Susu badan yang dibotolkan


Assalamualaikum


Bila ditugaskan untuk mengasuh baby Qisya pada januari 2016 , tulah pertama kali maq belajar tentang penyusuan susu badan yang dibotolkan . Kerana baby Qisya merupakan pengamal minum susu badan  sepenuh masa ( amboi ayat skemah habis ) .

Alhamdulillah , dengan kerja sama mama dia ,maq boleh uruskan  minum susu badan dalam botol dengan mudah sekali.

Susu dalam botol ada 3 jenis
Susu frozen
Susu chill
Susu fresh

Susu frozen ialah susu yang dibotolkan kemudian didingin bekukan ditempat pembeku dipeti sejuk. Susu ini bila sudah beku dengan sempurna , kualitinya boleh bertahan selama 2-3 bulan , tapi pastikan tiada kejadian " blackout " dirumah anda !


Bagi kes baby qisya ,setiap pagi mama dia akan bekalkan 5 botol susu yang dibotolkan kerumah maq .
1 botol susu fresh
4 botol  susu chill

Susu fresh merupakan susu yang dipam pada hari yang sama , iaitu 1 jam sebelum pergi kerumah maq . Dan susu ini boleh tahan selama 4 jam jangka hayat nya . Selepas 4 jam susu ini dikira basi.

Manakala susu chill pula adalah susu yang telah diperah sebelum sebelum ni .mungkin seminggu sebelum ,mungkin sebulan sebelum dan telah dibekukan oleh mama qisya sendiri . Sebelum dihantar kerumah maq ,susu beku itu sudah dicairkan oleh mama qisya dan diisi pada tiap botol susu . Dan bila sampai dirumah maq , susu tersebut maq akan simpan cepat cepat dipeti sejuk ,BUKAN ditempat beku tetapi di tepi bahagian dalam peti ais

( chill side - tempat simpan botol botol di petisejuk tu )


Ini adalah susu chill,
Disticker tu ada tarikh semasa ianya dichillkan,
Dan ada nombor giliran untuk diminum.
Mama qisya memang sorang ibu yang awesome !!


Dan  bila susu fresh qisya sudah hampir habis , maq akan keluarkan 1 botol susu chill tadi untuk dinaturelkan suhunya . Biasanya ambil masa 30 minit ( bergantung pada suhu dalam rumah kita ) . Dan bila qisya perlukan susu ,maq akan standby susu yang telah maq naturelkan suhunya tadi tu . Ingat ya ..jangan lewat naturelkan  sebab suara baby haus ni boleh buat kita kelam kabut πŸ˜…

SUSU CHILL yang telah diNATURELkan suhunya boleh tahan sehingga 4 jam !! Jangan bazirkan susu ibu itu !

Biasanya bayi yang minum susu badan yang diperah  ini ,minumnya tidak banyak , makanya 1 botol susu chill itu cukup pada anggaran 3 auns sahaja  ( untuk baby 7 bulan keatas )  ( untuk baby 2 bulan -7 bulan  ) 2auns atau 2.5auns  dah mencukupi .  Ini bergantung jugak pada selera baby tersebut .

Perlu diingat ,jika kita terpaksa rendam susu chill kerana baby dah menjerit jerit kehausan  , susu chill  BOLEH DIRENDAM pada air suam yang terdiri dari campuran ,1/2 air sejuk + 1/2 air panas .

Maksud maq disini  air untuk merendam botol susu yang diisi susu chill JANGAN TERLALU PANAS !!!  Ini boleh merosakkan struktur susu dan khasiat susu dlm botol itu . Dan susu chill yang telah direndam tu ,jangka hayat elok diminum hanyalah 1 JAM SAHAJA selepas direndam !!!!  Maq biasanya akan rendam susu chill bila kes kes kecemasan  sahaja misalnya cuaca panas dan susu 3aunz qisya tak cukup πŸ˜….

Baby susu badan biasanya lebih selesa minum susu dicelah ketiak pengasuh ketika usianya 2,3 bulan pertama itu , Biarkanlah dia anggap yg dia sedang menyusu direct dari dada mama nya , dan cara ni lebih buat dia tenang dan kenyang . Dan dalam masa yang sama , dia dan pengasuh akan lebih erat  rasa kasih sayang antara mereka .

Last .. jangan goncang susu badan yang dibotolkan kearah atas seperti mana biasa kita buat pada proses buat susu formula ,tapi goyang goyangkan kearah kiri kanan perlahan lahan, macam saintis buat eksperimen tulah gayanya.

Macamana ?? Senang tak nak faham? Sebenarnya mudah je kalau kita dah biasa buat , cara ini pun menjimatkan dan tak membazirkan  susu asli yang Allah kurniakan direct dari dalam badan .

Baby susu badan biasanya lebih cepat belajar sesuatu perubahan , senang cakap ,pick up dia laju , proses pembesaran dia cepat , cerdik dan susah dijangkiti penyakit ! Antibodi dia kuat !

Penyusuan susu badan sangat sangat elok diamalkan ( jika stock susu ada banyaklah,kalau takda maq no komen )  Dengan kos susu yang melampau lampau harganya , apakata anda cuba cara yang maq dan mama qisya amalkan ini .

Zaman sekarang ni  semua kena berduit , nak hantar pengasuh dah 3-4 ratus  ,susu mahal,pampers ,peralatan mandian , makan minum ,sakit pening ,semua itu kena modal ,kadang tu ,gaji lebih kepada keperluan anak anak saja , sedangkan selebihnya tak nampak apa apa . Macam tak berbaloi keluar kerjakan ? Tapi demi anak dan keselesaan hidup , keperitan itu kena diteruskan jugak. Bertabahlah !

Zaman ini , kita kena bijak dalam semua hal ,bukan je bijak berselfie ,adjust duit gaji pun kena bijak. Memang lah semua itu keperluan tapi ambillah mana yang SANGAT SANGAT PERLU dahulu . Yang tak berapa nak perlu ,tolak tepi !!

Selamat mencuba !!




Baby Qisya  πŸ˜‰

Comments

Popular posts from this blog

Kisah barang kemas

Cara geledah blog maq

Kau lah bidadari ,kau lah srikandi