Bebel kejap


Assalamualaikum..

Bila harga barang naik menjadi jadi , semua rakyat pening , hari hari mereka bising. Yang tak bising hanyalah orang yang naikkan harga barang ,sebabnya mereka tak pergi beli barang. Mereka tak tahu apa itu istilah seronoknya  bershopping bersama isteri dan anak anak . Mereka tak kenal apa itu erti 'adjust adjust ' duit gaji . Mereka tak kenal erti,  kedai mana ada jual dengan harga lebih murah ! Dah tu  apa yang mereka tahu ?

Entahlah ,  Allah sahaja yang tahu.

Lain lah orang bawahan macam kita ,  setiap minggu beli barang dapur, beli bahan  kering dan bahan basah . Nak bayar bil ,bayar sewa itu ini , duit rumah , duit kereta .Nak sediakan makanan untuk ahli keluarga. Nak elakkan hari hari makan di kedai. Nak ' adjust adjust ' supaya hujung bulan nanti ,  takkan timbul rasa sayu bila buka beg dompet.

Ada yang bersuara , bila dah tak mampu , tak perlu lah beli yang mahal , ambil je barangan yang mampu , yang harganya murah. Sampainya hati mereka cakap macam tu . Kenapa fikir kemampuan sebagai isu sedangkan puncanya pada kenaikan ?

Sana  sini  ada je yang keluar cerita demi cerita . Kenaikan harga barangan telah menimbul berbagai fenomena . Sedang orang kaya pun mengeluh ,apatah lagi yang tak mampu , hidup jadi buntu . Paling teruk ada yang sanggup bunuh diri , Allah hu ..

Sekarang ni dah hujung tahun mungkin masih lagi tak terasa  , tunggulah esok nak naik sekolah di tahun baru , tersiksa jiwa . Anak sorang mungkin hal biasa , kalau anak 4 orang ?


Ya Allah , permudahkan lah urusan mereka. Maq hanya mampu doa ,buat diri sendiri dan untuk mereka, yang terus terusan tersepit dalam dunia hari ini .

Semoga Allah permudahkan segalanya . Aamiin .


Comments

Popular posts from this blog

Kisah barang kemas

Cara geledah blog maq

Kau lah bidadari ,kau lah srikandi