Fikirkan mana perlu



Assalamualaikum,

Bila baca tajuk ini , Persediaan 6 bulan sebelum menjadi pengantin pasti kita akan cakap ,banyaknya yang perlu disediakan. Tapi apakah senarai yang dalam 6 bulan itu benar benar perlu ? Pada maq ada 1 hal lagi yang jauh lebih perlu. Persiapan yang makan puluh ribu itu hanya untuk sehari dua majlis saja,lepas majlis habis semua dah, terus tak diperlukan lagi, selebihnya jadi kenangan je.

Hal yang jauh lebih perlu yang maq maksudkan ialah  tahap persediaan  bakal pengantin untuk menjadi seorang isteri ataupun suami. "Persediaan mental dan fizikal " .

Ingat ye bukan sesuatu yang mudah. Menjadi suami atau pun isteri bukan urusan yang sekejap tetapi seumur hidup , malahan ditambah lagi dengan kehadiran cahaya mata . Makanya kemampuan anda makin teruji. Bagaimana nak uruskan keluarga mengikut landasan agama , nak hidup selesa , dan mahukan rumah tangga anda tu aman damai ? Ye, baik fikirkanlah elok elok. Hidup mewah bukan tiket bahagia, didikan ,amalan keluarga yang cemerlang ,in sha Allah menjamin kejayaan sebuah rumah tangga.

Bila dah kahwin , kita akan berhadapan dengan keluarga baru ( keluarga mertua ) yang kita tak kenal lagi macamana perangi mereka .mungkin ada yang tak boleh masuk dengan cara kita. Jalan termudah,apakata kita belajar selok belok perangai keluarga baru tu dulu , jangan pulak kita tunjuk lagak depan mereka macamlah cara kita sorang yang betul. Kalau macam tulah gayanya , memang lepas kahwin ,anda akan dipulaukan oleh keluarga pasangan anda tu. Nanti bila dah kena pulau ,nak balik rumah mertua pun rasa malas dan tak senang. Padahal sendiri yang berlagak tak kena tempat. Ingat ! tak semua orang suka kat kita , sedang adik beradik kandung sendiri pun sering gaduh. Dan ingat , berhadapan dengan emak/bapa mertua tak sama dengan emak/bapa kandung kita sendiri. Kasih sayang mereka ada tapi tidak serupa .

Last sekali , bagaimana persiapan diri untuk menjadi ibu ,jadi  seorang ayah ?? Hal ini pun jangan dianggap hal remeh . Sebab kurang nya pengetahuan anda , bakal menghasilkan anak yang kurang berkualiti , tu sebab kadang kadang ada orang cakap ,

" buat anak pandailah , tapi jaga anak tak tahu"

Tak perlulah maq huraian lelebih makna ayat atas tu , sebab anda mungkin lebih arif mentafsirkannya. Maka belajarlah dari sekarang , fikirkan sejenak  persediaan apakah yang lebih perlu difikirkan , lebih perlu untuk diberi perhatian. Bukan untuk kehidupan sehari dua, tapi untuk selamanya.

In sha Allah ..



Hidup ini sangat indah jika kita bijak menilaikannya.

Comments