25.6.16

Tanggungjawab dan Nafkah




Assalamualaikum
Seringkali menjadi kekeliruan dikalangan masyarakat melayu muslim kita . Anak lelaki yang sudah berkahwin , mana lebih perlu mereka  utamakan,  isterinya  kah atau ibunya kah ? Keduanya dikaitkan dengan tanggungjawab dan nafkah.

Ramai keliru dengan 2 perkataan diatas. Mana satu yang wajib didahulukan. Ada diantaranya tak nak jadi anak derhaka dan tak nak pula jadi suami yg tidak ambil kisah hal keluarga.Walau bagaimana pun terdapat persamaan diantara keduanya. Antara TANGGUNGJAWAB & NAFKAH , keduanya wajib dilaksanakan oleh seorang lelaki yang sudah berkahwin.

Tanggungjawab buat ibu.
Nafkah buat isteri.

Sesungguhnya anak LELAKI  yang sudah menjadi suami orang , tanggungjawab kat ibu masih wajib  dijalankan . Jangan nanti dah dapat isteri comel , 24 jam  melayan kehendak isteri , sedangkan tanggungjawab kat ibu sendiri pula  terabai. Apa pun semua ini peringatan buat diri sendiri sebenarnya.

Si isteri layak mengingatkan si suami tentang TANGGUNJAWAB nya kepada ibunya manakala si ibu pula layak juga mengingatkan si anak lelakinya pada NAFKAHnya kepada isterinya. Supaya keduanya tidak terlepas pandang.


Apa pun keduanya juga antara amalan yang mendatangkan pahala , jika ianya adalah ikhlas demi Allah taala.

Waallah  hualam ..





No comments: