27.9.16

LELAKI MELAYU boleh ubah ekonomi Malaysia ?

Assalamualaikum ..

Cara Menyelesai MELAYU Merempat di bumi sendiri.

 Disarankan ,Jalan penyelesaian menyeluruh yg hakiki dan muktamad bila semua lelaki Melayu Islam mula memenuhi masjid 5 waktu setiap hari dan selama-lamanya. Setiap waktu jemaah mesti sama bilangan seperti solat Jumaat.

Ehh , tak perlu lihat orang lain, lihat sahaja pada diri sendiri ,berapa kerap ke masjid ? Berapa kali dapat solat berjemaah ? Cukupkah 5 waktu itu sehari semalam ? Sudah berapa lama AlQuran disimpan tanpa disentuh ? Kita kerap melancung keluar negara dengan keluarga , tetapi berapa kali kita bawa keluarga ke masjid yang ada didalam area tempat tinggal kita itu sendiri?

Lihat sahaja masjid masjid di kawasan kita ,seringkali kelihatan sangat sunyi sepi . Bila ketua keluarga abaikan tanggungjawab nya kepada Allah ,bagaimana dengan tanggungjawabnya kepada orang lain seperti anak dan isteri , termasuk juga kepada negara.
Lihat seperti negara luar ,


🔹Sri Lanka , orang  Islam adalah minoriti tetapi mereka menguasai ekonomi. Lihat di masjid mereka, setiap waktu kehadhiran seperti jemaah solat Juma'at.


🔹Di Turki, perubahan mula terjadi bila solat subuh jama'ah melimpah spt solat Juma'at. Dulu org Turki tak amal agama, kdr inflasi tahunan melebihi 30% dan ramai jadi buruh sapu jln di Germany.Kini mereka mula menikmati perubahan ekonomi mendadak dan tidak lagi merayu utk berada dlm Komuniti Kesatuan Eropah.


🔹Melayu akan dimuliakan oleh ALLAH tidak hina seperti sekarang di negara sendiri sekiranya beramai-ramai mengamalkan agama yg sempurna dan ia mesti bermula dgn Solat Berjema'ah di Masjid.



🔶🔸ISLAM  itu sempurna. Yang tak sempurna ialah pengikutnya yang engkar dengan perintah ALLAH swt.🔸🔶




Copypaste dari group whats app WANITA SOLEHAH BUKIT PERDANA ,edit by maqnie sebagai pesanan buat diri sendiri .


Terima kasih 😊

No comments: