9.7.16

Santai bersama Generasi Mohd Salleh 2016


Assalamualaikum ..

Bila sebut pasal silaturahim dalam keluarga , dengan senyum maq akan kata , kasih sayang dalam keluarga tiada batasan dan garisan sempadan. Darjat ,pangkat adalah milik peribadi yang tak boleh dibawa mati , tapi apa yang kekal sampai mati ialah kasih sayang ahli keluarga dan silaturahim yang harus dipelihara kerana semua ini bakal menjadi penyambut kita dipintu syurga . Sabda Rasulullah s.w.

" tidak akan masuk syurga bagi mereka yang memutuskan silaturahim" - Hadis dari Al Imam Muslim.

Sehubungan dengan itu , pada 8hb julai 2016 ,keluarga maq sebelah ibu , telah mengadakan majlis..

 * SANTAI BERSAMA GENERASI MOHD SALLEH 2016*

Acara yang julungkali diadakan oleh generasi Mohd Salleh  ( moyang maqnie sebelah ibu ). Ianya disertai 4 generasi ,iaitu anak , cucu , cicit dan piyut allahyarham Mohd Salleh. Kami berasa sangat bertuah kerana idea ini bakal mengeratkan lagi silaturahim dikalangan ahli keluarga .in sha Allah ,itulah harapan semua orang.  Acara dirasmikan oleh Nenda maqnie iaitu Puan Hajjah Fatimah binti Mohd Salleh , anak kepada allahyarham Mohd Salleh yang masih ada dari 5 bersaudara . Yang lainnya sudah meninggal dunia . Al-Fatihah..


Antara yang menarik pada perjumpaan semalam, jum tengok .














Allah .. peliharalah kesejahteraan ahli keluarga kami dengan sebaik baik perlindungan dan keredhaan dariMu didunia dan diakhirat .. amiin..

No comments: