajet kawan kita tu? Kenapa asyik nak fikirkan kehendak diri sendiri? Kenapa nak buat kawan kita sendiri rasa serba salah ?

Okey , tak salah bersedekah , tapi kalau dah selalu sangat , itu dah kira cekik darah. Lainlah dia sendiri yg ikhlas nak beri , tu dah kira rezeki anda. Tapi tak perlu meminta minta ,biar pun dia rapat dengan kita.

Sebagai seorang kawan, sepatutnya :

Bila kawan berniaga , yang beli doakan perniagaan dia maju ,suksess. Kot disitu rezeki dia , dapatlah dia teruskan perniagaan demi menyara tanggungjawab dia.

Bila kawan jual makanan , yang beli kena jujur ,sedap? 0rder lagi , tak sedap diam, kalau sedap sangat sangat , promote kat kawan kawan lain pulak , tak dosa kembangkan pintu rezeki orang.

Bila kawan pergi  melancong ,doakan dia selamat pergi ,selamat balik , doakan percutian mereka menyeronokkan , mungkin ada rezeki lebih , kita pulak akan menyusul ke sana satu hari nanti . Siapa tahukan ?

Kenapa kena fikirkan semua hal remeh ni? Jawapannya mudah je ..cuba anda jadi kawan anda pulak , apa yang anda rasa !??

..😊😊😊

- lama tak membebel 🙊🙊

Comments