9.9.16

Rumah Nenek dimasuki air


Assalamualaikum ..

Bila bumi Batu Pahat disirami hujan lebat melebihi 30 minit seperti tengahari tadi ,apa yang menjadi kerisauan sebilangan  penduduk Kampung Parit Amat ,mukim 5, Batu Pahat , Johor ?

Ye, tak lain tak bukan ialah rumah mereka dimasuki air parit yang melimpah melebihi paras taliair tersebut.

Antara penduduk kampung itu yang menjadi mangsa keadaan ialah nenek maqnie sendiri iaitu Puan Hajjah Fatimah binti Mohd Saleh.

Isu ini bukan baru harini ,tapi sudah makan tahun ,bukan setahun dua malah bertahun tahun . Bayangkan tiap kali hujan lebat ,ini hasilnya  ..



 ... 😭😭😭


Rumah yang didiami seorang wargaemas bersama seorang anak perempuannya . Dipenuhi air disetiap sudut rumah ! Perabut berendam air , peralatan elektrik , tikar getah terapung , kain baju , bahan makanan ,peralatan dapur hampir kesemua basah dan perlu diselamatkan ditempat lebih tinggi.Banjir kilat ini kadang kadang  makan berhari hari apabila air sungai mulai naik  dan hujan pula turun tak henti henti.

Nasib baik ada anak cucu yang sanggup datang bertungkus lumus membantu ,kalau tak ? Larat ke nenek nak angkat kesemua barangnya untuk diselamatkan ?Allah hu 😭

Persoalannya sekarang, berapa lama lagi penduduk terutama mak Tok nak alami masaalah seperti ini tiap kali musim hujan tiba ? Mana pihak berwajib ? Mana pak naib,ketua kampung disitu ?mana JKKK? Mereka tak perasan kah masaalah ini atau rumah mereka pun turut tenggelam sama ?

Sekali lagi maq nak beritahu ,kes ini bukan sekali ini terjadi, tapi bertahun tahun , namun bila musim hujan je ,penduduk yang berada dikawasan tanah rendah ,pasti menjadi mangsa banjir kilat .

Dulu ,ketika maq masih kanak kanak ,kampung ini tidak pulak alami masaalah ini, tapi selepas dimajukan kampung ini ,kes serupa ni pulak yang timbul. Boleh dikatakan dikeliling kediaman nenek , ada kawasan perumahan yang penuh dengan penduduk . Macam macam nama taman perumahan yang ada . Kemajuan apakah jika penduduk kampung jadi korban?

Apakah kemajuan ini juga punca banjir kilat berlaku dan macamana pentadbir setempat tidak hiraukan keselesaan orang kampung demi nak maju kan kampung ?

Atau kena jadi viral dulukah ,baru nak ambil tindakan ?

Nak kena Report  kat tv 3 ?

Atau jemput wartawan Awani ?

Tak perlu rasanya kerana tiap masing masing yang dipertanggungjawabkan tahu akan tugas masing masing.

Atau mereka lupa , penduduk yang kediamannya  ditenggelami air inilah yang akan mengundi pemimpin di pilihanraya akan datang . Kalau taknak kena ubah ,buatlah kerja . Jika kita dipilih oleh rakyat , makanya kita ada tanggungjawab kepada rakyat ,bukan kita abaikan rakyat demi kepentingan sendiri. Dan perlu diingatkan  , Pilihanraya bukan sekali seumur hidup ye ..


Kesedihan bagi pihak mak Usu 😢😢 katanya 4 ekor anak kucingnya mati lemas kerana tak dapat diselamatkan sewaktu banjir kilat menyerang. Kalaulah  Pesatuan Pecinta Kucing di Malaysia tahu ni ,mesti mereka marah!

😭😭 i feel you Mak Usu . Bertabahlah ye .


Dihari Jumaat yang mulia ini ,harap sangat ada bantuan idea untuk selesaikan masaalah yang sudah makan tahun ini . Bukan minta apa pun , cuma jalan penyelesaian sahaja .

Semoga Allah selamatkan Mak Tok dan  Mak Usu . Sentiasa sihat dan sentiasa bersabar dengan dugaan demi dugaan . Sabar ye , Allah sentiasa ada bersama dengan orang orang yang sabar .

Kepada sepupu maq dan anak anaknya yang setiap masa membantu Mak Tok,Mak Usu disetiap permasaalahan peribadi , thanks so much ,Allah je yang akan membalas budi baik angah Ana dan bro Khiril sekeluarga. Allah selamatkan kamu , Amiin ya Robbal alamin ..


Nota kaki basah : gambar diperolehi dari group whats app MY FC GROUP TEKA TEKI  ( Alamak lain macam pulak nama group whats app family ni 😂😂 )

No comments: