22.9.16

Kolam Air Panas Jasin ,Melaka


Assalamualaikum

Sempena cuti sem yang baru berlalu , bila anak yang bongsu cuti sekolah dan kolej pun cuti seminggu ,peluang untuk panjangkan langkah amat cerah . Sasaran kali ini ialah negeri Melaka !

Apa menarik di Melaka kali ini ? Ye kali ni kami pergi mandi manda dikolam air panas Jasin ! Siapa yang pernah pergi tahu lah kan lokasinya dimana . Kalau kami yang firstime pergi ni , terpaksalah guna map google, padahal Jasin tu sempadan antara Melaka dengan Johor je ,dah tak tahu kan google je la.

Search  : kolam air panas Jasin 1 .

Kalau anda 'search ' , google akan tunjuk ada banyak tempat kolam air panas Jasin ni , ada kolam 1 ,kolam 2,kolam 3, dan beberapa lagi kolam air panas .Tapi kali ni kolam 1 jadi pilihan maq dan family.



Pemerhatian mata maq untuk tempat riadah ini : boleh la kalau nak bagi 4 bintang dari 5 bintang. Elok pergi bersama ahli keluarga.

Makan : pengunjung boleh bawa bekalan dari rumah , bawalah banyak  mana mampu ,asalkan kebersihan tu terjaga sampai anda pulang kerumah semula nanti.

Waktu operasi : 9 pagi  hingga 2 pagi pada setiap hari jumaat,sabtu dan ahad . Lain lain hari pula ,operasi bermula pada 9 pagi hingga 12 tengah malam .

Parking :  parking yg free ada , tapi terhad sebab cuma parking tepi jalan . Lain lain semua berbayar tapi kalau dah sampai takkan nak pusing balik kan ? Cari je kawasan parking yang selamat . Ada parking berbayar pun cumalah rm 3.00 je untuk berapa lama anda mahu .

*YANG BERBAYAR NI ( kawasan rumah penduduk kampung )

Bayaran masuk :  Dewasa rm 6.50 kanak kanak ? Alamak tak ingat ! Cuba tengok gambar bawah ni ,jelas tak ?



Suasana : biarpun nampak sempit , tapi tiap pengunjung dapat sentuh air panas di semua kolam






Keceriaan  :  kanak kanak puas bermain sebab kawasan untuk mereka memang banyak  . Pastikan keselamatan terkawal!




Disini lebih kepada tempat rawatan , yang mana suhu air pada tiap kolam adalah berbeza beza. Contohnya pada kolam yang cuma boleh rendam kaki , suhunya adalah 42°C dan masa yang  sesuai diambil masa berendam adalah 30 minit  sahaja  ! Kalau lebih ? Boleh sahaja tapi kena berhenti sekejap lah untuk beberapa minit kemudian rendam semula  .




Ada juga kolam yang airnya hangat hingga 48°C dan ada yang lebih jugak ! Katanya ikut pada jenis rawatan penyakit . Sakit apa yang boleh dirawat disini ? Kebas anggota badan ,gaut , lumpuh , lengguh sendi dan macam macam lagi. Ada notis untuk dibaca disetiap kolam. Notis tu beritahu jenis sakit apa yang sesuai berendam dengan suhu air tersebut.

Yang tip top kat sini ada surau ,bilik mandi yang bersih , bilik persalinan baju , tempat tukar lampin bayi ,kedai jual makanan ringan ,jual peralatan permainan air seperti pelampung ,bola dan macam macam lagi .

Maq datang sini nak buat rawatan apa ?Heeee HATI ni haa kebas kebas pulak sejak kebelakangan ni ,tu yang datang sini untuk merendam KAKI 😊

Nak cuba ? Datang lah !

Pass penggunjung ditangan yang berlemak tepu 😝😝




No comments: