Posts

Showing posts from August, 2016

Kenangan hari raya 2016

Assalamualaikum
Shawal sudah hampir kepenghujungnya . Tahun ni merupakan tahun paling meriah buat maq dan keluarga . Banyak kenangan kami bersama yang sempat maq semadikan dalam video atas tu.

*Taqabbalallahu mina wa minkum*
Sebelum Syawal melangkah pergi meninggalkan kita,maq menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf seandainya pernah menguris hati pembaca blog maq ini dan pada semua. Sesungguhnya yg baik itu dari Allah dan yg buruk itu dari diri  diri maq sendiri.

Selamat Hari Raya Minal Aidin Wal Faizin Mohon Maaf Zahir dan Batin. Semoga kita panjang umur berjumpa lagi di Ramadhan serta Syawal yg akan datang.

In sha Allah ..

Fikirkan mana perlu

Image
Assalamualaikum,

Bila baca tajuk ini , Persediaan 6 bulan sebelum menjadi pengantin pasti kita akan cakap ,banyaknya yang perlu disediakan. Tapi apakah senarai yang dalam 6 bulan itu benar benar perlu ? Pada maq ada 1 hal lagi yang jauh lebih perlu. Persiapan yang makan puluh ribu itu hanya untuk sehari dua majlis saja,lepas majlis habis semua dah, terus tak diperlukan lagi, selebihnya jadi kenangan je.

Hal yang jauh lebih perlu yang maq maksudkan ialah  tahap persediaan  bakal pengantin untuk menjadi seorang isteri ataupun suami. "Persediaan mental dan fizikal " .

Ingat ye bukan sesuatu yang mudah. Menjadi suami atau pun isteri bukan urusan yang sekejap tetapi seumur hidup , malahan ditambah lagi dengan kehadiran cahaya mata . Makanya kemampuan anda makin teruji. Bagaimana nak uruskan keluarga mengikut landasan agama , nak hidup selesa , dan mahukan rumah tangga anda tu aman damai ? Ye, baik fikirkanlah elok elok. Hidup mewah bukan tiket bahagia, didikan ,amalan keluarga …