Selamat tinggal kerjayaku ???


Assalamualaikum

Keputusan sudah diambil ,  2017 adalah tahun maq nak bersara dari menjadi baby sitter. Ramai kawan bertanya kenapa nak bersara sedangkan umur belum lagi tahap pencen , 50 pun tak sampai lagi ? Ini jawapan maq .

Selama 20 tahun maq jadi baby sitter , banyak pengalaman yang maq dapat dari parents ! Dalam masa 20 tahun tu , lebih 30 orang bayi dan kanak kanak yang dibesarkan dalam pelukan dan belaian lasih sayang maq .

Tangis mereka , senyum mereka , ketawa mereka ,gaduh mereka ,jerit pekik mereka  , semua karenah mereka adalah penawar bagi maq . Biar pun dimarah, ditegur ,dipesan  ,sekejap je mereka tertib ,20 minit kemudian ? Buat perangai semula . Itulah kanak kanak ,mereka tak tahu makna serik tapi itu semua adalah kenangan yang takkan berulang bagi maq lagi 😢😢

Sakit demam mereka cuma maq yang faham bagaimana nak uruskan panas badan yang melampau, bagaimana sukar nak masukan ubat kemulut mereka. Kadang rengek demam mereka boleh buat maq menangis , batuk yang teruk juga boleh buat maq risau , tapi dalam keadaan demam pun , mereka masih dihantar kerumah pengasuh. Dengan alasan parent takda cuti ,kerja tengah banyak atau pelbagai bagai lagi alasan , namun maq cekalkan jugak hati dan semangat demi anak mereka . Maq hadap semua itu sebagai dugaan kerja maq . Tapi kesian juga  , sepatutnya anak kecil yang tidak sihat itu  berada dipelukan ibu bapanya untuk mengadu sakit , bukan ditangan pengasuh yang juga menjaga beberapa orang kanak kanak lain lagi dalam masa tu.

 20 tahun sebelum ini , dengan bayaran serendah rm 150 untuk kerja office hour yang maq kenakan untuk seorang bayi usia 2 bulan , maq rasa sudah cukup berbaloi bagi maq untuk dapat rezeki . Sambil menjadi isteri dan ibu sepenuh masa dirumah . Dan ternyata bila kata berkerja dirumah bukan semudah yang orang luar fikirkan , dan hanya baby sitter sahaja yang mampu memahami.

Semua kerja ada dugaan , semua kerja ada risiko dan kerja sebagai pengasuh ni , risiko sangat besar berbanding  kerja diluar . Sebab kami mempertaruhkan satu nyawa selama lebih 10 jam didalam rumah kami! Ye nyawa seorang hamba Allah yang tak tahu apa apa . Kanak kanak  cuma tahu buat apa sahaja yang dia nak buat ,kalau dihalang mereka akan menangis , meronta , menjerit , atau tunjuk perasaan dengan melempar barang barang dalam rumah pengasuh itu sendiri .

Pada pihak parents pula  ,mereka hanya fikir anak mereka selamat ,sihat dibawah jagaan pengasuh sedangkan mendidik mereka dalam tempuh 10 jam sehari dan kadang lebih tu , amat menguji kesabaran . Lagi sedih bila ada antara mereka serahkan je anak mereka 100% dengan pengasuh , pergi awal pagi , pulang lewat senja  , pembesaran anak langsung mereka tak perihatin.

Pasal makan minum ,  ada parens yang sangat membantu , tapi ada yang anggap anak mereka tak tahu makan apa apa , anda rasa patutkah ?? Hurmm  tepuk dada tanya akal yang waras , tak perlu tanya lain lain.

Terfikirkah kita tentang cuti pengasuh ? Mereka ada m.c kah ? Cuti tahunan ? Bonus ? mereka tetap akan berkerja walaupan sedang sakit. Parents tak rasa bersalah ke hantar anak ketika pengasuh tak sihat ? Allah hu akbar 😩

Maq beritahu disini supaya jadi panduan kepada adik adik yang mahu menghantar anak kerumah pengasuh satu masa nanti ,hati hati lah ye , kerana anak anda itu amanah, bukan anak patung , dan pengasuh juga manusia bukan mesin .


Ehh ..maq muktamad ke ni tak nak mengasuh lagi ? Maq pasti ke ni , kerjaya ini bakal terhenti disini ? Kita tengok dan lihat je nanti ye . Sebab sebagai manusia ,kita cuma mampu merancang ,selebihnya serahkan sahaja kepada ketentuan Allah s.w.t.


Yang jelas sekarang ni  , maq dah kenal erti letih ,penat dan rasanya macam nak rehat  😊

Comments