Haiwan sebagai petunjuk



Assalamualaikum

Masuk sudah ramadhan ke 14 ,esok dah hari ke  15 ! Lajunya masa berjalan. Rasanya baru beberapa hari bangun sahur.


Fenomena di Malaysia dalam bukan puasa ini sudah seringkali kita lihat . Bazar makanan yang merata rata tempat. Harga ayam yang naik , pusat beli belah yang meriah dikunjungi , kuih muih raya  yang berbagai jenis sudah dipasarkan . Tukang jahit sudah tak senang duduk sejak 2 bulan lepas . Dan banyak lagi yang kerap sangat kita lihat . Padahal masih dibulan puasa ,namun sambutan bulan shawal dah terlebih dari bulan ramadhan . Macamana tu ?




Kuala Lumpur ,Malaysia ! Baru baru ni dikejutkan dengan kehadiran burung unta  berlari laju dihighway MRM . Dan hari ni , seekor kuda hitam pula kelihatan berlari . Apa yang menariknya ,kedua haiwan ini memilih lorong  kanan untuk meneruskan perjalanannya .  Berlari sekencang boleh tanpa teragak agak dan tidak mengganggu lalu lintas yang sangat sibuk itu.

Biarpun datang haiwan ini merupakah kesan tidak sengaja  penjaganya ,namun bila maq perati , kejadian itu sungguh menakjubkan. Apa pendapat Maq ?

Subhanallah , sebelum tiba bulan ramadhan , Malaysia telah  dihebohkan dengan sikap pengguna jalan raya yang melalui lorong kecemasan sehingga menjadi viral di media social  , dan malah telah menyebabkan kematian kepada mangsa kemalangan akibat ambulan yang tersekat dilaluan kecemasan dihighway. Makanya pada maq , Maha suci Allah , betapa berakalnya haiwan melebihi akal manusia diakhir zaman ini .



Secara sedar atau tidak , biarpun secara kebetulan , Allah  telah datangkan 2 haiwan ini sebagai motivasi  kepada semua pengguna jalan raya dibulan ramadhan yg mulia ini , apa motif ? Ye , sebagai petunjuk bahawa .. HAIWAN  ITU LEBIH TAHU , lorong manakah yang sepatutnya dilalui ,lorong manakah yang  selamat, laluan manakah  yang tidak mengganggu pengguna jalanraya yang lain , haiwan pun tahu nak cepat , haiwan pun tahu hormat pada pengguna  pengguna jalanraya lain .

SEDANGKAN  MANUSIA ???? Biarpun disaman berkali kali , kemalangan berkali , kejap je taubat ,dua tiga bulan selepas tu buat semula .

Persoalannya :  siapa lebih berakal guna jalan raya pada zaman sekarang ? Haiwan atau manusia?Mungkin lepas ni gajah pulak ambil bahagian? Allah Maha melihat , Allah maha mengetahui . Allah huakbar *






Comments