Posts

Showing posts from September, 2016

LELAKI MELAYU boleh ubah ekonomi Malaysia ?

Assalamualaikum ..

Cara Menyelesai MELAYU Merempat di bumi sendiri.

 Disarankan ,Jalan penyelesaian menyeluruh yg hakiki dan muktamad bila semua lelaki Melayu Islam mula memenuhi masjid 5 waktu setiap hari dan selama-lamanya. Setiap waktu jemaah mesti sama bilangan seperti solat Jumaat.

Ehh , tak perlu lihat orang lain, lihat sahaja pada diri sendiri ,berapa kerap ke masjid ? Berapa kali dapat solat berjemaah ? Cukupkah 5 waktu itu sehari semalam ? Sudah berapa lama AlQuran disimpan tanpa disentuh ? Kita kerap melancung keluar negara dengan keluarga , tetapi berapa kali kita bawa keluarga ke masjid yang ada didalam area tempat tinggal kita itu sendiri?

Lihat sahaja masjid masjid di kawasan kita ,seringkali kelihatan sangat sunyi sepi . Bila ketua keluarga abaikan tanggungjawab nya kepada Allah ,bagaimana dengan tanggungjawabnya kepada orang lain seperti anak dan isteri , termasuk juga kepada negara.
Lihat seperti negara luar ,


πŸ”ΉSri Lanka , orang  Islam adalah minoriti tetapi mereka …

Susu badan yang dibotolkan

Image
Assalamualaikum


Bila ditugaskan untuk mengasuh baby Qisya pada januari 2016 , tulah pertama kali maq belajar tentang penyusuan susu badan yang dibotolkan . Kerana baby Qisya merupakan pengamal minum susu badan  sepenuh masa ( amboi ayat skemah habis ) .

Alhamdulillah , dengan kerja sama mama dia ,maq boleh uruskan  minum susu badan dalam botol dengan mudah sekali.

Susu dalam botol ada 3 jenis
Susu frozen
Susu chill
Susu fresh

Susu frozen ialah susu yang dibotolkan kemudian didingin bekukan ditempat pembeku dipeti sejuk. Susu ini bila sudah beku dengan sempurna , kualitinya boleh bertahan selama 2-3 bulan , tapi pastikan tiada kejadian " blackout " dirumah anda !


Bagi kes baby qisya ,setiap pagi mama dia akan bekalkan 5 botol susu yang dibotolkan kerumah maq .
1 botol susu fresh
4 botol  susu chill

Susu fresh merupakan susu yang dipam pada hari yang sama , iaitu 1 jam sebelum pergi kerumah maq . Dan susu ini boleh tahan selama 4 jam jangka hayat nya . Selepas 4 jam susu ini d…

Selamat tinggal kerjayaku ???

Assalamualaikum

Keputusan sudah diambil ,  2017 adalah tahun maq nak bersara dari menjadi baby sitter. Ramai kawan bertanya kenapa nak bersara sedangkan umur belum lagi tahap pencen , 50 pun tak sampai lagi ? Ini jawapan maq .

Selama 20 tahun maq jadi baby sitter , banyak pengalaman yang maq dapat dari parents ! Dalam masa 20 tahun tu , lebih 30 orang bayi dan kanak kanak yang dibesarkan dalam pelukan dan belaian lasih sayang maq .

Tangis mereka , senyum mereka , ketawa mereka ,gaduh mereka ,jerit pekik mereka  , semua karenah mereka adalah penawar bagi maq . Biar pun dimarah, ditegur ,dipesan  ,sekejap je mereka tertib ,20 minit kemudian ? Buat perangai semula . Itulah kanak kanak ,mereka tak tahu makna serik tapi itu semua adalah kenangan yang takkan berulang bagi maq lagi 😒😒

Sakit demam mereka cuma maq yang faham bagaimana nak uruskan panas badan yang melampau, bagaimana sukar nak masukan ubat kemulut mereka. Kadang rengek demam mereka boleh buat maq menangis , batuk yang teruk …

Kolam Air Panas Jasin ,Melaka

Image
Assalamualaikum

Sempena cuti sem yang baru berlalu , bila anak yang bongsu cuti sekolah dan kolej pun cuti seminggu ,peluang untuk panjangkan langkah amat cerah . Sasaran kali ini ialah negeri Melaka !

Apa menarik di Melaka kali ini ? Ye kali ni kami pergi mandi manda dikolam air panas Jasin ! Siapa yang pernah pergi tahu lah kan lokasinya dimana . Kalau kami yang firstime pergi ni , terpaksalah guna map google, padahal Jasin tu sempadan antara Melaka dengan Johor je ,dah tak tahu kan google je la.

Search  : kolam air panas Jasin 1 .

Kalau anda 'search ' , google akan tunjuk ada banyak tempat kolam air panas Jasin ni , ada kolam 1 ,kolam 2,kolam 3, dan beberapa lagi kolam air panas .Tapi kali ni kolam 1 jadi pilihan maq dan family.



Pemerhatian mata maq untuk tempat riadah ini : boleh la kalau nak bagi 4 bintang dari 5 bintang. Elok pergi bersama ahli keluarga.

Makan : pengunjung boleh bawa bekalan dari rumah , bawalah banyak  mana mampu ,asalkan kebersihan tu terjaga sampai a…

Rumah Nenek dimasuki air

Image
Assalamualaikum ..

Bila bumi Batu Pahat disirami hujan lebat melebihi 30 minit seperti tengahari tadi ,apa yang menjadi kerisauan sebilangan  penduduk Kampung Parit Amat ,mukim 5, Batu Pahat , Johor ?

Ye, tak lain tak bukan ialah rumah mereka dimasuki air parit yang melimpah melebihi paras taliair tersebut.

Antara penduduk kampung itu yang menjadi mangsa keadaan ialah nenek maqnie sendiri iaitu Puan Hajjah Fatimah binti Mohd Saleh.

Isu ini bukan baru harini ,tapi sudah makan tahun ,bukan setahun dua malah bertahun tahun . Bayangkan tiap kali hujan lebat ,ini hasilnya  ..



 ... 😭😭😭


Rumah yang didiami seorang wargaemas bersama seorang anak perempuannya . Dipenuhi air disetiap sudut rumah ! Perabut berendam air , peralatan elektrik , tikar getah terapung , kain baju , bahan makanan ,peralatan dapur hampir kesemua basah dan perlu diselamatkan ditempat lebih tinggi.Banjir kilat ini kadang kadang  makan berhari hari apabila air sungai mulai naik  dan hujan pula turun tak henti henti.

Nas…

Sembang kosong

Image
Assalamualaikum ..

Lama blog maq sunyi tanpa apa apa post . Mungkin faktor usia ? Hee bukan .. maq sekarang lebih fokus pada anak anak asuhan yang makin membesar . Melayan karenah ahli syurga ni kadang boleh buat kita rasa naik hangen , tapi  kadang tu lebih kepada seronok ,lucu dan  akan timbul rindu bila mereka tak datang .

Semalam ( 8 september 2016 ) maq sempat melayan kawan kawan seperjuangan di group PENGASUH ANAK  di facebook . Dengan menyatakan satu pengalaman maq sebagai pengasuh dirumah selama 20 tahun , maq kongsikan ini ..

*** Selamat pagi semua. Pernah tak BS perasan , bila kita jaga anak asuhan ,bukan je nak " melepas hajat"  tak puas , nak makan tengahari pun kadang kadang tak sempat sampai bawa ke petang tunggu sampai anak asuhan semua tidur , kadang tu sampai terlupa dh makan ke belum ,kadang nasi sampai kembang dipinggan sebab baru 2, 3 kali suap nasi ke mulut , anak asuhan panggil .

" maa ..adik  yaaakkk ..  " ... πŸ˜…

#sajakongsipengalamanBSsemua…