9.7.16

Sambut birthday raya


Assalamualaikum
salam aidil fitri buat semua readers blog maq. Alhamdulillah , Tahun ni maq beraya sambil sambut birthday , 7Julai 2016  ,pada hari raya ke dua ,setahun lagi usia bertambah. makin tua ke makin muda ? hurm .. perangai je orang tua , jiwa masih muda belia huhhu .

Kenapa maq cakap macam tu? Sebabnya bila kita fikir asyik nak jiwa orang tua , nanti kita asyik juga anggap yang semua kata kata kita adalah betul , sedangkan orang muda pun kadang kala bijak juga berfikir . tapi bila fikir pasal mati , orang muda pun jika sudah takdir , maka akan  pulang lebih awal keasalnya  dari orang tua , SubhanAllah ..




Setiap tahun , maq sambut birthday bersama 2 lagi sepupu perempuan maq , mereka juga lahir pada 7 julai .Tahun ini sambutan agak meriah kerana kami memang berkumpul di sepanjang cuti hari raya . kejutan birthday bersilih ganti, Syukur kemeriahan raya di rasai dengan kemeriahan kejutan birthday. terima kasih buat semua ahli keluarga yang terlibat , adik adik sepupu , anak anak , Puan Mimi Amira ( majikan maq ) untuk kek hari lahir yang sangat sedap dan ucapan ucapan beriring doa dari anda semua, terharu nya rasa. Apa pun maq juga mendoakan doa  yang serupa untuk anda semua . terima kasih banyak banyak , harap sangat tahun depan jika  Allah panjangkan usia kita , kita akan sambut lagi ye.

 Yok tinjau tinjau ,kenangan  7 julai 2016 , maq sambut birthday raya  bersama ahli keluarga tersayang.











Alhamdulillah . Terima kasih Allah kerana beri peluang hambaMu ini bernafas  secara percuma sehari lagi dibumiMu..
Syukur ..

No comments: